“ aku mimpi rupanya,” pujuk hati kecil Najwa, lalu beristighfar. Najwa menyambung tidurnya semula yang terganggu tadi tanpa memikirkan apa-apa.
Alexa memeluk erat Luca di dalam dakapannya matanya tidak dapat dipejamkan walaupun sudah berkali-kali Alexa cuba tetapi tidak berjaya, ini tidur mungkin kerana dia sudah nyenyak tidur petang tadi.
Alexa terdengar sesuatu bunyi diluar pintu bilik itu memanggil namanya, A
lexa mahu menyahut tetapi hanya angin yang keluar daripada tekaknya yang sempit.
“Alexa..” sayup-sayup bunyinya namun suara itu tidak pernah hilang daripada pendengaran Alexa.
Alexa mulakan langkah pertama dengan membuka pintu bilik itu, namun tiada sesiapa yang dilihatnya mamanya mahupun papanya, lalu Alexa mengambil keputusan untuk menutup semula pintu bilik itu tetapi kedengaran hilai tawa seorang budak perempuan yang riang.
Alexa mahu melihat siapa agaknya yang sedang bermain di tingkat bawah lalu dia memberanikan diri untuk turun ke bawah.
Alexa melihat seorang budak perempuan agak sebaya dengannya melambai-lambaikan tangannya untuk mengajak Alexa mengikut bersamanya, Alexa tersenyum lalu menuju kearah budak perempuan itu dengan riang.
Alexa melihat budak itu basah kuyup bajunya agak lusuh dan kotor, wajahnya pucat dan rambutnya panjang dan kusut.
“mari main dengan aku..” kata budak itu tiba-tiba lalu Alexa mengangguk.
Najwa terdengar riuh rendah di halaman rumahnya lalu melihat jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi.
Najwa memberanikan diri untuk menjenguk keluar tingkap, alangkah terkejutnya Najwa melihat anaknya sedang bermain-main di kawasan rumah itu.
Share this novel