Pengenalan

Short Story Completed 3888

Kantin Sekolah Menengah Bandar Sabah riuh rendah dengan suara pelajar pelajar yang ingin mengisi perut.

"Far,tinggal sebulan je lagi nak exam.Kau dah bersedia ke?"tanya Karmila sambil menjamah mi gorengnya.

"Aku dah khatam buku Matematik dan Sains je. Kau?"jawab Farhah.

"Aku satu pun belum baca.Penatlah otak aku ni. Aku tahulah kau tu budak pandai,bukan macam aku ni."balas Karmila.

"Eleh,kau tu yang malas.Pandai pandai je mahu salahkan otak kau.Aku tak lah pandai sangat.At least aku ada baca buku sejarah sikit."sampuk Helena.

"Kamu pandailah.Cuma kamu malas mahu belajar."kata Farhah.

"Yelah,Miss number 1."jawab Karmila dan Helena serentak.Mereka bertiga ketawa besama sama.

"Aku rindu Irfanlah."kata Karmila tiba tiba membuat ketawa mereka berhenti.

"Nak buat macam mana,dah dia yang mahu masuk asrama.Biarlah."kata Farhah sambil merenung Karmila dan Helena silih berganti.

"Dia masuk asrama untuk kebaikan dia juga kan" balas Helena pula.

"Aku teringat balik kenangan kita empat orang tahun lalu.Kita berusaha sama sama untuk dapat cemerlang dalam UPSR."kata Karmila.

Mereka bertiga tersenyum sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience