BAB 2

Horror & Thriller Completed 32977

Alexa menarik-narik baju ayahnya tetapi tidak diendahkan. Papanya sedang sibuk membantu mengeluarkan barang-barang ke dalam rumah.

Tiba-tiba Alexa terlihat mamanya yang baru muncul sedang membawa sekotak air botol minuman lalu di agihkan kepada pekerja-pekarja,

Alexa yang daripada tadi menahan rasa dahaga turut di berikan air oleh mamanya dan di teguk sehingga habis. Mamanya hanya ketawa melihat telatah anaknya itu.

“ Alexa ini rumah baru kita, papa yang belikan,” Alexa memandang sekitar rumah itu, kawasannya sangat besar dan luas, Alexa terus melangkah melihat sekeliling.

“baru pindah ke?,” kedengaran suara orang memekik di kanan rumah.

“ ya, saya Salim dan ini isteri saya Najwa.” Mereka bersalaman dan bertukar senyuman.

“saya Kazeem, nampaknya kita berjiran.” Kazeem membetulkan songkoknya. Mereka menamatkan perbualan sebaik sahaja terdengar laugan azan maghrib di surau berhampiran.

Alexa duduk di atas buaian yang terdapat di kawasan belakang rumah, Alexa bermain ceria dengan Luca, Najwa menjerit memanggil nama Alexa kerana tidak kelihatan anaknya daripada tadi.

Alexa yang terdengar jeMerah n mamanya berlari pantas menuju kepada ibunya.

“mari masuk hari dah malam,” Alexa hanya mengangguk lesu dan bersama-sama masuk kedalam rumah yang pertama kali dilihat oleh Alexa.

Kawasannya agak luas walaupun isi rumah masih belum di hias sempurna tetapi dinding yang di cat putih bersih dan lampu yang amat terang itu menyerikan setiap inci rumah.

Alexa melangkah perlahan ke arah anak tangga yang akan membawanya ketingkat atas kakinya memberanikan diri untuk menaiki anak tangga itu satu persatu.

Share this novel

Catherine Payni
2023-01-19 23:34:13 

Next


NovelPlus Premium

The best ads free experience