Jumpa lagi

Short Story Completed 3888

"Far,aku tak faham lah bab ketaksamaan ni.Ajar aku."kata Karmila.

"Aku pun,aku pun"kata Helena pula.

"Okey.Mari sini aku ajar."kata Farhah.Baru saja dia mahu mula mengajar,seseorang telah menarik perhatiannya.Dia terkejut lalu menutup muka nya menggunakan buku.

"Susah sangat ke sampai kau tidak mahu tengok soalannya?"tanya Karmila.

"Dia takut tengok muka kau kali Kar."usik Helena.

"Kau mahu masuk hospital sebulan kah dua bulan?"tanya Karmila.

"Eh!gila kah aku mahu masuk hospital."balas Helena.

"Shh!!Kamu tengok tu."kata Farhah sambil menghala jarinya ke sesuatu tempat.

"Eh! Itu bukan Aiman ke?"tanya Helena.

"Yelah.Jom cakap sama dia."ajak Karmila kemudian berjalan ke arah Aiman diikuti oleh Helena.Farhah dah macam cancing kepanasan.

"Hai!"sapa Karmila.

"Hai!Kamu pelajar Sekolah Menengah Sabah kan."balas Aiman sambil tersenyum.Farhah bertapuk di sebalik buku tapi dia tetap nampak senyuman Aiman dengan jelas.Dia tersengih sengih di sebalik buku.

"Kamu belajar di sini ke?"tanya Aiman.

"Ya.Abang Aiman?"tanya Karmila.

"Abang pun nak belajar juga.Abang baru nak cari tempat ulang kaji.Lagipun PT3 nak dekat."jelas Aiman.

"Belajarlah dengan kami sekali.Ada ruang lagi di meja tu."ajak Helena yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Alahai diorang ni.Baik semacam je.Sampai ajak duduk sekali.Malu lah aku macam ni."getus hati Farhah.

Aiman duduk semeja dengan tiga sekawan itu. Dia membuka bukunya.Matanya tertancap pada Farhah.

"Eh!Kau pun ada di sini?"tanya Aiman.

"Ya."balas Farhah pendek.Karmila dan Helena tersenyum penuh makna.

"Mesti kamu semua ni budak pandaikan."kata Aiman.

"Eh!Mana ada.Farhah jak yang pandai di sini.Kan Farhah kan."balas Karmila sambil mengangkat angkat keningnya.

'Ada juga yang telan pen aku ni nanti"gumam Farhah.

"Aku doakan kamu semua berjaya ya."kata Aiman.Dia memerhati tiga gadis di hadapannya silih berganti.Pipi Farhah merona merah apabila matanya dan mata Aiman berlaga.

"Abang nampak potensi dalam diri kau.Kau ada ciri ciri pelajar pintar."puji Aiman kepada Farhah.

Karmila dan Helena ketawa terkekek kekek. Mereka tahu bahawa Farhah malu kerana dipuji oleh orang yang diminati.

"Te..terima kasih."balas Farah.
Satu jam telah berlalu..

"Okeylah abang Aiman,kami balik dulu."pinta Karmila sopan.Berlakon seperti dia gadis melayu terakhir.

"Okey,Assalammualaikum."balas Aiman.

"Waalaikummussalam."balas ketiga tiga nya.

Aiman meneruskan pembelajarannya.Sebuah pen menarik perhatiannya dan ada tertulis sebaris nama pada pen tersebut.

"Farhah."dia membaca sebaris nama yang tertulis di situ.Dia tersenyum mengingatkan wajah gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience