Rahsia terbongkar

Short Story Completed 3888

"Kamu ni pelajar cemerlang Farhah.Kalau kamu sudah berperangai macam ni,macam mana mahu score ujian akan datang?"tanya Cikgu Lisa tegas.

Farhah tidak dapat menumpukan perhatian kerana takut dengan kedatangan seseorang.

"Assalammualaikum cikgu."sapa seseorang dari depan bilik guru.

"Masuk Aiman."balas Cikgu Lisa.

Farhah hanya menundukkan wajahnya.

"Aiman.Kamu patut berbangga kerana ada seseorang yang menjadikan kamu sebagai idola." kata Cikgu Lisa.

Aiman mengerutkan dahinya tanda bahawa dia tidak memahami keadaan tersebut.

"Far,cikgu rasa lebih baik kamu yang jelaskan." kata Cikgu sambil merenung Farhah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Se..sebenarnya.."sangat susah Farhah ingin meneruskan ayatnya.

Aiman menunggu dengan penuh sabar.

"Saya suka bila lihat Abang berada di hadapan saya.Sikap abang yang baik itu membuatkan saya rasa mahu berkawan dengan abang.Lagi satu,saya suka dengar abang baca Surah Yasin setiap pagi Jumaat.Lancar sangat."jelas Farhah panjang lebar.Dia malu mahu berdepan dengan Aiman lepas ni.

"Farhah.Kalau boleh,abang tak nak lah Farhah merosot dalam pelajaran sebab abang.Nanti abang rasa bersalah pula.Kalau Farhah nak tahu, bukan abang sahaja yang lancar baca Surah Yasin.Jadi,itu bukanlah satu kelebihan yang perlu dibanggakan sangat.Abang baik,sebab orang lain layan abang dengan baik.Kalau dia buat jahat dengan abang, abang pun buat jahat dengan dialah."balas Aiman.Jelas kedengaran tawa pada ayat terakhirnya.

"Ingat tu Farhah.Kamu kena belajar rajin rajin dulu."sambung Cikgu Lisa.

Farhah hanya mengangguk tanpa memandang ke hadapan.Bohonglah kalau dia tidak terharu dengan ayat Aiman dan Cikgu Lisa.Dia suka dengan keprihatinan dua insan di hadapannya itu.Tiba tiba dia teringatkan Karmila dan Helena yang selalu memberinya sokongan.

"Kamu dua boleh balik."kata Cikgu Lisa.

Farhah terus membuka langkah dengan laju setelah mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Lisa.

"Farhah!!"panggil Aiman dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience