BAB 2

Romance Completed 5431

Tanganku sudah sejuk menanti giliran untuk ditemuduga. Bermacam-macam perasaan yang menerjah di jiwa. Aku tak peduli. Apa yang penting sekarang adalah pekerjaan. Tak mengapa kalau aku jauh keluarga. Selama ini pun aku jauh daripada mereka.

Aku menarik nafas lega kerana temudugaku berjalan lancar. Tak sangka aku diterima bekerja. Ku panjatkan syukur pada Tuhan kerana permudahkan jalanku. Aku mulakan tugasku dengan hati yang gembira. Bos ku pula seorang perempuan bernama Cik Minna. Dia memberi tunjuk ajar kepadaku tentang tugasku sebagai pembantu akauntan dan memperkenalkan aku kepada pekerja-pekerja lain.

“Awanie Anis. Saya akan panggil awak Wanie. Awak pula boleh panggil saya Min sebab kita berdua ni sebaya.” Cik Minna memperkenalkan diri berserta menayangkan senyuman manisnya. Cik Min memang manis orangnya. Untung orang yang dapat Cik Min ni. Tak sombong dan ramah juga.

Aku membalas senyuman manisnya dan mengangguk sahaja. Senang hatiku berkenalan dengannya.

“Wanie dah sedia maklumkah dengan tugas-tugas yang saya tunjukan tadi. Kalau masih ragu-ragu boleh tanya saya atau staf-staf lain ya,” sambungnya lagi.

“Terima kasih Min. Terima kasih sekali lagi sebab beri saya tugas ini,” aku membalas. Hatiku sebak. Terharu dan juga terselit rasa gembira. Aku sedaya-upaya menyembunyikan riak wajah yang sedih.

Semangatku membuak-buak untuk menjalankan tugasku sebagai pembantu akauntan. Pekerjaan ini yang aku impikan selama ini.

“Oh…Wanie. Satu lagi saya terlupa. Jom, saya kenalkan awak dengan CFO,” kedatangan Cik Min di depanku mengejutkan aku. Aku hanya menurut langkah Cik Min dari belakang. Tanganku terasa sejuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience