Dalam Hati Ada Taman

Short Story Completed 3888

Farhah menunggu Mak Ciknya di depan sekolah untuk pulang ke rumah.Itulah yang akan berlaku setiap hari ataupun dia akan naik bas sahaja.

"Lambatnya.Yang lain sudah balik.Aku jak tinggal" rungut Farhah.Matanya tertancap pada seseorang yang duduk tidak jauh darinya.

"Hah!!Dialah."kata Farhah separuh teriak.

Aiman memandang ke arahnya.Farhah terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.Dia berdehem kecil.

"Hai!Lambat kau balik"sapa seseorang.

"Apa kau mahu ni Azen."balas Farhah dengan suara yang sedikit tinggi.

"Kau ada duit kah.Pinjam,nanti aku ganti balik." minta Pelajar yang dikenali sebagai Azen itu.

"Duit aku habis."balas Farhah.

"Eleh.Ingat aku tidak tahu yang kau menipu."kata Azen lagi.

'Ish!Aku high kick juga dia ni.Nasib aku masih ingat adab.'bisik Farhah.

"Kenapa diam."teriak Azen dengan kuat.Terkejut beruk Farhah dibuatnya.

"Sorry.Aku rasa tak baik minta duit orang.lebih lebih lagi memaksa.Ini boleh dikira sebagai membuli.Kalau kau tidak mahu aku repot guru disiplin,bagus kau pergi dari sini."kata seseorang tegas.

Farhah terkejut dengan orang yang sedang membantunya itu.'Aiman!Aku mimpi ke apa ni?' bisik Farhah.Azen meninggalkan tempat itu dengan perasaan yang membara.Farhah menghela nafas lega.

"Kau abaikan saja dia tu."pesan Aiman lalu duduk berhampiran dengan Farhah

"O..okey."balas Farhah gugup.Tidak berani dia menatap wajah Aiman.Hatinya akan berdebar debar setiap kali menatap wajah insan itu.

"Kau Form 1 kan."kata Aiman.

"Eh! Macam mana kau tahu."balas Farhah.Aik!bila masa pula dia jadi berani ni?

"Aku teka je."kata Aiman sambil tersenyum.

"Oh!."balas Farhah."Aku selalu dengar kau baca Surah Yasin pada pagi jumaat.Boleh tahan juga suara kau."tambah Farhah lagi.

"Hehe,kau kenal aku ke?"tanya Aiman tiba tiba.

"Err..a..aku tahu dari kawan."jawab Farhah tergagap gagap.

"Oh!Aku balik dulu.Sampai sudah bapa aku. Assalammualaikum."kata Aiman dengan sopan.

"Waalaikummussalam."balas Farhah.

'Aku dapat bercakap dengan dia!'bisik Farhah sambil memegang pipinya yang merona merah.

Far, Far. Itu baru bercakap.Kalau ajak berkawan mesti pengsan 5 bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience