Tertangkap

Short Story Completed 3888

Farhah melukis sesuatu di buku latihannya sambil tersenyum senyum.Tiba tiba bukunya di rampas seseorang.

"Apa kamu lukis masa saya tengah mengajar ni?" tanya Cikgu Lisa selaku guru Bahasa Melayu.

"Sa..saya.."Farhah tidak tahu macam mana mahu jelaskan.Dirinya akan menanggung malu.

"Jumpa saya waktu pulang."kata Cikgu Lisa.

"Baik cikgu."balas Farhah.

Waktu rehat...
Farhah menyembam mukanya ke meja beralaskan lengannya.

"Apa yang kau lukis tadi?"tanya Karmila lalu menyuakan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Apa lagi kalau bukan nama AIMAN."jawab Helena bagi pihak Farhah.Dia sengaja menekankan ayat pada perkataan Aiman.

"Macam mana kau tahu?"tanya Farhah perlahan tapi tetap didengari oleh Helena.

"Kau ingat aku duduk 10 km jauh dari kau ke?"tanya Helena balik.

"Malunya aku kalau budak lain tahu."kata Farhah lagi.

"Tulah.Siapa suruh?"balas Karmila selamba.

"Far!!"panggil seseorang.

"Kau kenapa Fisha?macam nampak hantu je."kata Karmila.

"A..aku dapat tahu yang..Cikgu Lisa akan berbincang dengan kau."kata Fisha yang masih tercungap cungap.

"Aku tahulah.Yang kau macam kerbau terlepas dari kandang ni kenapa?"tanya Farhah kehairanan.

"Bukan kau jak.Dengan Aiman sekali!!"kata Fisha lagi.

Bagai petir menyambar diri Farhah. Dia bagai sebuah patung yang tidak dapat digerakkan.Dia rasa macam mahu menangis sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience