Rate

5

Romance Series 3035

Siap menolong bibik Puan Aisyah mengemas dapur setelah habis tahlil tadi Fasha mengambil bubur yang sudah disiapkan bibik untuk diberi pada Aileen yang hilang dengan Daddy dia. Mangkuk berisi bubur itu dibawa mencari anak buahnya. Saudara mara nya juga saudara mara Abang Daim masih berada di situ berborak-borak dengan kuluarga arwah.

Dari jauh dia melihat Dhani mendukung Aileen berborak dengan beberapa orang lelaki. Dhani kacak memakai baju melayu hitam bersluar slack. dengan lengan baju disisin sehingga ke siku dan sebelah tangan mendukung Aileen yang diam dalam dukunganya.

Ish! Sejak bila mamat sombong tu kacak!

Langkah Fasha diatur ke arah Dhani. Rasa segan pula ingin menegur, sudah lah dia langsung tidak rapat dengan Daddy Aileen yang satu itu.

"Dhani." Sapa Fasha
Dhani berpaling memandangnya dengan sebelah kening terjungkit

"I nak suapkan Aileen. Dia tak makan lagi" Ujar Fasha tenang.

"Pergi makan dekat mommy okay?" Dhani meletak tubuh Aileen di atas lantai membiarkan anaknya itu berjalan. Aileen hanya akur menurut.

"Eh kejap? Ni siapa? Muka dia macam.."

"Farah.." sambung Dhani. Fasha yang terpinga-pinga hanya mengangguk sambil tersenyum.

"I adik Farah" ujar Fasha sambil tersenyum.

"Ohh.. I Amirul and you..?"

"Fasha." sambung Dhani bagi pihak Fasha. bukan dia tak kenal perangai playboy sejati kawanya itu.

"Oh.. Fasha. Cantik nama you" Puji Amirul ikhlas.

"Thanks. I minta diri dulu" Balas Fasha sebelum memimpin Aileen untuk beredar.

"Cantik" Terluncur keluar pujian dari mulut Amirul.

"Kau jangan nak mengarut. Dia dah anak satu." Balas Dhani selamba.

"serious lah? Badan anak dara lagi!" Amirul memandang Fasha dari jauh menyuap bubur ke mulut Aileen.

"tu anak dia"

"Tu anak buah dia lah sakai!"

"Kau jangan nak kacau dia. Dia mommy Aileen. Aku tak akan bagi kau ganggu dia."Apa-apa berkait dengan Aileen dia akan menjaga nya sebaik mungkin. Fasha juga sebahagian dari keluarganya.

"Takkan kau nak try dulu" Perli Amirul sambil tersenyum nakal.

"Dia aku anggap tak ubah macam Farah." Balas Dhani tenang. Fasha? Tak pernah dia terfikir mahu mengorat gadis itu atau dibuat teman. Sudahlah kebudak-budakkan.


??
"Adik nak bawa balik Aileen ke kampung esok" Fasha meluahkan hasratnya kepada Puan Fatimah sebaik melihat ibunya melabuhkan duduk di hadapanya.

Dia tahu keluarganya akan pulang ke kampung esok kerana mereka akan mengadakan tahlil di sana pula.

"Dhani dah tahu?" Soal Puan Fatimah. Bukan dia tidak mahu membenarkan Fasha membawa Aileen. Tapi dia serba salah dengan keluarga besanya. Takut dianggap merampas Aileen

"Tak."

"Bincang dengan Dhani dulu, Ibu tak kisah cuma.."

"Kita pun ada hak atas Aileen. bergilir-gilir lah. Bagi Fasha jaga Aileen pula" Cadang Fasha mengusap kepala anak buahnya.

"Ye ibu tahu. Tapi kamu bincang lah dengan Dhani dulu" Pesan Puan Fatimah. Fasha mengeluh lemah. Dia malas mahu berbincang dengan lelaki sombong itu.

"Adik ingat, adik nak ambil Aileen jadi anak angkat adik. Biar adik yang jaga makan minum pakai dia" puan Fatimah tersentak.

"Ibu bukan nak halang.. Tapi Dhani pun.. dah ambil Aileen jadi anak angkat dia" Balas Puan Fatimah ragu-ragu.

Fasha mengeluh lemah.

"Nanti adik bincang dengan dia" Balasnya mendatar. Lelaki ni tak habis-habis.


??
"Ada apa ni ma?" Soal Dhani memandang ahli keluarganya dan keluarga kakak iparnya duduk menunggunya. Aileen kelihatan tenang bermain dengan mommy barunya.

"Ermm. Keluarga arwah Farah ada nak bincangkan sesuatu" Balas Puan Aisyah ragu-ragu.

"Ada apa ibu ayah?" Soal Dhani lembut memandang dua orang tua Fasha.

Puan Fatimah dan Encik Ismail memandang ke arah Fasha menunggu anak bongsunya memulakan bicara.

"I nak ambil Aileen jadi anak angkat I" Ujar Fasha bersahaja mengusap kepala Aileen dalam ribanya. Dhani terkedu.

"No. I akan jaga Aileen" Tak akan dia biarkan amanah abangnya semudah itu diambil orang.

"you dah banyak jaga dia selama ni. Bagi I yang jaga dia pula." Balas Fasha geram. Tolong lah mengalah.

"You tak kerja lagi. Macam mana nak tanggung dia? Lagipun you sendiri yang cakap you tak pernah jaga budak" Puan Aminah, Puan Aisyah , Encik Ismail dan Encik Azlan hanya mampu menjadi pendengar dan pemerhati. Mereka tidak tahu ingin memihak belah mana.

Macam gaya ibu dah ayah bercerai tuntut hak penjagaan anak pun ada.

"You ingat I tak ada duit ke? I boleh kerja. I boleh besarkan dia" Balas Fasha yakin. Dhani kelihatan mengeluh seketika. Penat bergaduh dengan perempuan.

"Dia perempuan. Seeloknya I yang jaga dia." Dhani cuba mengguna cara lembut.

"Apa yang elok. You tak tahu apa-apa tentang perempuan. Baik I je yang jaga." Fasha masih belum mengalah.

"Nanti you kahwin, Aileen bukan mahram suami you. Faham?" Ujar Dhani mendatar.
Fasha terdiam seketika. Betul juga.

"Tapi nanti you kahwin belum tentu isteri you akan terima Aileen. Nanti boleh jadi macam cerita mak tiri buli anak tiri" Puan Aisyah dan Puan Fatimah menahan gelak.

"you buat lawak eh?"

"I serious nak Aileen jadi anak I." Aileen satu-satunya hadiah ditinggalkan Farah padanya.

"Apa yang you rasa tak sama macam yang I rasa. I dah janji dengan arwah Daim dan Farah akan jaga anak mereka, I orang terakhir yang mereka jumpa dan I orang terakhir mereka tinggalkan pesan untuk jagakan Aileen. You ingat semudah tu I akan bagi Aileen pada you" Fasha menahan air mata. Entah kenapa kata-kata Dhani betul membuat hatinya diragut pilu.

"Dhani..." Puan Aisyah mengusap bahu anaknya. Tidak mahu Dhani berkasar dengan Fasha. emosi gadis itu masih lagi belum stabil.

"Tapi Aileen perlukan mommy dia.." Balas Fasha mendatar.

"And dia perlukan daddy dia juga. Try la bawa dia tanpa I" cabar Dhani tenang. Penat dia mahu bergaduh dengan wanita itu. degil.

"Okay.. Macam ni lah.. Jangan bergaduh lagi, papa cadangkan kamu bergilir je jaga si Aileen ni. Kita pun satu keluarga. Tak payah lah nak berebut sangat. Sama-sama kita jaga Aileen" Encik Azlan menenangkan suasana.

"Tapi abang tahu kan Aileen ni tak boleh berpisah dengan mommy atau daddy dia lama, Haritu pun dia dah demam teruk sebab Daim dan Dhani dua-dua kena pergi outstation" Puan Aisyah pula menyampuk. Dia masih ingat cucunya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mencari Daddynya. Dhani pula tak dapat gantikan tempat Daim kerana terpaksa outstation.

"Kalau Ismail dan Fatimah tak kisah. Izinkan Fasha tinggal kat sini untuk jaga Aileen sampai Aileen besar dan boleh berpisah dengan mereka berdua" Cadang Encik Azlan.

"Macam mana tu?" Soal Puan Fatimah pelik.

"Fasha boleh jaga Aileen, Tapi dia tinggal lah kat rumah ni. sampai Aileen terbiasa berpisah demgan Daddy dan mommy dia. biasanya Aileen ni malam-malam dia akan mencari mommy adn daddy dia." Terang Puan Aisyah lembut. Fasha terdiam. Tinggal kat rumah tu?

Dengan Si mamat kerek ni??

"Tapi Ibu.." Fasha bagai mahu membantah tapi dia kehilangan kata-kata.

"Demi Aileen boleh kan?" Puan Fatimah mengusap lembut tangan anak daranya.

Fasha mengeluh lemah. Satu jelingan dihadiahkan pada lelaki itu. Puas?!

Dhani tersenyum sinis. Akhirnya dia yang menang.!!

"Dhani minta diri dulu nak tidurkan Aileen." Dhani bangun ingin mengambil Aileen dari dukungan Fasha.

"Takpe. Dia tidur dengan I malam ni" Ujar Fasha mendatar. Dhani hanya menjungkitkan bahu. Terserah.

"Dhani minta diri dulu." Dhani berlalu meninggalkan ahli keluarganya. Malas mahu menghadap gadis keras kepala itu.

"Maaf lah Fasha. Dhani terlalu sayangkan Daim, sebab tu dia berkeras mahu menjaga Aileen" Ujar Puan Aisyah sebaik Dhani berlalu masuk ke biliknya.

"Takpe Fasha faham.." Balas Fasha mendatar. Dia memandang Aileen yang tenang bermain permainanya.

"Papa harap Fasha sabar dengan perangai dia. Dia memang macam tu." Encik Azlan pula menyampun.

"Fasha okay je papa" Fasha mengukir senyum.

"Fasha masuk dulu nak tidurkan Aileen." Fasha pula meminta diri. rumah besar itu sudah sunyi dengan bibik dan pekerja lain sudah masuk tidur.

"Ha iyalah. Kalau ada apa-apa panggil je Dhani atau mama. Aileen biasa akan cari Daddy dia
malam-malam" Pesan Puan Aisyah.

"Okay mama"


??

Fasha tersenyum bangga akhirnya dapat juga dia tidurkan Aileen. Siapa cakap Fasha tak boleh? Fasha bakal mommy mithali okay?

Nak harapkan mamat kerek tu entah apa-apa jadi kat anak buah dia nanti. Lelaki pun tetap lelaki bukan pandai sangat jaga budak-budak.

"Nasib baik Aileen ada mommy tau.." Bisik Fasha lembut. Kepala anak buahnya diusap lembut. Setiap kali dia manatap wajah kecil itu tiap kali itu rasa kasih melimpah ruah. Adakah ini yang dipanggil kasih seorang ibu? Sama dirasakan Farah?

"Nanti adik ada anak sekali pun. Adik tak akan bezakan kasih sayang anak-anak adik dengan Aileen" Fasha tersenyum tipis. Rasa tenang sebaik melihat Aileen sekarang dalam dakapanya. Tak lama kantuknya tiba. Rasa penatnya masih belum hilang. Dan dia terlelap sambil memeluk tubuh baru yang bakal menjadi peneman tidurnya.

Tidak sampai satu jam tidurnya terganggu dengan tangisan Aileen. Cepat-cepat Fasha bangun melihat Aileen sudah terduduk menangis.

"Hey.. Mommy kat sini sayang" Fasha bangun mendukung Aileen . Belakang anak kecik itu ditepuk-tepuk. Lapar kot..

"Nak susu ke?" Fasha mencapai susu yang sudah tidak banyak tinggal di dalam belas tersedia di tepi katil. Tapi botol itu dibaling Aileen ke atas lantai. Makin kuat tangisanya.

"Nasib baik botol susu mahal.." Fasha memandang botol susu tidak terjejas dibaling di atas lantai. Kepalanya digelengkan mengenangkan perangai manja Aileen.

"Daddy..!!!" Jerit Aileen kuat. Terus wajah Fasha berubah.

"Nak daddy?" Soal Fasha.

"Daddy...tsk tsk.." Raung Aileen memanggil daddynya. Fasha mengerutkan dahi. Sekarang dah pukul 12 malam. Pasti Dhani sudah tidur. Takkan dia mahu mengganggu pula.

"Mommy kan ada Aileen. Buat apa cari daddy pula?" ujar Fasha lembut memujuk anaknya. Tapi macam sia-sia je. Tangisan Aileen makin menjadi-jadi.

"Nak Daddy... Daddy!! Tsk..tsk.." Fasha mengeluh lemah. Botol susu di atas lantai dicapai lalu dia membawa Aileen keluar dari bilik. mencari bilik Dhani. Ruang rumah sudah gelap menandakan semua isi rumah sudah melelapkan mata.

"Demi mu wahai anak. Mommy yang anak dara ni sanggup pergi ketuk pintu anak teruna" Ujar Fasha mendatar sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Dhani.

Naik penat dia berdiri di depan pintu dengan mengetuk pintu bilik yang tak terbuka-buka. tidur mati ke mamat ni!

Aileen yang dipimpin nya yang masih tersedu-sedu menangis dipandang sekilas.

"Sabar ye sayang. Mommy tengah berusaha kejutkan daddy awak" Pujuk Fasha.

"Dhani bangun lah.." Pintu diketuk berkali-kali.

Hampir 3 minit juga dia berdiri di muka pintu terjenggul juga muka serabai Dhani. Lelaki itu menguap sekilas memandang Fasha berdiri di muka pintu.

"Apa?" Soal Dhani mendatar.

"Ni.. Anak you" Fasha mendukung aileen yang menangis lalu diserahkan pada Dhani.

Tanpa banyak bicara lelaki itu menyambut huluran Aileen. Sekejap sahaja tangisan Aileen mereda. Dia melihat Dhani mengusap-ngusap lembut belakang Aileen.

"Baru jaga sekejap dah mengalah?" Soal Dhani sinis. Fasha mengigit bibir geram.

"Kalau dia tak cari you tak ada maknanya I nak ketuk pintu bilik you malam-malam buta ni!" Balas Fasha geram. Dhani tergelak kecil. Tak ada mood dia mahu bergaduh.

"Susu dia mana?" Soal Dhani sambut melurut rambutnya yang sedikit serabai dengan sebelah tangan. Fasha menghulur botol yang sudah tinggal separuh.

"Buat baru" ujar Dhani menyentuh botol yang sudah sejuk.

"Tu kan ada lagi" Balas Fasha

"You nak bagi anak I ni sakit perut ke?!" Perli Dhani, macam ni ke nak jadi mommy Aileen?

"I tak tahu nak buat susu dia" Balas Fasha mendatar. Ahh mesti kena perli lagi ni.

"Habis tu ni siapa yang buat?" Soal Dhani pelik menunjuk botol yang berisi susu.

"bibik.."

"Ok jom I ajar.." Dhani melangkah ke arah dapur. Fasha tidak banyak soal hanya menurut. Bersyukur lah lelaki ini tak ada mood mahu bergaduh dengan dia atau memerlinya.

"Nah dukung dia" Dhani menghulur Aileen pada Fasha.

"Kalau susu tu dah sejuk atau daha lama. Jangan bagi dia minum dah. nanti Aileen sakit perut." Nasihat Dhani sambil membasuh botol susu Aileen. Fasha hanya diam memerhati.

"Lagi satu make sure botol ni selalu bersih. kalau boleh gunakan berus untuk basuh botol ni." Dhani menunju berus yang digunakan untuk membasuh botol susu Aileen.

Fasha memandang kagum, tidak sangka mamat sekerek Dhani mampu menerangkan bagai sudah bertahun menjaga bayi.

siap membasuh botol susu Aileen. Dhani mengisi botol susu dengan air panas.

"Air panas mesti 30 ml" Dhani menunjuk sukatan nombor yang sudah tersedia di botol itu. Fasha hanya mengangguk-ngangguk faham.

"lepastu masukkan 5 scoop tepung susu dalam botol ni" Terang Dhani tenang memasukkan serbuk susu ke dalam botol.

" masukkan air kosong. tutup botol then goncang" Dhani mengoncang botol susu Aileen.

( sis google juga yee cara bacuh susu ni?? Sorry tak pernah jaga baby)

(seriously tutorial buat susu paling susah, I pernah buat??)

"siap!" Susu yang siap dibancuh dihulur kepada Aileen. Fasha ternganga. Tidak percaya.

"Wah hebat, you pernah part time jadi babysitter ke?"Soal Fasha teruja. Dhani menjulingkan mata. Memang dia part time jaga Aileen pun dulu menggantikan Daim setiap kali abangnya outstation.

"Lepas ni boleh buat?" Soal Dhani sambil bersandar pada kabinet dapur memandang ke arah Fasha.

"Dah boleh" Balas Fasha yakin. Dhani hanya tersenyum sinis sebelum mengambil Aileen dalam dukungan Fasha.

"lets see. Siapa lagi layak jaga Aileen nanti" Balas Dhani sinis sebelum berlalu.

Fasha mencebik. Dia akan buktikan dia mampu lah jaga Aileen.

Maaf kalau ada typo. Nanti sis betulkan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience