Rate

1

Romance Series 3035

2 Tahun Kemudian

"Guess what? semalam ni adik dapat bunga dari crush adik!!!" Fasha terjerit meluahkan rasa bahagianya dia apabila orang yang selama ini diminati tiba-tiba datang memberikan bunga padanya.

"Seriously?" Farah bagai tidak percaya, betul selama ini dia selalu mendengar cerita adiknya Fasha yang dia ada meminati seorang lelaki ini. Katanya cuma minat, tetapi sekarang dah macam jatuh cinta.

"Betul kak! Roses tu wangi! Fresh lagi! Adik rasa nak tanam balik biar dia hidup tak mati-mati!" Farah menggeleng kepala melihat wajah gedik adiknya di screen Ipad.

"Jangan nak berharap sangat! Elok-elok, Kan dia sengaja nak mainkan adik!" Pesan seorang kakak.

Fasha mencebik.

"Akak ni! Jealous kan? Suruh lah Abang Daim tu belikan bunga" Daim yang elok menaip sesuatu di laptop terus menjungkitkan kening saat namanya disebut.

"Abang Daim kamu dah beri lebih dari bunga untuk akak" Balas Farah lembut.

"Ee ee geli!!" Fasha membuat riak geli sambil menutup telinganya. Farah dan Daim hanya tergelak.

"Ni Aileen mana? Diam je? Biasa dia memekak tiap kali adik video call" Rindu juga lah anak buah dia yang sorang tu. Walaupun tak boleh bezakan mommy sendiri. Apa sama sangat ke dia dengan Farah ni. Tak nampak ke dia ni lagi putih dari Farah? Hidung dia mancung sikit.Mata dia lagi bulat dari Kakak dia.

"Ada tu duk tengok Daddy dia buat kerja" Farah menunjuk Aileen elok duduk di atas riba Daim yang ralit dengan kerjanya. Sebelah tangan memegang botol susu dihala ke mulut. Umur Aileen baru ingin memasuki satu tahun tapi mulut kecoh ikut perangai mak cu dia. Walaupun sepatah haram tak ada yang faham.

"Aileen! Ni mommy no dua panggil!" Terdengar suara Farah memanggil anaknya.

"Elok lah ajar anak macam tu nanti sampai kebesar dia tak boleh nak bezakan siapa mommy sebenar dia" Omel Fasha memandang Aileen elok terkedek-kedek menuju ke arahnya.

"Mommy!!" Terdengar suara Aileen memanggilnya. Fasha mengeluh.

"Bukan mommy lah sayang. Mak cu.. panggil mak cu.." Fasha membetulkan. Farah di belekang anaknya tergelak.

"Kalau Aileen tak boleh bezakan Daddy dia dengan si kembar daddy dia tu adik boleh terima lagi tau. Ni Tak boleh bezakan adik dengan kakak. Nii tak boleh terima! Hey tak nampak ke Mak cu ni lagi cun!" Omel Fasha di screen.

"Mommy.." Aileen menepuk-nepuk screen menunjukkan orang tak ubah seperti mommynya.

"Mommy Aileen kat belakang Aileen lah!"
Aileen tidak menghiraukan semakin rancak menepuk-nepuk screen Ipad entah apa yang dibebelnya sepatah haran pon tah faham.

Hanya mommy sahaja yang difahami.

Farah tergelak, dia mengambil Ipad kembali.

"Huru hara kalau dengan si Aileen ni" Ujar Farah sambil mendukung anaknya.

"Ee kenapa bambam sangat. Tak sabat mak cu nak balik peluk dia. Dah lah tak pernah jumpa lagi" 2 tahun dia menetap di Melbourne dan tidak pulang-pulang. Sehingga pengajianya tamat.

"Balik lah cepat. akak pun tak sabar nak jumpa kamu" Balas Farah sambil tersenyum tipis. Rindu mahu berborak dengan adik nya yang seorang itu.

"Adik balik cepat punya! Cuma kawan-kawan adik ajak  pergi bercuti dulu di Melbourne last trip sebelum kami balik Malaysia."

"Okay.. Kakak tunggu. Aileen pun tunggu!" Farah mengucup pipi anaknya. Fasha tersenyum. Bahagia melihat kehidupan rumah tangga kakaknya. Lengkah dihadiahkan cahaya mata.

"Nanti adik bawa balik hadiah untuk akak dan keluarga" Balas Fasha. Tak sabar rasanya nak pulang ke tanah air!!

"Lama berborak.. Dengan Zahrin ke?" Tegur Syafa kawan sebiliknya dari semester satu disitu, dan juga merangkap kawan baiknya di Melbourne sejak pertama kali dia menjejak kaki disitu.

"Eh tak lah. Biasalah kalau dah berborak dengan kakak aku tu. Bukan kau tak tahu" Balas Fasha sambil tersengih menyimpan Telefon bimbitnya kedalam bag sandang

Syafa mengangguk faham.

"Mereka mana ni?" Soal Syafa sambil melilau mencari semua kawan-kawan melayu mereka yang mengikut trip itu.

"Biasalah janji melayu.." Balas Fasha tenang sebelum matanya tertacap pada sebatang tubuh yang berjalan bersama rakan-rakan lain. Mereka bergelak ketawa. Oh sungguh lah segak.. Terus hilang ketenanganya. Jantung nya berdetak berbagai irama.

"Woi! Kau jangan nak tunjuk angau bangau kau kat sini! Malu lah dioranv tengok!" Syafa menepuk peha Fasha berharap kawanya kembali ke alam nyata. Serta merta Fasha tersentak. Matanya dikerlipkan beberapa kali.

Sebaik itu mata mereka berdua bertembung sebelum jejaka idamanya menghadiahkan senyuman paling manis..

Oh Zahrin!

"Fasha!" Sekali lagi Syafa terpaksa menepuk peha sahabatnya.

"Okay okay!" Fasha cepat-cepat mengalih pandanganya. Air liurnya ditelan. Kenapa lah cepat sangat dia cair..

Perjalanan trip mereka diteruskan dengan disertai sebanyak 11 orang semuanya melayu termaksud Zahrin dan Syafa. Antara pilihan yang dipilih Fasha sendiri adalah di Puffing Billy Steam Train dan tidak menyangka majoriti menyetujui rancangan nya untuk menyinggah disitu.

Ini adalah salah satu lokasi perlancongan yang mempunyai kereta api yang berusia sudah lebih dari 100 tahun.

Fasha menghidu bau segar dengan pemandangan dan udara sejuk hutan Australia. Kakinya dijulur dari badan train. Ini kereta api lama yang klasik kaki pon boleh dijulurkan keluar dan tidak membahaya.

"Pelik kan?" Sapa satu suara menyapa sambil melabuhkan duduk disebelahnya. Terus wajah Fasha bertukar kemerah-merahan.

"Pelik kenapa?"

"Kereta api ni dah lama.. Tapi boleh memuatkan penumpang beribu-ribu orang setiap hari" Ujar Zahrin sambil tersenyum manis ke arahnya. Fasha menelan air liur. Ibu! kenapa handsome sangat!!

"Quality able for quantity" Balas Fasha tenang. Dia melambai ke arah penduduk tempatan yang lalu lalang disitu.

"Kenapa awal lambai?" Zahrin memandang pelik.

"Saya ada selalu baca dekat blog, kalau naik kereta api ni.. Jangan lupa lambai dekat penduduk tempatan. Sebab diorang sangat lah excited tengok kita naik kereta api yang jadi sejarah klasik mereka" Cerita Fasha sambil memandang ke arah kanak-kanak yang turut membalas lambaiannya.

Zahrin tersenyum

"Awak ni comel." Bagai darah menyerbu ke muka. Fasha menelan air liur.

"A..apa?" Dia memandnag Zahrin lambat-lambat. Rasa nak tumbang.

"Awak comel" balas Zahrin sambil tersenyum manis.

Oh my god! Tolong sesiapa selamatkan jantung saya!

"Fasha?" Zahrin memandang pelik ke arah gadis itu bagai tidak berkelip memandangnya.

"Fasha!" Tanganya dilambai! Berangan ke apa?

"Er! Ha?" bagai baru kembali ke alam nyata, rasa bak terjun keluar dari kereta api pun ada.

"awak okay?" Soal Zahrin lembut. Cepat-cepat Fasha mengangguk sebelum mengalih bebola mata. Aduh hati tak keruan ni.

"Awak pernah dengar cerita romantik klasik Melbourne?" Zahrin memulakan cerita. Fasha
memandang pelik.

"Apa?" Soal Fasha.

"Saat sang kekasih ingin menemui kekasihnya. Mereka selalu gunakan ayat ni.." Zahrin memandang wajah Fasha. Mata mereka bertaut.

"Meet me under the clocks tonight." Fasha bagai direnjat elektrik. Apa maksudnya ni?

"ohh.. saya rasa macam pernah dengar.." Fasha berfikir sejenak.

"So.. See you there.." Balas Zahrin sebelum berlalu pergi kearah kawan-kawanya.

Fasha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Zahrin ajak dia dating ke?
'meet me under the clocks tonight?'

'see you there?'

terus matanya membulat!

Zahrin ? Ajak dia dating?! Oh no!!!


??
"You.. Cantik kan?" Delina menunjuk baju yang diambilnya lalu ditunjuk ke arah Dhani. Dhani hanya tersenyum malas.

Fikirnya perempuan itu mengajaknya keluar atas urusan kerja tapi semata-mata teman shopping rupanya. Baik dia duduk rumah tidur lagi bagus! Menyusahkan!

"You.. I tanya ni! You buat muka tak ikhlas je kan!" Bentak Delina gedik.

"Ye cantik.. Beli lah" Balas Dhani malas.

"You belanja?" perempuan biasalah..

"Yee I belanja. Beli lah apa pun" Dia dah malas melayan, asalkan perempuan ni cepat shopping cepatlah dia balik ke rumah.

Kring..

Dhani mengeluh. Siapa lagi ni.. Telefon didalam poket dicapai.

Nama Daim tertera di skrin.

"Ya?" Sapa Dhani. Matanya memandang Dalina yang makin rancak shopping. Habislah duit aku.

"Tolong aku." Ujar Daim ditalian.

"Tolong apa?"

"Jagakan Aileen. Aku kena pergi ke Seremban hari ni dengan Farah, kawan Farah meninggal" Balas Daim di talian.

"Kau tinggalkan Aileen kat rumah mama dulu boleh? Nanti aku ambilkan Aileen" Yelah sekarang dia dengan si pengikis mesti lama lagi nak shopping ni.

"Tak boleh bro. Kau tahu lah Aileen ni macam mana. Nak dengan Daddy atau mommy dia je. Mana nak dengan orang lain" Itu lah kelebihan yang dilihat ada pada si Dhani. Akibat mukanya sama dengan Daim,boleh lah jadi pengganti tempat Daddy nya sementara waktu saat Daim outstation atau kemana.

"Okay. Nanti aku ambil Aileen kat rumah kau" balas Dhani. Semua orang kenal dengan perangai Dhani. Sekeras atau sesombong atau playboy mana pon dia, dia tetap akan menjadi baik dengan keluarga sendiri. Itu lah prinsipnya.

Family is number one.

"Thanks Dhani!"

"Sokay bro." Terus talian dimatikan. Dhani memandang geram ke arah Dalina.

"I nak balik" Ujarnya tanpa nada.

"kita baru je sampai.!!" rengek Dalina manja. Baru sampai? Dah hampir 3 jam mereka disitu. Baru sampai? Perempuan ni kan..

"I ada kerja. Dah pergi kaunter I bayar. cepat!" Arah Dhani. Dia sudah malas mahu melayan perangai gedik perempuan itu. Buka girlfriend dia pun.

"Sampai hati you!"

"You nak I bayar ke tak? Kalau nak terus pergi kaunter. Kalau tak you bayar sendiri! I kena balik sekarang" Ugut Dhani, rimas betul lah perempuan macam ni.

"Okay. okay fine. I pergi kaunter sekarang" Dalina memuncungkan mulut. Ingat comel ke? Sikit pun tak!

Begitulah Dhani, perempuan dianggap sebagai peneman, tiada istilah girlfriend atau pun perempuna kekal di hatinya. Kerana dia tidak akan mudah memberi hatinya pada perempuan murah yang hanya melekat kerana harta nya sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience