Perjumpaan tidak sengaja

Short Story Completed 3888

Pada pagi jumaat,Sekolah Bandar Sabah mengamalkan bacaan Surah Yasin pada pagi yang mulia.Farhah dan dua sahabatnya mengambil Yasin masing masing lalu duduk bersebelahan.

"Far,kau okey ke duduk di sebelah kerusi tempat buku Yasin tu?"tanya Helena yang duduk diantara Karmila dan Farhah.

"Okey."balas Farhah.

Tiba tiba seorang pelajar lelaki yang kelihatan lebih tua dari mereka bertiga mengambil buku Yasin di sebelah Farhah.Farhah memandang ke arahnya.Jantung Farhah berdegup dengan laju apabila matanya dan mata pelajar lelaki itu bertembung.Farhah pantas mengalihkan pandangannya.

"Err. Helena,mu..muka surat berapa?"tanya Farhah gugup.

"Kau dah kenapa?Ustaz belum mula baca lagi." kata Helena curiga.

"Oh.So..sorry."balas Farhah kemudian melihat jika pelajar itu masih ada."Nasib!"bisik Farhah tapi didengari oleh rakannya.

"Apa yang nasib?"tanya Karmila sambil mengerutkan dahi.

"Tiadalah.Hehe.."balas Farhah cuba untuk bersikap selamba.

"Kenapa dengan dia tu?"bisik Karmila kepada Helena.Helena mengangkat bahunya sebagai jawapan.

Dalam kelas...

"Far,kami nak tanya sesuatu boleh tak?"tanya Karmila yang duduk di belakang Farhah.

"Kau sakit ke apa?Sejak bila nak tanya kena minta kebenaran dulu."kata Farhah pelik.

"Kenapa dengan kau tadi?Kau sakit ke?Ada orang kacau kau ke?Kau marah Karmila ke?" tanya Helena bertubi tubi.

"Amboi! sebut nama orang bagai.Aku tarik juga tudung kau ni."kata Karmila.

"Janganlah bergaduh.Aku takpa pa lah.Perasaan kamu jak tu."bohong Farhah.

"Mungkinlah."balas Karmila kemudian sambung membaca novel seramnya.

Begitu juga dengan Farhah.Dia sambung mengelamun seperti tadi. Otaknya menerawang ke peristiwa tadi pagi dimana jantungnya bagai hendak tercabut.

Helena tidak puas hati dengan jawapan Farhah.Dia tahu Farhah menyimpan sesuatu darinya.Dia dan Farhah berkawan dari tadika lagi.Dia tahu jika Farhah ada menyembunyikan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience