BAB 1

Romance Completed 5431

Perpisahan yang aku alami amat pedih menyusuk di hati. Bekas suami seorang yang panas baran dan mendera aku fizikal dan mental. Aku pun tak tahu, mengapa suami berubah sampai begitu sekali.

Salah akukah? Selama ini aku hanya bergantung kepada suami untuk mencari rezeki. Biarpun punya ijazah, aku hanya duduk di rumah. Seolah-olah hidupku tiada masalah. Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, aku dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata. Aku bersyukur.

Kalau tak, tentu dengan anak-anak sekali menjadi mangsa deranya.

Aku mempertaruhkan hidupku selama empat tahun untuk menjaganya. Makan minum aku jaga. Pada malam itu, aku rasakan perangai suami agak pelik. Sudah pandai berhias dan keluar malam. Mulutku mula membebel dan menyebabkan suamiku naik tangan. Dan begitulah dengan hari-hari yang mendatang sehinggakan suami menceraikan aku.

Hidupku mula tak tentu arah. Airmata menjadi peneman siang dan malam. Aku kembali ke pangkuan keluarga. Dari situlah aku mendapat semula kekuatan untuk bangkit. Kali ini aku terpaksa cari pekerjaan untuk menyara hidupku sendiri. Aku tak mahu terus bergantung hidup pada mereka.

Bagaimana aku hendak mencari pekerjaan dengan usia yang sudah menginjak tiga puluh tahun? Buntu aku memikirkan masalah itu. Dulu, sebelum bersuami, aku pernah bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat selama dua tahun. Cukuplah pengalaman ku itu? Betul kata kawanku, aku seperti Cinderella yang terkurung dalam gua. Tak boleh melihat dunia luar. Sungguh kasihan.

Aku nekad untuk bangkit semula daripada kegagalan hidup. Ya, ternyata aku telah gagal. Apabila aku melihat kehidupan kawan-kawanku yang lain sudah maju ke hadapan, aku merasa sedih. Apa dah jadi dengaan kehidupanku ini?

Nasibku begitu baik. Sebuah syarikat perladangan memanggilku untuk menghadiri temuduga. Ah! Temuduga perkara paling aku tak suka. Aku tak suka persoalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience