Kelihatan ada beberapa pintu yang di tutup rapat. Alexa memberanikan diri untuk membuka pintu yang paling hampir dengan tempat dia berdiri tetapi sebaik sahaja dia memulas tombol itu,
Alexa hampa kerana ianya berkunci. Sebaik sahaja Alexa mahu turun semula ke tingkat bawah, Alexa terdengar suara halus memanggilnya.
Alexa terus menoleh dan kelihatan pintu yang tadinya tertutup rapat kini terbuka luas dengan sendirinya. Alexa tersenyum lalu melangkah masuk tanpa berfikir apa-apa.
Sementara Najwa melihat sekeliling, kelihatan begitu banya kotak yang berisi barang perhiasan rumah harus di susun mengikut cita-rasa sendiri.
Najwa membuka satu-persatu kotak dan yang berisi perhiasan rumah dan dimasukkan ke dalam almari hiasan yang sudah pun berada di penjuru dinding, manakala Salim yang sudah bertungkus-lumus tadi sedang membersihkan diri di bilik air belakang bahagian dapur.
“Alexa !,” pekik Najwa setelah sejam menghias ruang tamu, tangga di daki satu persatu sambil nama Alexa tidak lekang daripada bibirnya, di buka satu persatu bilik ditingkat atas namun Alexa tiada di situ.
Najwa mula risau, orang yang di cari tidak muncul, lalu Najwa memekik lagi kuat daripada tadi dan kini suaranya kedengaran cemas.
“kenapa ni?,” Salim yang baru sahaja keluar daripada bilik mandi hanya berkain pelikat dan tuala menutupi badannya.
“Alexa, abang nampak Alexa ?,” Salim hanya menggelengkan kepala dan matanya memandang sekeliling.
“cuba awak tengok dekat atas.” Salim memberi cadangan.
“sudah puas saya cari, tak jumpa.” Najwa hanya mampu berharap Salim dapat memberikan cadangan yang lebih bernas daripada itu.
Share this novel