BAB 8

Horror & Thriller Completed 32977

Kazeem menasihatkan Salim supaya jangan tinggal solat dan selalu membaca ayat suci al-quran memandangkan dia masih baru di tempat itu.

Salim hanya mengangguk lesu, dia membuat keputusan untuk menghantar Alexa dan isterinya Najwa pulang ke kampung buat sementara waktu dan melupakan perkara yang tidak diingini itu.

Najwa hanya mengikut sahaja jika itu adalah yang terbaik buat anaknya Alexa.

Alexa yang dibawa ke hospital untuk rawatan yang seterusnya telah dirawat dengan baik, Najwa yang menjaga anaknya siang dan malam tidak henti, bimbang akan perubahan sikap anaknya sejak kebelakangan itu.

Alexa tidak mahu makan dan suka duduk dibirai katil sambil kakinya berjuntai jika di biarkan Alexa akan melakukan perkara yang sama setiap hari. Najwa semakin pelik dengan tingkah laku Alexa itu.

Doktor juga menasihatkan Salim dan Najwa supaya banyak bersabar kerana itu mungkin kesan daripada kejadian itu yang membuatkan anaknya trauma.

Najwa mahu memulihkan anaknya seperti biasa lalu dia membawa semula setiap kenangan manis bersamanya,

Najwa membawa album gambar kenangan mereka bersama dan juga hadiah pemberiannya sewaktu ulang tahun Alexa ke empat iaitu Luca. Najwa perlahan-lahan memasuki wad dan mendekati Alexa yang berada di hujung katil.

“Alexa, tengok apa yang mama bawa.” sambil menghulurkan album gambar mereka sekeluarga dan patung kesayangannya.

Alexa hanya melihat dengan ekor matanya dan terus menoleh ketempat lain, Najwa tidak berputus asa dan menghulurkan Luca ke arah Alexa tetapi ditepis kuat olehnya sehinggakan Luca terpelanting ke lantai.

“Alexa !!,” Najwa hilang sabar dengan tingkah laku anaknya itu.

“Panggil aku..Merah,” jerit Alexa tiba-tiba dengan matanya yang merah di bulatkan besar memandang tajam kepada Najwa yang kaku di situ. Najwa tidak mengeluarkan sepatah kata kerana dia tahu ada sesuatu yang tidak kena kepada anaknya Alexa kerana anaknya itu seorang yang bisu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience