Alexa memanjangkan lehernya untuk menjenguk ke luar tingkap, angin yang kuat menghalang penglihatan Alexa untuk melihat dengan jelas, kereta yang dipandu oleh ayahnya sangat laju,
Alexa terus duduk di sofa belakang dan mengambil keputusan untuk bermain dengan anak patung kesayangannya yang di hadiahkan oleh mamanya sewaktu menyambut ulang tahun yang keempat, Alexa masih lagi bermain dengan anak patung walaupun usianya akan meningkat lagi setahun pada 4 februari tahun ini.
Patung kesayangannya ini telah di beri nama Luca oleh Alexa.
“abang, dah lima kali kita ikut jalan yang sama, apa salahnya kita tanya orang dekat sini.” Alexa tersentak apabila mamanya bersuara.
“awak boleh sabar tak?, saya tahulah apa saya buat,” terdengar sahutan papanya yang sedikit menjerit.
Alexa lebih senang berdiam diri dan bermain dengan Luca anak patungnya walaupun didalam hatinya ingin meminta segelas air kerana terlalu lama dia duduk di dalam kereta.
Alexa memandang ke luar tingkap kelihatan langit yang biru dan burung yang berterbangan di celah-celah awan menenangkan perasaanya seolah-olah Alexa sedang memandang lukisan yang bergerak dan Alexa terus tidur dibuai mimpi.
Alexa membuka matanya, bahang yang tarasa seluruh badannya telah mengeluarkan peluh dan membasahi bahagian belakang bajunya.
Alexa terkejut kerana tidak kelihatan papa dan mamanya di tempat duduk hadapan seperti tadi.
Alexa cepat-cepat membuka pintu dan kelihatan beberapa orang sedang sibuk memunggah barang dari dalam lori kedalam rumah, kelihatan papanya sedang sibuk mengarahkan pekerja itu.
Alexa menoleh mencari kelibat mamanya tetapi tidak berjumpa, Alexa terus berlari-lari anak menuju kepada ayahnya untuk bertanyakan hal mamanya.
Share this novel
cool