Najwa tidak dapat melepapkan matanya, dia tahu apa yang dilihatnya tadi adalah benar.
Najwa menoleh kepada suaminya yang nyenyak tidur di sebelah. Najwa bangun dan mahu pergi menemui anaknya yang berada di dalam bilik bersebelahan tangga itu.
Najwa memulas tombol pintu perlahan, kelihatan anaknya berada diatas katil tidur nyenyak, dia merapatkan diri kepada anaknya itu lalu mengusap-usap rambutnya anaknya yang panjang.
Sedang asyik melakukan perkara yang sama berulang kali, Najwa perasan sesuatu yang pelik. Rambut anaknya kusut masai dan berdebu kelihatan basah diatas katil.
Najwa memberanikan diri membuka selimut yang berada di badan anaknya itu, alangkah terkejutnya Najwa apabila melihat ada dua orang budak perempuan yang berada diatas katil, seorang yang dilihatnya tadi dan seorang lagi menutup seluruh tubuhnya di dalam selimut.
Najwa mahu menjerit tetapi kehilangan suara di peti suaranya. Mulutnya ternganga luas, kerongkongnya tersekat seperti ada sesuatu benda yang besar tersekat disitu dan susah mahu dikeluarkan.
Jantungnya berdegup laju kakinya kaku tidak dapat bergerak, matanya bagai di paku melihat ada dua budak perempuan diatas katil itu sedang nyenyak tidur, lalu mereka berdua terjaga daripada tidur dan memanggil Najwa serentak,
“mama.”
“haahgh!” Najwa bangun daripada sedar, dia memegang lehernya seolah-olah mendapat suaranya semula setelah sudah mencuba sedaya upaya untuk mengeluarkannya daripada kotak suara,
Najwa melihat sekeliling dan dia sekarang berada di atas katil bersebelahan suaminya yang nyenyak di ulit mimpi, di sapu peluh yang berada di dahi lalu meneguk air yang berada di sebelah katil bagi menghilangkan rasa perit di kerongkong.
Share this novel