Rate

6

Romance Series 3035

Puan Fatimah mengerutkan kening memandang bilik dihuni anak daranya kosong tiada penghuni.

"Fashaa?" Bilik air dibuka tetap kosong.

"Kemana pulak budak bertuah ni.." telekung sembahyang yang masih tersarung di kepala dibetulkan naik ke atas bahu. Dia melangkah mencari tubuh anak dara dan cucu nya yang turut tidur dengan Fasha semalam.

"Kak Aisyah ada nampak fasha tak? semalam rasanya dia tidur bilik tu" Puan Fatimah menyapa Puan Aisyah yang turut masih lengkap bertelekung solat mungkin baru kejutkan Dhani.

"Fasha tak ada? Dhani pun tak ada dalam bilik dia ni. kemana mereka ni?" Puan Aisyah menyoal kembali, kepala nya terhendap-hendap mencari anak terunanya.

"Eh kenapa dua-dua hilang?" Soal Puan Fatimah pula. Pelik ni.

Puan Aisyah melangkah ke ruang tamu diikuti Puan Fatimah, jikalau anak nya tidur di situ, tekaan nya tepat. Kelihatan Dhani dan Fasha tenang tidur di atas sofa beransingan. fasha masih lengkap bertudung dan Dhani pula tidur ditindih tubuh kecil Aileen di atas badanya.

Serentak Puan Aisyah dan Puan Fatimah memandang sesama sendiri sebelum gelengan kecil disertakan senyuman tipis terukir.

"Bertuah punya anak dara! Bangun Fasha! Buat apa tidur kat sini?" Puan Fatimah terlebih dahulu datang menepuk tubuh lena Fasha di atas sofa.

"Dhani ni pun sama. Macam tak ada bilik je kamu berdua nak tidur?!" Marah Puan Aisyah pula, bukan apa, rumah itu masih dihuni sanak saudara mereka, risau apa pula kata mereka melihat Dhani dan Fasha sebegitu.

"Hey Fasha! Bangun!" Puan Fatimah menepuk anak daranya berkali-kali. Tak lama Fasha membuka kelompak mata dengan mamai. Dia memandang kosong ke arah ibunya. Belum mengerti apa-apa. Sudah lah penat melayan Aileen semalam.

"Ibu.."

"Kamu tidur sini buat apa? Orang tengok nanti tak manis" Tegur Puan Fatimah. Fasha mengerutkan kening. Tidur mana?

"Dhani bangun!"

"Ye mama.. Kejap Dhani penat ni.."

"Subuh tak tunggu kamu! Ajal pun tak tunggu kamu!" Sentap betul teguran mamanya. Cepat-cepat Dhani membuka mata. Akibat tubuh Aileen menindih tubuhnya menyukarkan dia untuk bergerak.

"Kamu tidur kat luar kenapa?" Tegur Puan Aisyah. Dhani menayang muka toya.

"Macam tak biasa jee." Balas Dhani mendatar. Perlahan dia bangun bersila sambil menahan tubuh Aileen di atas badanya.

"Kalau kamu seorang memang biasa, ni kamu heret anak dara orang sekali kenapa?" Tegur Puan Aisyah, terus mata Dhani membulat sedikit , dia berpaling memandang Fasha terkebil-kebil memandangnya. Blurr

"Kami penat sangat lah semalam mama. Aileen ni meragam nak daddy mommy dia sekali. Takkan Dhani nak heret mommy dia ni masuk bilik Dhani" Balas Dhani selamba. Entah dia mahu salahkan siapa.

"Maaf Mama Ibu,, bukan salah Dhani, betul Dhani cakap, Aileen meragam sampai Fasha tertidur kat sini sekali" Sambung Fasha pula. Dia membetulkan tudung yang serabai di kepala. Matanya memandang Dhani yang meraup rambut kebelakang. Rasa serba salah dengan lelaki itu.

"Haa dah lah. Dhani Fasha, pergi bangun solat subuh. Dah lewat ni" Arah Puan Fatimah. Fasha hanya mengangguk. Begitu juga Dhani.

Dengan mamai Fasha bangun ke arah Dhani dengan menghulur tangan ingin mengambil Aileen yang masih lena. Kasihan lelaki itu pasti penat semalaman jadi bantal Aileen.

Dhani memandang Fasha sekilas, sebelum akur menyerah Aileen pada wanita itu. Sempat dia menghadiahkan kucupan di dahi Aileen. Fasha tersenyum tipis.

"Fasha masuk dulu mama Ibu.." Fasha mendukung Aileen cepat-cepat melangkah masuk ke dalam biliknya. Tak tahan dengan renungan tajam ibunya.

"Err,, Ibu mama.. Dhani pun.. masuk bilik dulu." Dhani turut bangun dari duduk, kepalanya yang tidak gatal digaru.

Puan Aisyah dan Puan Fatimah memandang sesama sendiri lagi. Sama-sama tersenyum.

"Tak lama jadi besan kali kedua juga kita ni." Puan Aisyah tergelak kecil.

"Betul tu kak." Puan Fatimah pula membalas dengan sengihan.

Kita tengok lah lagu mana.


??
"DADDY!!" Aileen menjerit penuh ceria siap tepuk tangan lagi memandang ke arah Dhani yang sedang sibuk bercakap dengan seseorang di telefon.

Lelaki itu terus berpaling mendengar panggilan si kecil. Senyuman kecil dihadiahkan pada anak buahnya.

"I got to go. Bye" Terus panggilan dimatikan. Iphonenya dimasukkan ke dalam poket seluar. Langkah diatur mendekati Fasha yang turut melangkah mendekatinya.

"Morning sayang.." Sapa Dhani sambil mengambil Aileen dalam dukungan Fasha. Pipi anaknya dikucup mesra. Fasha tersenyum tipis, suka melihat kemesraan mereka tak ubah seperti anak dan ayah. Dhani langsung tidak kekok melayan Aileen.

"Dia dah makan?" Soal Dhani memandang Fasha tidak berkelip memandangnya dan Aileen.

"Huh?" Fasha menjungkitkan sebelah kening.

"Berangan ke apa you ni? I tanya Aileen dah makan ke?" Tanya Dhani sekali lagi. Tahu lah dia handsome.

"Be..belum.. Dia baru je mandi." Balas Fasha. Sejak bila kau ada penyakit gagap ni Fasha?!

"Okay jom breakfast!" Kelihatan Aileen bersorak riang dalam dukungan Dhani. Gembira dengan Daddy dia.

"Hari ni I bawa balik Aileen ke kampung. Kami ingat nak buat majlis tahlil arwah kat sana pula" Ujar Fasha menyaingi langkah lelaki itu.

"Okay." Balas Dhani sepatah. Fasha menggigit bibir. Okay je? Tak nak ikut sekali?

Dia ada fikirkan semalam, ingin mengajak Dhani mengikut nya sekali balik ke kampung memandangkan Aileen perlukan Dhani lebih darinya. Dan selepas itu mereka akan pulang ke KL di rumah itu seperti dirancang Puan Aisyah yang menginginkan Fasha menetap disitu sementara waktu untuk menjaga Aileen.

"Berapa hari balik kampung?" Soal Dhani tenang.

"Err.. Seminggu mungkin." Terus langkah lelaki itu berhenti memandang Fasha dengan kerutan.

"lamanya, you tahu kan Aileen ni manja. Tak boleh berpisah dengan daddy atau mommy dia lama-lama!" Tegas suara lelaki itu. Fasha menelan air liur.

"Se..sebab tu I rasa macam nak ajak you balik kampung sekali" Lelaki ni nak ke? Sudah lah kerek, suka ke suasana kampung?

"You ingat I tak ada kerja?" Soal Dhani sinis. Fasha mencebik.

"kalau tak boleh cakap je tak boleh!" Fasha memandang geram.

"Bukan tak boleh.. I banyak kerja kat sini. Kerja arwah Daim nanti akan jadi kerja I, " Suara Dhani berubah mengendur, bersalah mungkin.

Fasha mengalihkan pandagan mata. Terserah dia akan tetap akan bawa Aileen pulang ke kampung.

"Okay macam ni.. I boleh ikut you dengan Aileen balik kampung, tapi I tak boleh duduk seminggu kat sana. I banyak kerja kat sini"entah lah dia sedang memujuk ke apa, tapi sekarang dia rasa tenang melihat wajah mencuka perempuan itu berubah ceria.

"Betul ke?" Soal Fasha ceria. Dhani mengangguk.

"Yeay daddy ikut kita balik kampung!" Fasha bagai mahu melompat menggedik dengan anaknya. Aileen apa lagi? menggedik sama lah dia. Dhani memandang jelik. Dia dah tahu mana datang perangai gedik manja si Aileen. Mesti datang dari mak saudara dia yang seorang ni!

"Korang bincang apa tu?" Tegur satu suara. Terus serentak Fasha dan Dhani berpaling memandang Papa dan Ayahnya tenang menghirup kopi memandang ke arah mereka.

"Err ayah.." Fasha melangkah mendekati ayahnya. Senyuman dileretkan. Dhani hanya mengikut dari belakang.

"Ya?"

"Dhani ikut kita balik kampung hari ni. Boleh? Semalam pun adik tak dapat tidur tau Aileen asyik nak melekat dengan Daddy dia jee. Tapi bila adik nak kelain dia cari adik pula" Adu Fasha siap dengan mimik muka lagi.

"Boleh. Apa yang tak boleh nya" balas Encik Ismail tenang.

"Betul ke Dhani?" Tanya Encik Azlan pula, pelik betul anak nya semudah itu ingin ke kampung. Biasanya Dhani lah banyak bagi alasan jika ingin ke kampung mana pun.

"Betul pa. Tapi tak lama lah. Fasha ke sana seminggu. Dhani kesana mungkin sehari dua je" Balas Dhani tenang sambil mengambil nugget dihulur pada Aileen yang dari tadi ingin mencapai.

"Ohh. Okay lah kalau macam tu." Balas Encik Azlan. Fasha mengukir senyum.

yes ! Boleh buli budak sombong ni!

" kamu Fasha jadi nak tinggal disini?" Encik Azlan memandang Fasha yang tersenyum.

"Yup. Fasha tinggal disini sementara waktu sampai Aileen ni betul-betul boleh ditinggal. dan lepas tu Fasha dan Dhani akan bergilir-gilir jaga Aileen" Balas Fasha yakin sambil memandang Dhani sekilas, lelaki itu turut mengangguk menyetujui.

Encik Azlan dan Encik Ismail mengerutkan kening.Ni dah macam kes cerai nak dapat hak penjagaan anak.

"haa ikut lah mana pun. Asalkan terbaik untuk kamu berdua dan Aileen" Ujat Encik Ismail pula. Dhani hanya tersenyum tipis.

"InsyaAllah."

"Kahwin jelah." Entah datang dari mana suara sumbang menyambung. Dhani memberi jelingan memandang ibu saudaranya.

"apa mak ngah cakap macam tu" Ujar Dhani kurang senang.

"Ye lah, dari orang pandang tak manis kat kamu berdua. Baik kahwin je" ujar wanita itu. Fasha menelan air liur. Dah kenapa perempuan ni?

"Kami niat baik nak jaga anak yatim ni, bukan nak buat maksiat!" Dhani masih dengan nada tegasnya. Encik Ismail dan Encik Azlan hanya diam.

"Macam lah Mak ngah tak tahu perangai kamu kat luar. Tak payah tunjuk baik lah.."

"Liza!" Encik Azlan memandang geram ke arah adiknya. Dhani mengempal penumbuk. Fasha pula hanya mampu diam. Dia bukan keluarga untuk masuk campur.

"Apa? Betul kan abang? Semua orang tahu perangai Dhani ni kat luar macam mana" Sambung perempuan itu penuh sinis. Fasha memandang muka Dhani sudah kemerahan. Awkwardd~

"Tak perlu lah judge niat baik dia nak besarkan Aileen! Ada dia nak jadikan aileen sebagai anak angkat pun dah bersyukur" Encik Azlan membela anaknya.

"Apa nya abang. Liza hanya suruh mereka ni kahwin. Niat baik juga kan?" Sambung wanita itu. Fasha menggigit bibir. Entah kenapa dia pula yang merasa geram.

"Ni bukan macam kisah novel nak main jodoh-jodoh anak. Akak tak akan paksa dia untuk tentukan jodoh dia" Entah dari mana Puan Aisyah datang meletakkan bekas berisi mee ke atas meja. Sempat dia memberi pandangan kurang senang pada adik iparnya.

Keluarga baru kehilangan ahli keluarga dia ni sibuk dengan urusan nak bergosip buruk-burukkan orang.

"Demi kebaikan.."

"Akak bangga dengan niat baik mereka berdua ni. Sama-sama nak jagakan Aileen. Awak tahu bertapa besar nya pahala seseorang yang menjaga anak yatim? Kenapa nak judge niat baik mereka dengan maksiat?" Wanita itu terdiam mendengar ceramah free Puan Aisyah.

"Kita orang biasa beluk tentu sempurna akhlak, tak perlu lah nak hukum orang lain." Sambung Encik Azlan pula. Fasha tersenyum sinis. Dhani pula masih diam, sama ada menghormati wanita bergelar ibu saudaranya atau sedang menahan sabar.

"Daddy.." Aileen menunjuk ke arah nugget minta diambil. Tanpa riak Dhani bangun meninggalkan ruang makan. Menyampah melihat muka wanita itu.

"Dhani..!" Fasha memanggil tetapi lelaki itu tidak berpaling, berlalu meninggalkan ruang makan begitu sahaja.

"Maafkan Dhani.. Dia masih lagi bersedih dengan kepergian abang di. Baru hari ni Mama tengok dia senyum dari semalam," Puan Aisyah memandang susuk tubuh anak nya yang sudah berlalu. Kesian Dhani.

"Siapa yang tak sedih, kembar dari dalam rahim dia meninggal. orang pula salah anggap dengan niat baik dia. Kalau saya pun terasa hati" Sambung Puan Fatimah menyokong.

Fasha memandang Ibu saudara Dhani tenang tanpa rasa bersalah mengherdik mereka tadi.

Ada hati perut tak wanita tua ni? Lelaki tu tengah bersedih lagi kot! Kalau dia ada kat tempat Dhani pun memang tak lama lah perempuan ni. Nasib baik Dhani tu bukan dia. Kalau tak memang habis lah mulut puaka wanita ni.

Nasib baik Dhani tu masih ada sikap penyabar.

Ya Allah jahatnya kau Fasha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience