BAB 3

Romance Completed 5168

Kaisara menggosok dagunya lembut.Keningnya bertaut.Naufal tersenyum.Lambat betul pick up budak ni.

“Abang dah pindah sini.Dan,abang baru start sekolah kat sini.” Terang Naufal.Kaisara hanya mengangguk.Ni kut budak baru yang Elisha cerita.

Loceng sudah berbunyi.Kaisara cepat-cepat menghabiskan roti ditangannya.

“Ok,abang nak masuk kelas ni.Abang jumpa Kaisara malam besok.Bye!”

Kaisara tersedak.Malam esok? Kenapa malam?

“Kenapa malam?” Tanya Kaisara pelik.

“Secret.” Ucap Naufal sepatah.

MALAM esoknya,selepas Kaisara menyiapkan kerja sekolah,dia terus turun ke ruang tamu untuk ke dapur.Perut ni dari tadi meragam.Lapar gila ni.

Kaisara turun satu-persatu anak tangga.Apasal gelap semacam je ni?Baru pukul 9 malam.Black out ke? Aduh! Janganlah black out.Umi dengan abah tak ada ni! Dah lah aku duduk seorang kat rumah ni.

Dia melangkah dengan berhati-hati.Tangannya terkial-kial mencari suis lampu.Pap! Ada pun elektrik.Ingatkan black out.Tapi,siapa pulak yang tutup lampu ni? Mana ada orang kat rumah ni.

“Kaisara!” Kaisara menoleh apabila terdengar satu suara memanggil namanya.

“Abang Naufal?! Abang buat apa kat sini?” Tanya Kaisara terkejut.

“Kan abang dah cakap nak jumpa Kaisara malam ni.”

“Ma…Macam mana abang boleh masuk?” Tanya Kaisara lagi.Tergagap-gagap dia menuturkan kata.

“Secret.” Jawab Naufal bersahaja.Kaisara bengang.Dari semalam dengan dia punya secret tu!

“Sini sekejap!” Ajak Naufal.

Kaisara yang agak takut itu mengikut.Memang lah takut.Dah lah diaorang berdua je dalam rumah tu.Bukan muhrim pulak.Kalau kena tangkap basah,tak ke naya?

Naufal melangkah masuk ke dapur.Kaisara hanya mengikut.Dapur yang gelap itu hanya menjadi pandangan Kaisara.

“Kenapa masuk dapur abang?”

Naufal diam.Membiarkan persoalan Kaisara tadi dibawa angin.Dia memasuki dapur itu meninggalkan Kaisara.Kaisara yang tidak boleh melihat di kawasan yang agak gelap itu mula menggigil.Bayang Nufal sudah hilang dari pandangan matanya.Kakinya masih tidak melangkah kearah dapur yang luas itu.Tidak nampak apa-apa selain kegelapan di situ.

Bunyi sesuatu yang jatuh membuatkan Kaisara tersentak. “Abang?!” Panggil Kaisara.Senyap.Tak ada yang menyahut.

Kaisara masuk ke dalam dapur.Ketakutan menguasai diri.

Dup dap dup dap.

Kaisara memegang dadanya.Degupan jantungnya kuat sekali.Dan…

“Surprise!!!!!!!!!” Suara jeritan yang agak ramai menjelma.Tiba-tiba ruang dapur yang gelap gelita itu menjadi terang benderang.Kaisara kaget.Dia melihat kelompok manusia yang ada dihadapannya kini.

Umi,abah,kak long,kak ngah,Abang Naufal,Auntie Lina,Uncle Arif,Abang Fahin,Elisha,Auntie Melina,Uncle Zainal dan juga si kecil Nisa!

Kaisara terkaku.

“Hello,kawan! Kau tak nak tiup lilin ke? Penat aku pergi beli kek ni nak buat surprise hari jadi kau!” Kata-kata Elisha membuatkan Kaisara tersentak.Dia tersenyum.Baru dia teringat.Hari ini adalah hari lahirnya.Macam mana lah dia boleh lupa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience