Rate

4

Romance Series 3035

Setelah 9 jam perjalanan, Sampai juga dia di Tanah air setelah dua tahun tidak
menjejak kaki disitu. Sampai sahaja di KLIA dia dijemput pemandu Papa Abang Daim.

Sebaik sahaja kereta berhenti di perkarangan rumah banglo mewah milik keluarga abang Daim, Laju sahaja langkah Fasha diatur masuk ke dalam rumah yang sudah dipenuhi orang ramai yang datang melawat. Jenazah kakaknya bakal dikebumikan di situ juga, tepat di sebelah kubur Abang Daim.

Dia sudah tidak hiraukan pandangan orang ramai terhadapnya. Saat itu sudah pukul 9 pagi dengan suasana mendung bagai memahami perasaan pilunya saat itu. Bagai hilang arah.

Sahut-sahut terdengar bacaan yassin dari dalam rumah. Air mata nya kembali bergenang. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah besar itu. Di satu sudut dia dapat melihat dua kujur tubuh sudah siap dikafankan.

Mulutnya ditekup dengan tangan. Air matanya mengalir laju. Lututnya tidak kuat lagi untuk berdiri dan akhirnya dia rebah terduduk disitu.

Semalam dia masih berharap, itu hanya kesilapan, kakaknya masih hidup. Tapi sekarang dia dapat melihat dengan matanya sendiri jenazah kakaknya siap dikafankan dihadapan mata.

"Kak Farah..."

"Abang! Fasha bang!" Mata Puan Fatimah membulat memandang anaknya yang sudah terduduk di hadapan orang ramai yang membaca yassin kepada dua jenazah.

"Ya Allah Fasha!" Laju Encik Ismail menerpa ke arah anak bongsunya. Dhani dan Puan Aisyah yang turut disitu hanya mampu memandang.

"Ayah.. Kakak.." Tersedu-sedu Fasha menangis dalam dakapan ayahnya. Puan Fatimah mengesat air mata mengusap belakang anaknya.

"Adik.. Jangan macam ni.. Adik dah besar kan.." Pujuk Encik Ismail. Fasha menggeleng kepala.

"Kakak adik.. Adik nak jumpa kakak lagi.." Rintih Fasha, orang ramai hanya memandang sayu. Faham perasaan anak bongsu Encik Ismail yang baru sahaja pulang dari Melbourne dan  pulang dengan hanya mampu menatap sekujur tubuh kakak nya yang sudah tidak bernyawa.

"Jangan macam ni adik.." Puan Fatimah pula bersuara. Tahu bertapa manjanya Fasha dengan kakak nya itu.

"Bangun sayang. Semua orang dah tunggu Fasha.. Pergi cium kakak kali terkahir. jenazah tak boleh dibiar lama-lama. Dah semalaman Kakak tunggu Fasha.." Makin kuat Fasha menangis.

"Pergi lah adik.." Sambung Puan Fatima lagi. Air mata diseka berkali-kali. Pilu melihat keadaan anak bongsunya.

Fasha menarik nafas sedalam mungkin cuba untuk menenangkan diri. Dia tak boleh menangis dihadapan jenazah.

"Jangan menangis. Kesian kat kakak.." Pujuk Ayahnya. Fasha mengangguk tapi air matanya masih bergenang.

"Kesian Fasha.." Puan Aisyah mengesat air mata melihat tubuh lemah Fasha dipimpin ayahnya menuju ke arah jenazah.

Dhani hanya memandang sepi, dia faham apa yang dirasai Fasha saat itu. Cuma dia lelaki, dia harus menunjuk dirinya kuat. Tapi dalamanya hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa lemahnya dia saat itu.

"Dia macam kamu.. Hilang adik beradik.. Yang dia paling rapat.." sambung Puan Aisyah lagi.  Dhani menunduk.

"Kakak... " Fasha memandang wajah pucat tidak bernyawa kakaknya. Air mata sebaik mungkin cuba dikawal. Puan Fatimah dan Encik Ismail sedia menemaninya ditepi memberi kekuatan.

"Adik minta maaf, salah silap adik.. Halalkan semuanya.. Adik janji.. Adik tak nakal lagi. Adik akan jagakan Aileen macam anak adik sendiri" Kata-kata Fasha terhenti. Dia menarik nafas sedalam mungkin.

"Pergi lah berehat dengan abang Daim.. " Sebaik itu satu kucupan singgah di dahi kakak nya. Sejuk dan tidak sehangat dulu. Pipi kakaknya pula dikucup di kedua belah.

"Adik sayang kakak.." Ujar nya sebaik itu dia berlalu, tidak betah bertahan air mata disitu.

"Fasha.." Puan Aisyah menyapa. Fasha melabuhkan duduk di hadapan wanita itu. Tangan wanita itu dikucup sopan.

Sebaik itu tubuh Fasha dipeluk Puan Aisyah.

"Terus kuat ye.. Jangan lemah macam ni. Allah uji kita sebab dia sayang kita." Pesan Puan Aisyah sambil mengusap belakang gadis itu. Air mata Fasha kembali bergenang. Dia tidak hiraukan lagi mata-mata memandangnya.

Sungguh dia tidak kuat saat itu.


??

Usai pengebumian Farah dan Daim, Fasha hanya berehat di bilik tetamu. Puan Aisyah yang menyuruh nya berehat kerama faham dia masih penat perjalanan dari Melbourne ke Malaysia bukanya sekejap.

Dia tidak tahu kemana ayah dan ibunya. Yang pasti dia di rumah banglo milik mertua arwah kakaknya. Aileen anak kakaknya pun dia tidak temui lagi.

Siap mengaminkan doa, Fasha termenung seketika. Perasaanya rasa tenang mengadu kepada Maha Pendengar. Matanya dipejam
seketika.

Kring~

Fasha memandang Phonenya tidak henti berbunyi dari semalam. Dia tidak kuat lagi untuk menceritakan perkara sebenar pada sahabat-sahabatnya.

Iphone di atas meja dicapai. Nama Syafa antara orang yang tak putus menelefonya.

"Assalamualaikum Syafa.."

"Kau kat mana! Kenapa tinggal aku sorang-sorang?! Aku risaukan kau tau! kenapa buat aku macam ni Fasha.. Kau dah lah blah macam tu je.. Orang lain dah fikir lain sebab kau blah macam tu je.." Tanpa sempat menjawab salam Syafa sudah bertubi-tubi memberi soalan.

"Syafa.."

"Ye!"

"Aku kat Malaysia."

"What?! Kenapa tak tunggu aku? Kenapa balik Malaysia sorang-sorang. Ya Allah kau ni Fasha.. kenapa buat aku risau macam ni. Kenapa dengan kau sebenarnya ni.." Air mata Fasha bergenang lagi. Dapat didengar suara-suara yang berada di sekeliling Syafa menanya tentamg khabarnya.

"Kakak aku..." Fasha meneku mulut menahan tangis..

"Fasha..?" Suara Syafa mengendur.

"Kakak aku dah tak ada Syafa.." terhambur lagi tangisanya. Lagi-lagi mendengar suara risau Syafa. Sungguh dia sangat memerlukan sahabatnya seorang itu.

"Ya Allah Fasha.. Kenapa tak bagitahu aku? Kenapa kau balik Malaysia sorang-sorang? Kenapa tak bawa aku sekali? aku risaukan kau.."

"Aku tak kuat.. Aku takut aku lemah.."

"Kau ada aku kan.. Kau tunggu aku balik ye" Pujuk Syafa serba salah mendengar tangisan sahabatnya.

"InsyaAllah.. Hati-hati kat sana.." Sempat dia berpesan pada sahabatnya itu.

"kau pun. Salam takziah untuk keluarga kau."

"Bye Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam"

Talian ditutup. Syafa termenung seketika.

"kenapa dengan Fasha?" Soal Zahrin risau.

"Kakak dia meninggal sebab tu dia tinggalkan kita macam tu je" Balas Syafa lemah.

"Innalillahiwainnailaihirojiun"

Fasha melipat telekung solat lantas digantung. matanya memandang keluar tingkap. orang masih ramai diluar datang melawat.

Tudung nya dicapai lalu disarung. Wajahnya yang tampak sembab cuba ditampal sedikit make up.

Sebaik pintu bilik dibuka dia terdengar tangisan kuat, seperti selalu dia dengar tiap kali Video call dengan Farah. Suara Aileen?

Laju langkahnya diatur ke arah suara itu.

"Daddy kan ada.." Pujuk Dhani lembut. Puan Aisyah dan Puan Fatimah hanya mampu memerhati, tahu sangat Si Aileen ni bukan mahu dengan orang lain. Nasih baik lah Dhani ni mirip dengan Daim.

"Mommy..!!" Aileen masih menangis mencari mommy nya. Kebiasaan budak kecil pasti akan mencari orang tuanya. Terutama ibunya.

"Aileen jangan macam ni" Pujuk Puan Fatima sambil mengusap-ngusap kepala cucunya. Aileen masih lagi memberontak.

"Nak buat apa ni Dhani?" Tanya Puan Aisyah.

"Takpe bagi Dhani pujuk dia dulu." Balas Dhani sambil mengusap-ngusap belakang Aileen, Naik penat dia mendukung Aileen dari tadi tidak mahu berenggang denganya. Emosi Aileen masih tidak stabil, lagi-lagi sudah hampir dua hari dia tidak menemui mommynya.

"Kenapa ibu?" Sapa satu suara. Fasha memandang Aileen menangis di pangkuan Dhani.

"Aileen ni menangis cari mommy dia.." Balas Puan Fatimah sayu melihat keadaan cucunya.

Fasha memandang Aileen yang menangis dalam dukungan Dhani. Kasihan anak
kecil itu. Pasti Aileen itu menganggap Dhani itu Daddynya.

"Aileen.. Sini kat mommy.." Fasha secara spontan bergerak ke arah Dhani menghulur tangan untuk mendukung Aileen. Dhani yang ralit memujuk anak buahnya menjungkitkan sebelah kening.

"Mommy... tsk tsk.." Laju sahaja Aileen menghulur tangan kepada Fasha. Terus sahaja tangisanya mereda. Dhani pula bagai diam terpaku. Kenapa lah dia boleh lupa rupa si Fasha ni mirip dengan Farah. Kalau tak dah lama dia bagi Aileen ni pada budak ni.

"Shh.. Mommy kat sini sayang.." Fasha mengusap belakang Aileen. Puan Aisyah dan Puan Fatima yang tadi tidak senang duduk kembali melabuhkan duduk di atas sofa. Helaan nafas dilepaskan.

"Kenapa lah mama lupa Fasha ni mirip dengan Arwah farah.." Ujar Puan Aisyah sambil tersenyum lega.

"Betul lah kak. Saya sendiri pun lupa" sambung Puan Fatimah lagi. Fasha hanya diam menepuk-nepuk belakang Aileen. Dia memandang Dhani yang tidak lepas memandang wajah Aileen dalam dukunganya.

"Emm. Dhani nak solat dulu." Dhani bangun dari menatap anak daranya.

"Haa pergi lah rehat. Kamu pun dari semalam tak rehat" Ujar Puan Fatimah.

"Tak ada apa pun ibu.. Aileen pun Dhani dah anggap anak Dhani sendiri" Balas Dhani sopan. Fasha hanya diam mendengar. Tidak rasa ingin menyampuk.

"Terima kasih lah Dhani.." Ujar Puan Fatimah terharu.

"Sama-sama. Dhani minta diri dulu."

"Daddy!!!" Aileen kembali menjerit memanggil Daddynya. akibat sudah ditinggalkan lama mommynya membuatkan dia tidak mahu ditinggalkan lagi.

"Aileen. Mommy kan ada.." Fasha memujuk.

"Daddy!!" Aileen memanggil-manggil Daddynya. Langkah Dhani terhenti.

"Daddy pergi solat kejap je sayang.." Pujuk Dhani lembut.. Aileen menggelengkan kepala. tak mahu ditinggalkan lagi.

Dhani mengeluh lemah, lantas mengambil Aileen kembali dari dukungan Fasha.

"Nak bawa Aileen pergi solat sekali?" Tanya Puan aisyah.

"Haah. Macam tak boleh tinggal dengan mommy dia je.." balas Dhani tenang, Fasha menjeling. Nak cakap dia tak boleh harap ke?

"Nak mama tolong?"

"Tak apa lah." Balas Dhani sebelum melangkah mendukung Aileen ke bilik nya.

"Mommy.!" Belum beberapa langkah Aileen menunjuk Fasha yang tenang duduk diatas sofa. Kening Fasha terjungkit.

"Nak Mommy ke nak Daddy ni?" Soal Dhani, pening dengan perangai anak buahnya.

"Momny!!" Panggil Aileen lagi menunggu masa sahaja untuk kembali menangis.

"Ye ye.." Fasha segera bangun mendapatkan anak buahnya. Rasa janggal pun ada.

"You masuk bilik I. Buka pintu luas-luas" Pesan Dhani senada lantas berlalu meninggalkan dua beranak itu. Fasha menjungkit kan bahu sebelum berlalu mengikut langkah lelaki itu. Pintu bilik Dhani dibuka luas mengikut apa yang disuruh. Lantas dia melabuhkan duduk di atas katil bersama Aileen.

"Nanti turun makan, pesan kat Dhani jangan lama-lama kat bilik, tak manis orang tengok" Pesan Puan Aisyah dimuka pintu.

"Baik aunty"

"Mama.. Panggil mama.." Sekali lagi setelah dua tahun Puan Aisyah menegur. Fasha tersenyum tipis.

"Baik mama.." seraya itu dia melihat Puan Aisyah mengukir senyum sebelum berlalu dari muka pintu. Fasha memandamg Aileen berbaring di atas ribanya. Mungkin penat seharian menangis.

Pintu bilik air dibuka. Muncul Dhani siap berwuduk mencapai kopiah yang sudah tersedia. Tanpa bicara lelaki itu mengangkat takbir bagai dia langsung tidak wujud di bilik itu.

Kekok.

Siap mengaminkan doa, Dhani memandang Fasha yang ralit mengusap rambut anak saudaranya.

"Kalau dia dah tidur tinggal je dia kat situ, you boleh keluar" Tanpa rasa bersalah dia menghalau wanita itu. Fasha menahan sabar. Tadi lelaki itu juga yang suruh dia kebilik itu.

"Rasanya dia dah nak tidur." Balas Fasha

"Okay tinggal je dia kat situ." Balas Dhani tenang. Fasha mengangguk. Lantas bangun melapikkan kepala Aileen dengan bantal. Sempat dia menghadiahkan kucupan di dahi anak itu.

"Mommy..." Belum sempat dia beredar Aileen kembali memanggil. Tidak jadi Fasha mahu keluar dari bilik itu.

" Ye sayang?"

"Mommy..cucu.." Rengek Aileen sambil bangun kembali melabuhkan kepala di atas riba Fasha.

"Hah? Sss..susu?" Fasha meneguk air liur. Perlahan dia menundukkan pandangan memandang dadanya. Takkan lah..

Aileen ni minum susu badan ke? Kalau susu badan macam mana dia nak bagi?

sempat lagi Fasha berfikir bagai tidak sedar kewujudam Dhani yang menggeleng kepala
melihatnya.

"Tu botol susu dia ada atas meja. Tak payah bagi yang kat dada you. Bukan ada pon" Tegur Dhani bagai tahu sahaja apa yang bermain di fikirkan gadis itu. Nak tergelak pon ada melihat wajah cuak Fasha.

"I baru first time jaga budak.." Balas Fasha sabar.

"Faham" Sepatah sahaja balasan lelaki itu sambil tersenyum sinis.

Fasha menjeling geram. Kenapa lah mesti mamat sombong ni ada kat sini. Dah lah mulut tak pernah ada insurans.

"Tolong ambilkan" Fasha menghulur tangan kepada Dhani yang tenang duduk memandangnya dan Aileen di atas katil. Dhani akur bangun menghulur botol susu Aileen kepada Fasha.

"Tidur ye sayang.." Pujuk Fasha sambil mengusap kepala anak buahnya merangkap anak nya sekarang. Wajah tak tumpah macam Farah. Cantik comel.

Mungkin Aileen hadiah yang ditinggalkan Farah dan Daim pada mereka.

Tak kisah lah orang menganggapnya janda anak satu pun. Dia akan menjaga Aileen untuk kakak nya. Itu janjinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience