BAB 6

Romance Completed 5430

Seminggu aku bercuti dan setelah sembuh sepenuhnya, aku kembali ke pejabat. Bekas suami tidak lagi mengangguku. Setelah melihat apa yang sudah terjadi, dia terima takdir bahawa aku dan dia sudah tiada jodoh.

Dokumen yang telah aku siapkan perlu aku hantar kepada Min. Aku berdiri di depan pintu dan perbualan dari dalam pejabat Min jelas kedengaran.

“Min, kenapa awak tak beritahu saya yang si Wanie tu seorang janda. Saya jijiklah dengan perempuan yang pernah disentuh orang.”

Suara itu amatku kenali. Dia Mick Darwin. Kata-katanya melemahkan seluruh tubuhku. Kakiku tak mampu menampung tubuh. Bagaikan alilintar yang membelah bumi. Aku cuba untuk menahan perasaan kecewaku.

“Mick, saya sangka awak dah tahu dengan status Wanie. Saya sangka awak mampu terima dia seadanya. Dia seorang perempuan yang baik hati Mick. Tak semua perempuan macam tu.”

“Tak payah awak nak membela dia. Kalau dia mulia sangat. Kenapa suami dia ceraikan dia. Kenapa pula membiarkan diri disentuh bekas suami dia tu. Saya bukan lelaki bodoh Min,” keras sungguh suara itu berkata.

“Awak sedar tak, apa yang awak cakap ni Mick. Itu bukan kehendak dia. Itu semua sudah takdir hidup dia.”

Perbualan mereka terhenti apabila aku mengetuk pintu. Aku melangkah masuk dan cuba sedaya-upaya menayang muka bersahaja. Sedangkan di hati hanya Tuhan saja yang tahu.

“Min, dokumen ni kena kamu tandatangan segera.” Aku tayang muka bersahaja. Mick yang duduk menghadap Min langsung tak ku pandang. Aku sangkakan dia lelaki terbaik yang pernah aku jumpa tapi rupa-rupanya lelaki semuanya sama. Luka di hati berdarah lagi. Kali ini aku kena kendalikan tekanan dengan baik. Tak mahu perkara lepas terjadi lagi. Dekatkan hati dengan Tuhan adaah salah satu pengubat penyakit jiwa. Jika sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan, segala masalah dapat dilalui dengan tenang.

Aku mengirimkan satu pesanan ringkas kepada Mick. Tak perlu dia membalasnya. Membaca mesej itu sudah cukup baik bagiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience