Memutuskan tali persahabatan

Short Story Completed 3888

Dalam kelas....
Farhah mengingati perbualannya bersama Aiman tempoh hari.Dia tersengih sengih sendiri.Kalau orang lain tengok mesti dia dianggap seperti orang gila.

"Far!!."panggil Helena separuh menjerit.

"Hah!"Farhah tersentak dari lamunannya.Semua orang sedang melihat ke arahnya.

"Far,cikgu tanya kamu soalan ni.Kamu tak dengar ke?"tanya Cikgu Sicca selaku guru Matematik.Dia mengerutkan dahinya.

"So..soalan?"tanya Farhah kemudian memandang ke arah Helena.

"Soalan kat depan papan tu."bisik Helena perlahan sambil menunjukkan soalan di papan.

"Kamu menghayalkan.Far,kamu kena ingat tau yang kamu ni pelajar cemerlang dalam kelas. Jangan sampai markah kamu merosot akibat sesuatu perkara."pesan Cikgu Sicca.

"Maafkan saya cikgu."balas Farhah sambil menundukkan wajah kerana malu.

"Takpa.Lain kali jangan buat lagi."kata Cikgu Sicca.

Helena dan Karmila memandang antara satu sama lain.Kedua dua pelik dengan sikap baru Farhah yang banyak mengelamun dalam kelas.

Waktu pulang...
Farhah,Karmila dan Helena menunggu di hadapan sekolah.

"Far,kau ada sesuatu hal yang ingin dikongsikan dengan kami ke?"tanya Karmila.

"Kalau kau cerita mungkin kami boleh tolong." tambah Helena lagi.

"Tiada apa apalah."balas Farhah tanpa memandang ke arah dua sahabatnya itu.

"Kami tahu kau sembunyikan sesuatu sebab perangai kau tidak sama macam dulu."kata Karmila.

"Aku cakap teda,tedalah."marah Farhah bengang. Dia malas mahu melayan kawan kawannya yang banyak kerenah itu.

"Kau ni.Kami tanya baik baik kau marah.Kami tanya sebab kami risaukan kau.Kami tidak mahu markah kau merosot.Jomlah Helena."Ajak Karmila sambil memegang lengan Helena.

Helena yang mendiamkan diri sedari tadi hanya mengikut langkah Karmila dengan perasaan sedih kerana sikap Farhah yang berbeza.

Perasaan bersalah bertandang dalam hati Farhah.'Kenapa aku jadi macam ni?'soal Farhah dalam hati.Dia terpandang sekumpulan rakan perempuan yang duduk tidak jauh darinya.

"Kau dah bersedia dengan ujian akan datang?." tanya salah seorang pelajar.

"Mestilah.Aku dah belajar semua mata pelajaran." jawab pelajar yang lain.

"Eleh! Aku tahulah kau tu selalu dapat Nombor 1 dalam kelas.Kau Aishah?"tanya pelajar tadi.

"Aku baru belajar beberapa pelajaran.Aku taklah sehebat Wafa tu."jawab pelajar yang dikenali sebagai Aishah itu.

"Kamu pun pandailah.Kamu jak tu yang malas." balas Wafa kemudian ketiga tiga ketawa bersama sama.

Farhah teringat rakan rakannya yang sentiasa berada di sisinya.Dia memarahi dirinya kerana tidak mengawal perasaannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience