BAB 5

Romance Completed 5431

“Janganlah segan dengan saya. Saya tak makan oranglah.”

Aku berpaling ke arahnya. Wajahnya ku tatap. Ini pertama kali aku mendengar suaranya. Renungannya memang mengegarkan jiwa. Memang ahli sihir dia ni.

“Boleh tak esok awak temankan saya….”

“Pergi mana?” aku mencelah percakapannya.

“Esok saya ada menyertai pertandingan bermain badminton. Saya nak awak jadi penyokong saya. Nanti saya ambil awak kat rumah.”

Aku mengangguk. Gembira di hati bukan kepalang. Mana nak sorok muka gembira begini.

Seperti yang dijanjikan, aku menemaninya pada petang keesokan harinya. Tanpa segan silu dia memperkenalkan aku kepada kawan-kawannya juga. Mick seorang yang sangat dihormati di kalangan kawan-kawannya. Perkenalan aku dan Mick semakin rapat. Kami berdua kerap berjumpa. Tetapi kami berdua tak pernah meluahkan perasaan masing-masing. Aku sungguh bahagia bersamanya.

Dalam kegembiraan itu, kisah silam menghimpit kembali. Bekas suamiku, Kelvin sering mengangguku.

Dia ingin aku kembali kepadanya. Namanya sudah ku buang di dalam hati. Mati hidup semula pun aku tak ingin lagi kembali kepadanya. Kelvin mengugutku. Jika kemahuannya tak dituruti, dia akan kerjakan ahli keluargaku. Dia cuba untuk menyentuhku. Entah apa yang merasukku ketika itu. Aku menjerit dan ketakutan. Semakin hari hidupku tertekan. Kerjaku pun aku sudah tak peduli. Berpuluh kali Min cuba menghubungiku, namun tak pernah ku jawab. Ada juga Min datang ke rumah tapi aku tak mahu berjumpanya. Mick pula berada di luar negara pada ketika itu. Aku nekad membunuh diri kerana hidup tertekan.

Aku dapati aku sudah pun terlantar di hospital. Semua keluarga ada di kelilingku. Buka saja mata, Mick wajah pertama yang aku lihat. Aku menangis dalam dakapannya. Dia salurkan kekuatan dalam diriku. Aku rindukan wajah itu. Tersangat rindu. Mick cuba untuk menenangkan aku. Dengan kepakaran yang dia ada, dia berjaya mengubati jiwaku yang sedang parah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience