BAB 8

Romance Completed 5431

Untuk merawat hati, aku minta cuti empat hari tanpa gaji. Aku tak mampu menghadapi tekanan kerja dan juga tekanan peribadi. Aku membawa diri ke sebuah pusat peranginan terkenal di bandaraya. Tenangkan hati menikmati keindahan pantai. Angin yang bertiup mampu memadamkan segala kenangan terindah dalam hidupku.

Sewaktu aku menikmati keindahan matahari terbenam, dalam kesamaran aku melihat susuk tubuh seseorang berlari ke arahku. Tubuh itu terus memelukku.

“Min, macamana awak tahu saya ada kat sini.”

“Jangan tak tahu saya ni ada mata-mata.”

“Awak datang dengan siapa?” tanyaku.

“Dengan mereka tu.” Jari telunjuk Min diarahkan ke beberapa orang yang menuju ke arah kami berdua. Semakin lama, wajah-wajah itu jelas kelihatan. Min memperkenalkan mereka satu persatu. Rupa-

rupanya mereka ni keluarga Mick. Ibu Mick terus memelukku dan menghadiahkan sebuah senyuman.

Hatiku terubat apabila bertemu mereka. Mereka berpakat meninggalkan aku dan Mick berduaan.

“Hai Mick.” Aku menayangkan wajah selamber. Walaupun di hati aku cukup kecewa kerana kata-katanya. Mick tersenyum manis. Ada riak rasa bersalahnya terbit. Aku memandang kiri kanan. Hairan.

“Mick, mana your wife. Tak nampak pun.”

“Kan wife saya berada kat hadapan saya sekarang ni,” Jelasnya.

“Awak jangan main-main Mick. Mana Sofea Hana. Tentu dia cantik kan?” aku cuba bermain kata-kata. Tak mahu kelihatan lemah ketika berhadapan dengan Mick.

Mick terus memegang kedua-dua belah tanganku. Tanpa sengaja aku menepis tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience