Rate

Prolog

Romance Series 3035

???????????????
Hai!!??
Mungkin agak cliche tapi lain dari yang lain.

Slow update but I try to make it fast
???????????????
Kaki melangkah melewati orang-orang ramai, ada yang duduk membawang, ada yang bergelak ketawa. Mak cik- mak cik duduk di satu tempat membentuk bulatan sambil tangan memegang pisau masing-masing mengupas bawang yang elok tersedia dia hadapan mereka, mulut tidak henti berbicara. Ada yang ketawa menghidupkan lagi suasana rewang hari itu.

Langkah kakinya pula melewati golongan lelaki yang juga ralit mengangkat kuali, periuk masakan, dia sukakan suasana ini, saat orang kampung berkumpul di satu tempat dan mereka saling tolong menolong tanpa meminta bayaran. Sangat menghayati erti kejiranan.

Langkah kakinya pula menuju ke arah beberapa orang yang diupah untuk menghias pelamin, hanya pelamin ringkas yang ditempah untuk majlis esok, cukup sebagai syarat sahaja katanya.

"Dah okay ke ni Fasha?" Tegur satu suara.

"Cantik!" Fasha menunjuk ibu jari kepada orang itu dengan senyuman ikhlas. Sungguh sentuhan yang sangat cantik.

Dari jauh dia dapat mendengar gelak tawa anak-anak gadis di dalam bilik pengantin yang sudah siap dihias. Langkah diatur masuk ke dalam bilik itu, senyuman diukir.

"Ha.. ni pun dia." Tegur satu suara. Fasha hanya tersenyum melabuhkan duduk.

"Awal nya kakak berinai?" Ye lah waktu itu masih siang. Mana ada orang berinai siang-siang. Biasanya malam sebelum tidur.

"Kakak cuti. Elok lah berinai terus, malam ni Akak ada kerja sikit boleh buat. Kan berinai susah pulak nak buat kerja" Balas Farah satu-satu nya kakak yang dia ada. Dan satu-satunya adik beradik yang dia punyai. Huhu macam cerita frozen kan.

"melepaslah abang daim.." Usik Fasha. Terus dia terdengar gelak tawa nakal di situ.

"Hish kamu ni!" Rasa nak hempuk je adik dia sorang ni.

"Kak Farah,, Fasha dengar Mama cakap akak nak kahwin dengan kembar. Betul ke?" Fasha memandang jemari kakaknya yang sedang diukir.

Farah mengangguk sambil tersenyum

"Yup mereka kembar. Yang abang nama dia Daim dan yang adik nama dia Dhani." Terang Farah sambil tersenyum memandang adiknya.

"Muka diorang sama ke kak?"

"Sama lah dik fasha oi. Nama pun kembar" sampuk seorang kawan kakak nya. Fasha mencebik. ada je kembar tak serupa okay.

"Sama sangat dik. Sampai akak sendiri tertukar dorang berdua" Balas Farah lembut. Fasha kelihatan berfikir sejenak.

"Hmm susah jugak ye kahwin dengan kembar ni. By the way Kak farah kahwin dengan abang ke adik??" Soal Fasha lagi.

"Dengan si abang, akak dah kenal Daim dah lama, dari zaman universiti lagi. Dhani dulu tu belajar luar negara macam adik" Fasha kelihatan mengangguk-ngangguk faham.

"Ohh.."

"Eh ini pun dia anak dara Cik Timah dua-dua duduk sini.." Tegur satu suara, Fasha dah Farah dua-dua berpaling berserta dengan senyuman.
Ibuny yang baru melangkah masuk ke dalam tempat berinai hanya tersenyum melihat anak-anak daranya.

"Eh kejap. Timah.. Mana satu Fasha mana satu Farah ni? Muka lebih kurang jaa" Mak cik Rokiah kawan baik aka geng membawang mamanya menggaru kepala. Ye lah Fasha kan baru balik semalam, itu pun dia susah dapat cuti. Ni balik semata-mata untuk menghadiri perkahwinan kakak dia.

"Ni yang nak kawin si kakak. Farah. Yang tersengih-sengih tu si adik.. Fasha.." Balas Puan Fatimah.

"Ni lah Fasha yang berlajar kat melbum tu?" Serentak Fasha dan Farah ketawa. Kelakar lah Mak cik Rokiah ni.

"Apa ni Mak kiah! Bukan Melbum,, Melbourne lah!" Ujar Fasha sambil mengekek ketawa.

"Mak kiah mana lah tahu Fasha oi!"

"ha Timah,, kenapa muka anak-anak kamu ni sama sangat. Macam apa tu nama artis tu.. Nelidia seros? dengan uqasa seros?" Sekali lagi Fasha ketawa terbahak-bahak.

"Nelydia senrose dengan uqasha senrose lah mak kiah!" Fasha masih ketawa menahan perutnya. Puan Fatimah menggelengkan kepala melihat anak bongsunya.

"Biasa lah Timah.. Adik beradik. Memang lah serupa.." Balas Puan Fatimah. Fasha mengangguk-nganggk setuju.

"Tapi Fasha lagi cantik dari kakak!" Sambung Fasha selamba. Farah mengerling sekilas.

"perasan!"

"FASHA!! Tolong ibu kejap.!" laung Puan Fatimah memanggil anaknya. tak lama Fasha muncul di depan pintu, mulutnya sedang mengunyah. Tak habis-habis mengunyah jee budak ni.

"Makan apa tu?" Soal Puan Fatimah.

"Makan ni.. " Fasha berfikir sejenak. Apa nama kuih ni eh?

"Mak Kiah bagi kuih puteri berselam Ibu.." Balas Fasha selamba. Membulat mata Puan Fatimah memandangnya.

"Berselam apa nya anak oi! Tu kuih puteri mandi! Haih risau betul Ibu dengan kamu ni!" Fasha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ala berselam dengan mandi lebih kurang sama je.

"Kenapa ibu panggil adik?"

"Ni tolong hantar bekal makanan ni dekat keluarga abang ipar kamu. Mereka baru sampai kat homestay hujung kampung tu." Fasha mengerutkan kening.

"Banyak nya ibu mana boleh bawak naik moto macam ni." Banyak makanan tu macam nak buat kenduri.

"Kamu ni belajar jauh-jauh sampai Mebom takkan tak boleh guna sikit akal fikiran. Tu pakai lah kereta kakak kamu tu!" Fasha tersengih-sengih.

"Melbourne ibu.. Melbourne.. Jangan la jadi mak kiah" Ujar Fasha sambil mengambil bekas-bekas yang sudah tersedia.

"Haa ikut lah mebom ke mibom kee. Pergi hantar makanan tu cepat. Kesian mereka lapar" Arah Puan Fatima. Fasha mencebik.

"Suruh lah kakak hantar. Tu kan keluarga mertua dia" Bebel Fasha.

"Kakak kamu tu tengah darah manis. Mana boleh jumpa si Daim tu!"

"Yelah.. yelah.." Fasha hanya mampu akur sambil mengangkut makanan-makanan ke dalam kereta kakaknya.


??
FASHA memberhentikan keretanya di depan Homestay yang boleh dikatakan besar juga lah di kampungnya. Matanya melilau memandang kereta tersusun berderet di hadapan mata. Semua kereta mewah-mewah. Uish boleh rambang mata. Kak Farah ni kahwin dengan orang kaya ke apa?

Kereta Kak farah je nampak kerdil kat situ, Myvi.. Tu pun dah dianggap mewah baginya. Huhu.

"Assalamualaikum..." Sunyi sepi tidak berjawab. Eh takkan semua tidur kot. Tidur petang-petang tak elok wahai tuan puan di dalam rumah sekelian.

"Assalamualaikum!!!" Suara Fasha dikuatkan agar didengari orang di dalam.

"Waalaikumusalam.." Muncul suara garau seksi, memakai baju tshirt putih dan seluar jeans hitam. Lelaki itu memandang ke arah nya.

Fasha berfikir sejenak. Ni Daim ke Dhani? Dia ada melihat gambar bakal suami kakak nya di dalam phone dan Instagram kakak dia. Tapi setelah kakak dia cakap lelaki ni kembar. Confuse pula.

Nak cakap apa eh?

Abang Daim kot..

"Abang Daim ni ibu ada kirimkan makanan untuk keluarga abang makan.." Ujar Fasha penuh sopan santun. Nama nya pula dia main hentam berharap lelaki itu Daim.

"Sejak bila aku jadi abang kau?" Soal Dhani selamba. Pelik dia lihat tunang abangnya ini. Buang tebiat? Takkan dah tak boleh beza dia dan abang Daim?

Terus senyuman Fasha mati. Dia memandang Daim geram.

"Baik Daim! cekelat Daim langkawi makin mahal kan? Tapi sesedap cekelat Daim tu, lagi sedap kalau Daim elok berbahasa!" Entah kenapa akibat geram sangat tersasul keluar yang entah apa-apa dari mulutnya. Padan muka! siapa suruh cari gaduh.

"Tanya lah abang aku" Balas lelaki itu penuh angkuh. Fasha mengerutkan kening tak faham.

"Ada apa ni?" Soal satu suara lelaki. Fasha mengerutkan kening.

Ehhhh???

Mana satu Daim mana satu Dhani ni! Ibu!! Adik pening..

"Err.. Abang.. abang ni.. mana satu Daim?" Tanya Fasha sopan sambil telunjuk jarinya bergerak-gerak menunjuk satu persatu.

"Ni Fasha ye? Adik Farah?" Soal lelaki tadi ramah berbading lelaki berbaju putih tu!

"Ni mesti kes confuse ni.. " Yang pakai baju putih ni Dhani adik abang.. Ni abang Daim" lelaki itu mengenalkan diri sendiri. Terus sahaja Fasha terlopong sambil mengangguk-ngangguk.

Dhani mengerutkan dahi. Setelah diamati betul-betul baru dia perasan wajah perempuan di hadapanya ini sedikit cerah dan hidung nya sedikit mancung. Tapi wajah dia dan tunang Abang Daim, Farah sangat lah sama!

"Ada apa ni Daim, Dhani?" Soal satu suara yang turut muncul. Fasha tersenyum manis.

"Assalamualaikum mak cik.. Saya Fasha adik Farah.. " Fasha mendekati wanita itu lantas bersalaman. terus sahaja memperkenalkan dirinya. Takut nanti tertukar menantu sendiri . Sudahlah dia dengan kak Fasha muka mirip.

"Ibu ada kirimkan makanan untuk mak cik dan keluarga" Sambung Fasha lagi.

"Eh ni ke adik Farah yang belajar Melbourne tu?" Tanya Wanita itu.

Fasha mengangguk sambil tersenyum manis.

"masuk lah dulu.." Pelawa wanita itu.

"Maaflah Mak cik.. Fasha kena balik cepat. Nanti ibu dengan ayah bebel. Lagipun dah nak
maghrib" Terang Fasha menolak lembut.

"Oh ye ke.. Okay-okay takpe lah. Mak cik faham" Balas Wanita itu ramah.

"Dia panggil mama Mak cik? Kampung nya.." Kutuk Dhani perlahan tapi dapat didengari ke telinga Fasha. Dia menjeling geram. Heyy kembar abang Daim ni. Ada yang makan selipar jepun limited edition dia tu karang.

"Maaf aunty.." Fasha membetulkan kesilapan. Lupa pula menantu kakaknya orang KL.

"Eh takpee. Mak cik tak kesah. Nak panggil mama pum boleh.." Ujar Wanita itu sopan. Fasha tersenyum menang memandang Dhani. Ambil kau! Anak sombong, mak baik kemain!

"Oh ya.. Boleh tak abang Daim dengan Ab.." Fasha melirih mata memandang Dhani. Tanak panggil dia abang!

"Dhani. tolong Fasha angkat makanan dalam kereta kak Farah." Sambung Fasha,, sengaja dia menghadiahkan senyuman palsu pada lelaki itu.

"Oh boleh-boleh. Dhani jom!" Daim menarik lengan Dhani untuk menolongnya. Dhani menayang muka tak rela.

Kampung is sooo boring! Tak nak cari perempuan kampung!


??
Dengan sekali lafaz sahaja Abang Daim sah menjadi suami kepada Kak Farah,, Fasha menayang muka manis almaklumlah dia seharian berdiri menjadi dayang tak berbayar untuk sang raja sehari. Adab melayu pun memang guna kipas tangan ke? Kan aircond dah ada! Naik lenguh tangan dia duk kipas kakak dia tu. Dengan senyuman fake dihadiahkan pada orang ramai.

Lagi menyakitkan mata kena hadap si mamat sombong yang juga menjadi pengampit abang iparnya. Elok lah. Jangan orang tertukar dengan pengantin asal sudah.

Si mata anak dara kampung punn satu. Tak lepas nak pandang si pengampit pengantin lelaki. Tahu tak lelaki ni sombong! memang tak kan layan lah perempuan kampung macam korang.

Eh jahat nya kau Fasha!

"Adik!" Farah menepuk tangan adiknya duk mengibas dia tapi mata kelain.

"ye kak?"

"Kenapa duk pandang Dhani macam tu?" Farah tergelak melihat Fasha memandang Dhani macam lelaki tu buat salah besar kat dia.

Fasha tersenyum lalu menundukkan kepala berbisik di telinga kakaknya.

"I hated him! A lot!" Ujar Fasha penuh dendam. Farah hanya tergelak. Kemudian dia pula menarik adiknya pula mendekat.

"Jangan benci nanti jatuh cinta!" Bisik Farah dengan tawa masih tersisa. Fasha memuncungkan mulut tak puas hati. Lantas satu jelingan dihadiahkan pada si Dhani. Lelaki itu macam biasa menayang muka tak bersalah.


??

Fasha menumbuk-numbuk betisnya terasa lenguh. Haih penat! nasib baik dia tak pakai heels cam kak Farah.

"Fasha! sini!" Fasha memalingkan wajah apabila namanya diseru. Lantas dia mengeluh lemah. Lambat-lambat dia bangun ke arah suara itu.

"Ni keluarga abang Daim dah nak balik.." Ujar Ibu. Fasha menayang senyum. Dilihat keluarga abang Daim, yang memandangnya.

"Ni Fasha adik Farah ye? Mirip betul kamu berdua. Umur berapa?" Tegur seorang lelaki yang berdiri di sebelah wanita yang menegurnya semalam.

"Umur 22" Balas Fasha sopan.

"Ohh.. Muda lagi. Belajar elok-elok ye kat Melbourne" Pesan lelaki itu. Fasha hanya mengangguk lantas tersenyum. Senang dengan cara orang-orang itu bercakap. Tak sombong macam si mamat yang elok bersandar pada pintu kereta tu!

"Fasha ni lah mama dan papa Abang Daim.." Abang Daim memperkenalkan mama dan papanya. Padahal dah jumpa si mama semalam.

"Oh.. Hai aunty uncle.." Sapa Fasha kekok. dah kenapa panggil aunty uncle. semalam elok je guna mak cik. Hoho

"Panggil je la mama.. mama tak kisah pun.. Dari kamu panggil mak cik ke aunty ke." Ujar wanita itu sambil tergelak. Sebenarnya terkenang dengan sifat sopan si Fasha. Memandangkan dia sendiri tak ada anak perempuan.

"Err.." Fasha menggaru kepalanya.

"Baik mama." Malas dia mahu membalas layankan je lah. Mama Abang Daim tersenyum. Lantas memeluk tubuhnya.

"Mama balik dulu. Jaga diri kat Melbourne nanti. Ada masa kita jumpa lagi ye." Pesan wanita itu. Fasha hanya mengangguk. Siapa pengantin sebenarnye ni? Hoho.

Tak lama dia melihat Wanita tadi bersalaman demgan kak Farah dan abang Daim. Ye lah
dia lupa.. Nanti resepsi sebelah pihak lelaki dia tak dapat pergi kerana exam.

Mata Fasha memandang lelaki yang sudah melangkah mendekat Ibu dan Ayahnya.

"Ni Dhani.. kalau ayah salah tengok dah tertukar dengan Daim karang" Ujar Ayah sambil menepuk-nepuk bahu Dhani yang bersalaman denganya. Muka Fasha mencebik. Tak payah lah bahasakan diri ayah!

Ayah pun!

"Tak apa.. Nanti biasa lah tu" Balas Dhani ramah. Eh tahu pula kau nak sopan dengan orang tua?

Fasha beristighfar dalam hati. Jahatnya kau Fasha duk kutuk orang..

"Bye budak!" Sempat Dhani tersenyum sinis memandangnya. Fasha mencebik. Suka hati mulut dia panggil orang budak!

Dhani hanya mampu tergelak mengingat saat Abang daim memberitahunya mengenai Fasha mengadu kepada Farah yang dia tidak menyukainya Kerana peristiwa semalam. Budak betul lah perempuan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience