Rate

3

Romance Series 3035

"Mommy..." Aileen merengek naik keatas badan Dhani yang ralit menonton televisyen. Air mata anak itu sudah bergenang.

"Apa Aileen?" Soal Dhani.

"Mommy..." Aileen merengek memanggil
mommynya. Sudah seharian dia tidak menemui mommynya. Sudah pasti dia akan mencari.

"Mommy balik kejap lagi. Aileen duduk dengan Daddy lah.." Pujuk Dhani sambil menepuk belakang Aileen yang melentok di ribanya. Menangis karang satu hal pula dia nak pujuk.

"Nah susu Aileen. " Puan Aisyah muncul memberi botol susu pada Dhani.

"Dah pukul 9 malam, Abang kamu dengan Farah tak balik lagi ke?" Wanita itu memandang jam sudah bergerak ke angka 9. Hatinya pula rasa tidak sedap hati.

"Entah la mama.." Balas Dhani tenang sambil menyua kerepek ke dalam mulut. Aileen sudah diam dalam ribanya, turut memandang televisyen.

"Assalamualaikum" Encik Azlan muncul siap berkopiah berkait pelikat masuk kedalam rumah.

"Abang dah balik" Sapa Puan Aisyah. Suaminya hanya mengangguk melabuhkan duduk di ruang tamu bersama Dhani.

"Daim tak balik lagi?" Soal Encik Azlan memandang Aileen elok manja dengan pak cu nya.Dhani hanya menggelengkan kepala.

"Tak balik-balik lagi, risau saya dibuatnya." Ujar Puan Aisyah pula.

"Jammed kott.." Balas Encik Azlan.

"Abang dah makan?"

"Dah makan tadi kat surau, ada orang buat makan-makan sikit. Abang makan kat sana"

Dhani hanya menjadi pendengar perbualan mama papanya. Fokus dihala pada televisyen .

Kring..

"Phone siapa tu?" Soal Puan Aisyah.

"Phone papa." Balas Dhani tanpa berkutik.

Encik Azlan bangun mencapai Phonenya. Mukanya berkerut seketika sebelum melekapkan phone itu ditelinga.

"Assalamualaikum.."

"Ya saya.."

Dan keadaan menjadi diam seketika. Dhani yang tadi ralit menontong televisyen memandang papanya yang diam tidak berkutik. Begitu juga Puan Aisyah.


??

"Weh Fasha bangun! Kita dah lewat! Mereka tunggu kita!" Syafa menggoncang tubuh sahabatnya yang masih lena tidur.

"Eemmm.." Fasha menggeliat malas.

"Bangun lah Fasha!!" Pekik Syafa geram terus Fasha bangun tersentak. Matany terkebil-kebil memandang Syafa.

"Tengok jam! Kita dah lewat setengah jam! Mereka dah membebel!" Terus mata Fasha segar membulat memandang jam ditunjuk Syafa. Laju sahaja dia bangun berlari kedalam bilik air tanpa bicara. Syafa hanya menggeleng kepala.

Fasha menggosok tanganya terasa sejuk. Matanya melilau mencari tubuh-tubuh rakanya.

"memang kami disini dengan rela hati sanggup disidai you berdua" perli satu suaran perempuan. Fasha menjeling menyampah.

"Sorry.." balasnya

"Sokay.. "balas Zahrin sambil tersenyum memandang Fasha. Tengok Zahrin rilek jee. Perempuan ni kecoh lah.

"Lain kali kalau dah berjanji tu. Set alarm tu betul-betul. Tak adalah kami membeku kat sini" Perli si gedik Amira.

"Ye ye baik.. Sorry cik Amiraa." Lebih dia mengalah, dia juga yang salah.

"Okay dah dah.. Jom kita gerak sekarang" Tegur satu suara, cuba meleraikan suasana tegang saat itu. Syafa hanya lebih suka berdiam di belakng Fasha.

"So kita akan gerak ke..."

Belum sempat ketua perjalanan meneruskan bicara, bunyi deringan telefon menganggu tumpuan saat itu.

"Fasha!" Syafa menyiku lengan Fasha yang tenang bagai tiada apa-apa berlaku.

"Apa?"

"Phone kau!" Semua mata memandang ke atag Fasha lagi. Terus mata Fasha membulat mencapai telefonya. Saat melihat nama tertera terbatal niatnya untuk menolak panggilan.

Panggilan dari Ayah atau ibu tak akan pernah dia tolak.

"Err teruskan. I kena jawab panggilan kejap" Ujar Fasha serba salah. Terdengar mereka-mereka disitu mengeluh. Maaf panggilan ibu bapa lebih penting dari segalanya.

"Okay, takpe jawab call awak dulu." Balas Ketua trip. Fasha hanya mengangguk lantas berjalan menjauhi mereka untuk ruang privasi.

"Assalamualaikum ayah.." Sapa Fasha ceria seperti selalu. Dia memandang sekilas pada ahli trip yang masih memandang ke arahnya.

"Waalaikumusalam adik.." Terdengar suara ayahnya sedikit bergetar. Dahi Fasha berkerut.

"Kenapa Ayah? Ayah rindu adik ke?" Soal Fasha lembut.

"Ayah rindu anak-anak ayah.. Boleh Adik balik sekarang?" Ujar Ayahnya ditalian. Makin berkerut wajah Fasha kenapa tiba-tiba. Dia sudah memberitahu ayahnya untuk mengikuti trip itu, ayahnya okay sahaja tapi kenapa tiba-tiba suruh pulang?

"Boleh.. Cuma boleh adik tahu kenapa ayah?"

"Ayah harap kamu kuat untuk terima berita ni." Terus perasaan Fasha tidak keruan mendengar ayat itu. Senyuman terukir tadi terus hilang.

"Ke..kenapa ayah?"

"Kakak kamu.. Dan abang Daim dah tak ada.." Bergetar suara tua lelaki itu mengungkapkan itu. Air mata Fasha tanpa dipinta terus mengalir. Ya Allah..

"Ayah jangan bergurau dengan adik.."

"Mereka telah meninggal kerana accident dalam perjalanan pulang ke KL dari Seremban.. Tepat pukul 8.30 malam waktu Malaysia" Maknanya kakak nya baru meninggal satu jam yang lepas. Air mata Makin laju mengalir.

"Ayah... adik tak kuat.."

"Dengar cakap ayah.. Balik sekarang. Kami tunggu adik.." Ujar Ayah menahan tangisan.

"Baik.."

"Hati-hati adik assalamualaikum"

"waalaikumusalam" Terus dia bagai tiada tenaga. Lutut nya terasa longgar.

"Woi cepat lah! Ingat kami ada masa ke nak tunggu you!" tegur satu suara menyentak Fasha. Fasha menarik nafas sedalam mungkin air matanya dikesat. Lantas dia menunduk berjalan ke arah ahli kumpulan nya.

"Maaf I terpaksa mengundur diri dari trip ni" Ujar Fasha senada.

"Fasha!" Tegur Syafa terkejut dengan kenyataan sahabatnya

"Tapi kenapa?" Soal Zahrin pula. Fasha tidak menjawab. Sebaik mungkin dia menahan air mata nya.

"Im sorry. Assalamualaikum!" terus dia beredar meninggalkan mereka disitu terpinga-pinga dengan soalan.

Sungguh dia tiada kekuatan untuk menceritakan perkara yangs sudah terjadi. Cukup lah dia menyimpan kekuatan untuk dia pulang ke Malaysia. Dia tak boleh lemah saat itu.

Syafa ternganga..

"Are she insane?!" Tegur satu suara gedik. Syafa menjeling geram

"Jaga mulut kau! Kawan aku tak kan jadi macam tu tak ada sebab lah!" Marah Syafa geram. Ikutkan hati mahu sahaja dia turut mengundur diri mengenangkan dia menjaga hati ketua trip. Baik diikutkan sahaja.

Tapi kenapa dengan Fasha.

Zahrin hanya memandang dari jauh tubuh yang sudah beredar meninggalkanya.

Nanti dia akan tanyakan .

Fasha menghabiskan duit sebanyak hampir 2000 untuk tiket penerbanganya sahaja. Tidak kesah asalkan dia sempat untuk pengembumian kakak kesayanganya.

Mengingat soal itu, hatinya kembali pilu, baru semalam dia berbicara dengan kakanya. Rasanya baru sahaja dia mendengar gelak tawa kakaknya dengan Aileen.

Bagaimana dengan Aileen? Rasanya Ayah hanya menyebut nama Kak Fasha dan Abang Daim?

Fasha mengeluh berat.

"Miss are you okay?" Sapa seorang pramugari menundukkan sedikit badan memandang Fasha. Cepat-cepat Fasha mengangguk sambil menyeka air matanya.

"Everything happen for a reason, Be strong" Ujar Pramugari itu sambil tersenyum menghulur sapu tangan kepadanya. Fasha tersenyum pahit sambil mengambil huluran sapu tangan.

"Thanks"

"Most welcome." Balasnya sebelum melangkah berlalu, Fasha memejam mata, dia tidak mampu menjadi kuat saat itu.

Farah hanya satu-satu adik beradik yang dia ada. Tidak sangka Allah hanya meminjam waktu sekejap untuknya bersama wanita itu.

dan sekelip mata dia menjadi anak tunggal dalam keluarga.

'Kak Farah tak aci tinggal adik sorang-sorang macam ni.. Siapa nak dengar adik merapu, mak bukan layan pun asyik membebel jee. Ayah pula sibuk. Akak jee yang selalu melayan adik..

Lepas ni adik nak mengadu kat siapa kalau adik sakit hati, sedih, ada masalah.

Kenapa akak tinggalkan adik..' 

Gambar kakaknya dan dia saat di majlis perkahwinan kakaknya ditatap. Itu lah gambar terakhir mereka.

Gambar dia duduk manis disebelah kakaknya yang cantik memakai baju pengantin. Manis.

Akak lagi cantik dari adik saat ni..

Air mata terus mengalir mengiringi perjalanan nya ke Tanah air. Sedikit pun dia tidak merasa tenang.

"Nak Mommy..." Aileen menangis mencari mommynya. Dia hanya mampu didukung Dhani saat itu. Tiada orang lain mampu memujuknya selain Dhani yang dianggap Daddynya.

Dhani hanya terdiam, dia tidak mampu berbuat apa, walaupun wajahnya sama seiras seperti Daim tapi tetap dia bukan Daim yang mampu mengganti tempat Daim.

Orang sudah ramai datang melawat saat mendapat berita sedih tentang kematian Daim dan Farah.

Atas permintaan keluarga Farah jenazah akan dikebumikan sebaik sahaja Fasha kembali ke tanah air. Untuk memberi peluang pada si adik menemui kakak nya untuk kali terakhir setelah 2 tahun di Melbourne. Permintaan Ibu dan ayah Farah diterima baik Mama dan papanya.

Dhani tidak mampu berbuat apa, dia sendiri masih terkejut dengan apa yang sudah terjadi bagi nya ia terlalu tiba-tiba.

Kesian Aileen. Masih kecil tapi sudah menjadi anak yatim.

"Dhani okay?" Puan Aisyah menepuk bahu anaknya yang dari tadi mendukung Aileen merengek mencari mommynya.

"Okay.." Balas Dhani sepatah. sebolehnya dia tidak mahu menunjuk lemah di hadapan mamanya yang sudah sedia lemah.

"Kesian Aileen.. Baru setahun dah jadi anak yatim piatu.." Ujar Puan Aisyah menahan air mata memandang cucu nya yang melentok lemah di bahu Dhani.

"Dhani akan jaga dia. Mama jangan risau. Dhani tak akan biarkan Aileen jadi anak yatim" Balas Dhani mengusap kepala anak buahnya.

"Ramai lagi yang sayangkan Aileen." sambung Dhani lagi. Matanya menatap dua tubuh jenazah yang ditutup dengan kain putih dikelilingi orang yang membacakan yassin.

Perasaanya hina, masa terlalu cepat berlalu. Kenanganya bersama Daim dari kecil
sehingga besar terlayar di fikiran.

"Dhani tidurkan Aileen dulu" Ujar Dhani lantas masuk ke bilik untuk menidurkan anak saudaranya.

"Nak mommy.." Rintih Aileen lemah. Dhani menahan air mata membaringkan tubuh kecil itu di atas katil.

"Daddy kan ada.." Pujuk Dhani sambil memasukkan puting susu ke dalam mulut Aileen. Kepala Aileen diusap lembut.

Akhirnya air mata lelakinya jatuh jua. Daim orang yang selalu bersama nya saat susah senang. Mereka sudah ditakdirkan bersama dari rahim lagi.

"Sepatutnya kau tunggu aku Daim.." Rintih Dhani perlahan. Aileen hanya terkebil-kebil tidak memahami kenapa Daddynya menangis.

Puan Aisyah yang berdiri di sebalik pintu terketar-ketar memegang air kosong hanya diam menahan air mata. Dia tahu Dhani antara orang yang paling merasa kepergian Daim Apa tidak nya mereka terlalu rapat sejak kecil. Daim lah abangnya Daim lah kawanya.

"Aku akan jaga anak kau Daim.. Aku dah janji dengan kau.." Wajah Aileen yang sudah mahu terlelap ditatap. Mungkin pagi esok Aileen akan menangis mencari mommynya.

"Daddy ada.. Daddy boleh jaga Aileen sorang-sorang" Bisik Dhani lantas mengucup dahi anak buahnya. Air matanya dikesat. Nafas ditarik panjang

Berat rasanya menerima apa yang sudah terjadi.

Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Allah sayang pada hambanya saat hambanya kuat dan tabah menempuh setiap ujian diberinya.

Dan saat ini keluarga nya diuji hebat dengan Kematian Daim dan Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience