BAB 4

Horror & Thriller Completed 32970

Salim menaiki tangga rumah dengan pantas, mulutnya memanggil nama Alexa tanpa henti.

Tombol pintu yang berhampiran dengan tangga dibuka sekali, kelihatan Alexa sangat asyik bermain anak patungnya di lantai sambil tersenyum lebar.

“Alexa, tak dengar mama panggil tadi?” Alexa terkedu, wajahnya yang ceria tiba-tiba berubah masam. Alexa bangun lalu keluar daripada bilik itu menuju kepada mamanya yang berada di tingkat bawah.

“Alexa ke mana tadi, puas mama cari.” Najwa memeluk anaknya erat lalu mereka terus membersihkan diri.

Setelah mereka menikmati makan malam, Salim dan Najwa memutuskan untuk tidur sahaja kerana tenaga yang sudah digunakan tadi perlu diganti dengan yang baru supaya dapat menyambung tugas seharian pada esok hari.

Najwa menarik tangan Alexa ke tingkat atas, lalu membuka tombol pintu yang berada di bahagian hujung sekali tetapi Alexa menarik tangannya semula dan berlari kearah pintu yang berada di bahagian tepi tangga.

Najwa hanya tersenyum lalu mengikut anaknya daripada belakang. Sebaik sahaja berada di muka pintu Najwa terkejut kerana ada seorang lagi budak perempuan berada didalam bilik itu berdiri di birai katil, manakala Alexa sedang melompat-lompat diatas katil itu dengan gembira.

“ Alexa !," pekik Najwa lalu memeranjatkan Alexa yang berada diatas katil.

“apa yang bising malam-malam ni?,” Salim yang menaiki tangga dengan pantas sebaik sahaja terdengar jeMerah n isterinya.

Najwa tidak mampu bersuara tetapi jari telujuknya mengarahkan ke birai katil. Salim memandang ke arah itu hanya Luca yang berada di atas lantai dan Alexa sedang kaku di atas katil.

“sudah, pergi tidur.” Salim mengarahkan isteri dan anaknya untuk masuk tidur. Najwa yang mahu menjelaskan sesuatu tetapi tidak diendahkan oleh suaminya dan Salim hanya berfikir yang isterinya hanya keletihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience