BAB 3

Romance Completed 5430

“Kenapa muka awak nampak pucat Wanie. Awak takut dengan Encik CFO ni ye. Jangan takutlah. Dia tak marah orang. Lagipun dia sangat tampan orangnya. Tapi abangnya lagi tampanlah,” kata Min.

Aku melihat Min menunjukkan keterujaan untuk berjumpa CFO. Hebat sangat ke lelaki itu sampai Min menunjukkan riak wajah yang teruja begitu. Jangan-jangan Min menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.

Kami berdua sudah berdiri di depan pintu. Tertera nama Chief Financial Officer, Carlos Michael. Pintu diketuk. Kedengaran suara dari dalam mempersilakan kami berdua masuk. Kami berdua masuk seiringan. Aku tergamam melihat dua wajah tampan. Tak mampu nak berkata apa-apa. Dua wajah yang cukup mempesona.

“Selamat pagi Carl dan kamu juga Mick.” Manis sungguh senyuman Min. Begitu juga senyuman lelaki yang bernama Carl.

“Ya. Selamat pagi Min.”

“Emm…kenalkan ini assistant baru saya yang cantik manis, Awanie Anis. Dan Wanie, kenalkan ini Carlos Michael. CFO kita. Dan yang seorang ni, abang dia Mick Darwin. Mick seorang doktor. Kalau sakit bolehlah minta dia rawatkan.” Aku menghadiahkan senyuman. Dibalas juga oleh kedua-dua lelaki di hadapan aku kini.

“Selamat datang, Cik Wanie. Diharap Cik Wanie memberi kerjasama dalam syarikat kami.”

“Ya. Saya akan memberi kerjasama. Terima kasih sebab terima saya kerja kat sini,” ucapku ringkas.

“Kalau macam tu, kami berdua keluar dululah ya. Maaf kerana menganggu,” kata Min.

Aku mengikut langkah Min keluar dari pejabat itu. Satu perkenalan yang cukup indah kurasakan. Senyuman tak lekang di bibirku.

“Ah…Wanie, yang mana satu yang awak paling berkenan?” tiba-tiba soalan itu yang Min ajukan. Nampak agak lucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience