Rate

2

Romance Series 3035

"Hai sayang.." Dhani berlutut mendepakan tangan ke arah Aileen.. Laju sahaja anak itu berlari mendapatkan tubuhnya. Farah hanya tersenyum

"Daddy!!" Jerit Aileen teruja macam tak pernah jumpa Daddy setahun. Padahal yang dipeluknya itu Pak cu dia.

"Maaf susahkan you.." Ujar Farah serba salah.

"Sokay. Hati-hati pergi sana. And takziah" Jelas wajah Farah sedikit sembab. Mungkin sedih kerana sahabatnya meninggal.

"InsyaAllah.. Tolong jagakan Aileen. Malam ni I dengan Daim balik" Ujar Farah. Redup sahaja pandanganya memandang Aileen. Dhani hanya mengangguk.

"Sokay. I boleh jagakan Aileen"

"Jangan nakal duduk dengan pak cu ye Aileen. Mama pergi dulu" Entah kenapa air matanya menitis. Dhani hanya memandang, mungkin perasaan wanita itu sedang tidak stabil, lagi-lagi saat sahabatnya baru meninggal.

Aileen sudah tidak menghiraukan mamanya. Matanya ralit memandang lolipop besar dihadiahkan Dhani padanya. Sebagai umpan.

Dhani memandang Daim yang sudah berada di dalam kereta, lelaki itu mengeluarkan kepala dari tingkap kereta.

"Jaga anak aku elok-elok." Pesan Daim pula. Dhani sudah membuat muka bosan.

"Aku bukan baru jaga anak kau hari ni." Balas Dhani selamba. Terdengar tawa Daim sekilas.

Dhani hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. sebelum melihat kereta abang kembarnya berlalu keluar dari perkarangan rumah.

Entah kenapa perasaanya rasa tidak enak, pandangan tidak berkelip memandang kereta itu sudah bergerak sebelum hilang dari pandangan.

Mungkin perasaanya sahaja.

"Daddy..." Aileen memanggil menyentakkan lamunan nya. Dhani memandang anak buahnya yang menghulur lolipop yang masih berbungkus untuk dibuka. Dhani tersenyum.

"Lepas ni kita pergi jalan dengan nenek okay?" Aileen tidak memberi respon mungkin tidak faham apa yang dituturnya matanya lebih berminat memandang Dhani membuka plastik lolipop.


??
Fasha berdiri di depan bangunan yang sudah berusia 114 tahun itu, salah satu bangunan yang menjadi mercu tanda Melbourne, matanya melilau memandang manusia yang sibuk, ada yang baru pulang dari kerja, ada yang sibuk berjumpa dengan pasangan.

Senyuman tipis terukir.

'Meet me under the clocks tonight'

kata-kata Zahrin masih mekar diingatan, dia memandang jam dinding besar tertampal elok di Flinder street Station. Kata-kata Zahrin tadi bagai kata kunci untuk pasangan kekasih di situ menemui kekasih mereka.

So romantik...

Fasha tersenyum meleret. Adakah Zahrin turut merasakan perasaan yang sama seperti apa yang dia rasakan?

"Senyum-senyum pandang jam dinding tu kenapa?" Tegur satu suara garau yang menjadi melodi dalam kepalanya sejak dua menjak ni. Senyuman Fasha makin meleret.

"Hey!" dia tersentak. Senyuman yang tadi mekar terus hilang. Matanya membulat memandang Zahrin yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Se..sejak bila awak ada kat sebelah?" Tegur Fasha tergagap-gagap. Zahrin tergelak. punya lah dia berdiri dah lama kat situ minah ni tak perasan.

"Awak ni kuat berangan kan?" Tegur Zahrin masih menggelakkanya. Fasha mencebik.

"Siapa yang berangan? Orang tengok jam tu!" Fasha menunjuk jam usang di dinding bangunan. Mereka sekarang berdiri memandang bangunan dikelilingi orang yang sibuk lalu lalang. Ye lah Flinder Street Station merupakan stesen kereta api di Melbourne semestinya menjadi tumpuan

"Tengok jam sampai tersenyum meleret macam tu?" Soal Zahrin kembali. Fasha mencebik.

"Suka hati kita lah"Sengaja dia mengawal rasa malu saat itu.

"Iya lah. Jom kita pergi makan." Ajak Zahrin. sambil berjalan meninggalkan Fasha dibelakang. Fasha cepat-cepat berjalan menyamai langkah lelaki itu.

Senyuman terukir memandang belakang tubuh lelaki itu. Tegap dan sentiasa menjadi igauan nya.

Mereka singgah di Patricia's Cafe yang terletak tidak jauh dari Flinder Street, tak ramai yang berada di cafe itu. Fasha memandang Zahrin yang tenang membelet buku menu. Sekali lagi dia bagai di igauan cinta.

Kenapa kacak dan macho sangat.

"Awak nak makan apa?" Zahrin mengangkat muka menangkap Fasha yang dari tadi tidak lepas memandangnya.

"Ha? Pardon?"

Zahrin tersenyum

"Awak nak makan apa? Ke dah kenyang tatap muka saya?" Soalnya lembut. Terus Fasha gelabah mencapai buku menu. Malu nya ya Ampun!!

Zahrin tergelak kecil. lantas mengangkat tangan memanggil pelayan.

"Yes sir?"

"White Almond milk and cheese cake" Ujar Zahrin kepada pelayan itu.

"Same like him" Sambung Fasha tiba-tiba. Dia sudah tidak mampu mencari apa untuk dimakan. Zahrin mengangkat sebelah kening.

"You sure?" Soal Zahrin lembut. Fasha hanya mengangguk.

"So two almond milk and two cheese cake" Ujar Zahrin siap menunjuk jari dua kepada pelayan. Pelayan itu mengangguk sebelum beredar.

"Nah.." Zahrin mengeluarkan bungkusan lantas diletak diatas meja. Fasha mengerutkan dahi.

"Untuk saya?"

Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.

"Tapi untuk apa?" Soal Fasha pelik.

"Sebagai hadiah awak dah banyak tolong saya sepanjang kat sini." Balas Zahrin tenang. Fasha menelan air liur.

"Pertolongan saya tidak lah seberapa sangat." Setakat tolong hantarkan assignment zahrin atau setakat bantu dalam pelajaran, itu pun jarang.

"Sokay.. Ambil sebagai penghargaan"Balas Zahrin ikhlas. Fasha akur bungkusan dihulur lelaki tadi diambil.

"Saya tak belikan apa-apa untuk awak pun.." Mendatar sahaja suaranya.

"Sokay.. Saya tak minta apa-apa pun. Cuma.." Kata-kata Zahrin terhenti. Fasha memandang lelaki itu.

"Cuma apa?" Soal Fasha. Dia nak cakap dia suka aku ke? Omaigad saya tak sedia lagi..

"Boleh kita jadi kawan?"

Nak cakap lega ada juga perasaan kecewa fikirnya lelaki itu akan menyukainya juga.

"Boleh.."

DHANI memandang Aileen yang terkedek-kedek berlari sana sini. Aktif betul, nasib baik lah dari tadi budak kecil ni tak tanya mana mommy dia, kalau tidak entah apa lah dia mahu menjawab.

"Penat mommy dengan Aileen ni.. Semangat betul budaknya.." Puan Aisyah melabuhkan duduk di sebelah Dhani, Dhani tersengeh memandang Mamanya yang sudah kelelahan.

"Apa salahnya mama sekali sekala work out dengan cucu mama tu. Ni baru sorang nanti bertambah tau bukan makin berkurang" Usik Dhani sambil tergelak. Tuala dihulur kepada Mamanya matanya memandang Aileen yang masih aktif kesana sini.

"Mama tak kisah pun.. cuma mama ni makin tua.. Biasa lah.. Tunggu juga lah cucu dari kamu pula. Umur dah nak masuk 28 tak kan tak ada calon lagi" Perli Puan Aisyah. Dhani menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Nanti-nanti lah mama.." Balas Dhani selamba.

"Jawapan sama je. Nak cakap tak ada perempuan. Asyik berkepit dengan perempuan jee." Perli Puan Aisyah lagi. Dhani membuat muka bosan. Perempuan yang berkepit dengan dia. Bukan dia yang berkepit dengan perempuan.

"Mereka yang cari Dhani."

"Yang kamu melayan kenapa?" Balas Puan Aisyah. Puas dia menasihati anak nya yang seorang itu, entah dari mana lah dia dapat perangai playboy.

"Tak melayan pun diorang still berkepit. Nak buat macam mana, Anak mama Dhani ni je yang masih single, mama nak ke dorang menggatal dengan Daim?"

"Apa kamu cakap macam tu! Daim tu dah ada Farah, ada Aileen lagi ha!" Puan aisyah menepuk lengan anaknya. Dhani hanya tersenyum.

"Nanti lah mama. Dhani tak sedia lagi" Balas Dhani tenang. Dia tidak kesah. Lelaki umur 30 tahun pun masih laku apa.

"Suka hati kamu lah."

"Daddy..!" Aileen berlari ke arah Dhani. muka penuh dengan peluh.

"Apa ni berpeluh-peluh ni Aileen.." Dhani mencapai tuala terus mendukung anak buahnya. Wajah Aileen dilap. Puan Aisyah yang memerhati hanya tersenyum senang melihat sifat kebapaan dari Dhani tanpa sedar Aileen juga banyak merubah Dhani menjadi matang walaupun anak itu sekadar anak saudaranya.

Tapi Dhani tetap melayan Aileen tak ubah seperti anak sendiri.

"Kesian Aileen confuse mana satu Daddy mana satu mommy dia" Puan Aisyah mencuit pipi tembam Aileen. Dhani mengerutkan kening.

"Kenapa mommy pula?" Soal Dhani pelik.

"Dhani tak tahu ke? Farah ada cerita dekat mommy tiap kali dia video call dengan Fasha, Si Aileen ni asyik panggil Fasha tu mommy." Balas Puan Aisyah.

"Awak nii tak boleh bezakan orang ke Aileen?" Dhani memandang Aileen yang terkebil-kebil memandangnya. Tak pelik. Dia pun tertukar Fasha dan Farah dulu.

"Tapi tak pelik pun Fasha tu memang mirip sangat dengan kakak dia" Ujar Puan Aisyah sambil tersenyum mengingat adik kepada Farah yang sudah 2 tahun dia tidak temui.

"Ohh." Dhani hanya mendengar malas untuk mengambil tahu.

"Farah ada cerita adik dia dah habis study kat Melbourne, boleh lah Dhani ambil Fasha tu kerja kat syarikat papa"  Sambung Puan Aisyah lagi sambil melangkah, Dhani hanya membontoti dari belakang. Hari sudah petang orang yang beriadah di taman itu sudah beransur pulang.

"Dia dah balik Malaysia ke?" Soal Dhani sekadar melayan cerita mamanya.

"Belum.. Dia bercuti dengan kawan dia sekejaap." balas mama.

"Dia tak ada pengalaman macam mana Dhani nak ambil dia kerja?" Dhani masuk ke dalam perut kereta, Aileen diletak di atas ribanya. Dia sudah terbiasa memandu sambil meriba anak saudaranya yang seorang itu. Aileen memang tak boleh duduk diam.

"Apa salahnya bagi pengalaman kat dia. Ajar dia apa yang patut. Dia pun keluarga kita juga" Balas Puan Aisyah. Dhani hanya mendengar, ikutkan Fasha tiada apa ikatan dengan dia kecuali dengan abang Daim sahaja.

"Tengok lah macam mana." Balas Dhani bersahaja, memegang Aileen dengan sebelah tangan sebelah lagi digunakan menggerakkan stereng kereta.


??
Fasha mengeluarkan seutas jam tangan berjenama Tissot cantik kena dengan tanganya yang putih.

Senyuman mekar terukir.

"Dia lamar kau ke?" Tegur Syafa yang turut memandang kawanya membuka hadiah dari sang pujaan hati.

Terus sahaja senyuman Fasha mati.

"Dia ajak aku berkawan je.." Balas nya mendatar.

"Yeke? Bagus lah tu!" Balas Syafa bersungguh-sungguh.

"Apa yang bagus. Aku harap dia suka aku juga"

"Hey! Kawan tu salah satu first step untuk bercinta. Takkan tu pon kau tak tahu!" Syafa menggeleng kepala melihat kawanya. Macam putus cinta

"Betul ke Syafa?" Terus sahaja mata Fasha bagai bersinar-sinar memandang sahabatnya.

" Yee! Tapi satu je aku nak pesan. Jangan letak harapan tinggi pada manusia"

"jangan lah cakap macam tu.." suara Fasha kembali mengendur.

"Bila kau letak harapan terlalu tinggi pada manusia kau tak pasti apa yang bakal terjadi. at the end kau juga yang kecewa. Baik kau berdoa berharap pada Allah, Dia yang tahu apa terbaik untuk kau. Bukan manusia" Pesan Syafa, bukan apa dia cuma tidak mahu melihat sahabatnya kecewa kelak.

"Kau doakan jodoh aku dengan dia eh?" Fasha tersenyum memandang Syafa.

"InsyaAllah. Kalau dia jodoh kau tidak kemana nya.."

"Dah tidur. Esok kita nak gerak awal pagi" Ujar Syafa sambil menghulur selimut kepada sahabatnya. Fasha tersenyum menyambut. Esok mereka akan menyambung trip mereka. Tak sabar nak jumpa Zahrin lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience