BAB 7

Romance Completed 5431

Mick, aku minta maaf jika selama ini

Aku merahsiakan status diriku yang sebenar.

Aku tersilap. Aku ingatkan untuk berkawan

dengan kamu tanpa sebarang syarat.

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku

walaupun untuk seketika. Aku doakan semoga

kamu temui kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Aku sudah salah percaturan dalam hidup. Sebenarnya dalam diam, aku sungguh menyintai Mick. Dan aku tahu, Mick menyedari akan hakikat itu.

Hati yang remuk tetap juga aku gagahkan diri untuk bekerja seperti biasa. Aku kena teruskan hidup. Aku tak mahu lagi menjadi orang yang gagal dalam hidup disebabkan cinta duniawi.

Tengahari itu, hatiku berniat hendak mengajak Min untuk makan tengahari. Aku masuk ke pejabatnya tanpa mengetuk pintu. Min tiada di dalam bilik pejabat. Aku berjalan menuju meja kerja Min.

Sementara menunggu Min masuk. Aku terpandang ke sebuah sampul surat berwarna merah jambu. Hatiku terniat untuk mengetahui apa yang di dalamnya. Sampul itu kubuka dan ku baca. Kali ini, airmataku tak mampu untukku tahan lagi. Esakan ku semakin kedengaran.

“Kenapa ni Wanie?” sapa Min.

Sapaan Min mengejutkan aku menyebabkan kad jemputan perkahwinan Mick Darwin dan Sofea Hana terlepas dari peganganku. Esakan ku terus ku bawa lari keluar dari bilik pejabat. Pertanyaan Min tidak ku jawab. Lemah sudah semangatku. Aku sedari yang aku memang tak layak untuk lelaki hebat seperti Mick.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience