Bab7-What wrong with me!?

Romance Series 1660

Rasa gembira pula bila para tentera memujiku! seronok juga bila berkenalan dengan orang luar. Selama ini aku selalu berperang dan sibuk tentang hal istana, tidak pernah untuk menghadiri majlis atau berkenalan dengan kerajaan lain. Kerajaan Marin adalah kerajaan pertama yang pernah aku menginap..
"Tuanku? para tentera teringin melihat tuan ku dan puteri ilmirah bertarung , jika sudi .." pengurus kem tentera itu datang mengahadap semasa kami melihat dua orang tentera berlatih..semua tentera yang ada bersorak tanda setuju!
"Beta boleh saja, takut.."
"Boleh!" belum sempat ethan menghabiskan katanya, aku sudah memotong. Dia memandang aku dengan muka terkejut!
"Sila ke arah ini tuanku"
Semua tentera disitu berkumpul untuk melihat kami berlawan pedang dan menunjukan kemahiran masing masing.
"Ilmirah? jangan menyesal kalau saya terlalu kasar!" kata kata ethan membuatkan semua tentera bersorak! berlagak!
"1,2,3..mula!!!!" sejurus perlawanan dimulakan, ethan terus maju kehadapan. Aku sempat mengelak hayunan pedang kayu itu yang hampir memukul badanku. Ethan membuat serangan berkali kali, aku hanya bertahan! . Ethan berhenti membuat serangan , dia kelihatan penat.
Melihat dia sudah agak letih, aku mengambil peluang untuk menyerang..Aku memukul kakinya dan dia terjatuh. "AHH!" Putera ethan memegang tangannya.
"Tuanku!" para tentera mengelilingi kami, aku melihat ethan yang sedang terlantar ditengah tengah. Pengurus kem itu menghantar kami keluar..ethan meminta maaf atas kecuaiannya dan mengganggu latihan mereka..aku terpaksa membawa ethan naik kuda bersamaku kerana dia tidak dapat menunggang, kudanya pula dijaga oleh kem tentera..
"maaf jika saya terlalu kasar tadi" aku memandang ethan yang duduk dibelakangku..
"Tidak mengapa" dia membetulkan rambutnya yang sedikit terjuntai kedepan.
"Mengapa tangan kamu yang sakit? sedangkan saya memukul pada kaki kamu?" aku memandang ethan..dia tersengih
"Erkk? sa...y..ya.." dia tergagap! aku hanya tersenyum melihatnya
"Kamu memang pandai menipu" aku sempat menjelingnya
"Hehehehe.." ethan membuka balutan pada pergelangan tangannya sambil tertawa, aku hanya tersenyum melihatnyaa..."YIHAK!!"
ethan merapatkan tubuhnya dan memegang tali kuda itu, Kuda itu berlari pantas. Muka ethan berada tepat di samping mukaku... jantungku berdegup kencang! kemerahan muka tidak dapat diselindung!
"hati saya berdegup kencang..." perkataan itu keluar dari mulut ethan semasa dia memperlahankan kuda itu..aku memandangnya
"Kenapa?" ilmirah
"Setiap kali bersama kamu mesti begitu.."
"Ah! perasaan kamu saja itu..." aky terus memotong ethan. Dia memandangku, aku senyum dan mengarahkan kuda itu untuk berlari lagi.
Sepanjang perjalanan itu ethan hanya berdiam diri, aku rasa bersalah kepadanya.
Setibanya kami di istana, ethan turun dan meminta diru untuk membersihkan diri. Aku meminta pengawal untuk menghantar kuda itu sementara aku melihat persiapan untuk berangkat pulang. Aku pergi berjumpa raja dan ratu sebelum berangkat pulang. Kelibat ethan tidak kelihatan.
"Jika ada masa, sudila datang lagi ya" raja samuel dan ratu willie mengiring aku ke pintu luar
"Boleh.." aku melihat pada pinggangku, pedang ku? ianya tertinggal di bilik!
"Tuanku? saya ingin naik sebentar untuk mengambil selendang yang tertinggal!" aku cepat cepat berlari menuju ke tangga. Selendang itu pemberian ethan! aku tidak ingin kehilangannya!
"Wah! nasib baik jumpa!" aku mengambil pedang itu yang terletak di atas katil. Aku keluar dari bilik itu dan...
"Puteri Ilmirah.." ethan tunduk dihadapanku.. dia berkelakuan aneh?
"Putera.." aku menyambut tunduknya
"Semoga selamat sampai" dia senyum kepada ku. Aku rasa bersalah! Aku menarik kelip rambut pada rambutku dan kuhulurkan padanya.
"Ambil ini.." dia menyambut kelip bunga kemboja merah itu..
"Kelip ini tanda perpisahan kita?" ethan memandang aku, aku tersenyum kepadanya
"Perpisahan? semestinya tidak. Saya harap kita akan lebih rapat."
"Nah" ethan menghulurkan sapu tangannya, sapu tangan itu ku sambut dengan senyuman.
Ethan menemani aku turun ke kereta kuda , persiapan untuk pulang sudah tersedia..Raja dan ratu melambai kearahku, ethan mengiringiku hingga ke pagar utama istana.
"Selamat tinggal ethan" aku memandangnya, dia tersenyum.
"Selamat tinggal" ethan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. aku menyambutnya
"Jaga hati saya baik baik! " aku manunjuk kearah kelip yang berada di tangan ethan.
"Hati!? hati?! hatiii?!" ethan kelihatan bingung! aku tersenyum dan melambainya.. Perlahan lahan ethan hilang dari pandangan.
Tidak sangka ini kali terakhir aku akan berjumpa dengannya,...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience