bab 4-I know you!

Romance Series 1660

"janggal pula rasanya pakai gaun ni" ilmirah menarik sedikit leher gaun itu ke atas. Dia sepertinya tidak selesa!
"Sungguh cantik tuanku! sangat sesuai pada tuanku!" seorang pembantu istana itu menguruskan ilmirah. Ilmirah melihat dirinya di cermin dan melihat rambut ikalnya nampak cantik rupanya bila terurai. Dia tersenyum .
Jam sudah menunjukkan hampir jam 8 malam, tetamu mula memenuhi dewan utama istana Marin itu.
"Mempersilakan puteri maya dari kerajaan Enda" satu per satu orang yang hadir di perkenalkan. Putera Ethan yang sedang duduk di singgahsana atas memerhatikan semua yang hadir.
"Mana kamu letakkan topeng itu!? beta sudah lewat!" aku hampir murka apabila seorang pembantu menghilangkan topeng yang harus aku pakai semasa majlis itu. Dah la majlis sudah bermula! aku tak siap siap!
" Majlis dengan ini menjemput Tuan Putera Ethan untuk majlis memotong kek!" acara memotong kek sudah hampir bermula. Ilmirah yang putus asa dengan topeng itu berlari anak keluar untuk menyaksikan majlis itu.
Dewan terletak di bawah, sedangkan bilik ilmirah berada di tingkat atas. Dia melalui tangga utama untuk turun ke majlis itu. Acara memotong kek berlangsung ditengah dewan berhadapan dengan tangga utama. Ilmirah yang berlari dengan gaunnya menuruni tangga itu menjadi perhatian semua. Semua tetamu memandang ilmirah, dia berhenti ditengah tengah anak tangga itu. Dia sedikit malu apabila para tetamu memandangnya, Ratu Willie menjemputnya turun!
"Bukankah itu puteri tunggal kerajaan amsdirg yang terkenal dengan kepahlawanannya dan kecantikannya?" semua hadirin memerhatikan ilmirah turun dari tangga, dia menghampiri Raja Samuel dan Ratu Willie,.
"Itukah putera Ethan? sepertinya pernah ku lihat? tapi di mana ya?" detik hati ilmirah bila melihat seorang lelaki seperti seorang putera tunduk kepadanya. Dua tunduk kepada raja dan ratu lalu acara di mulakan
"Terima kasih atas kehadiran semua, beta amat gembira dengan majlis ini. penghormatan tertinggi kepada puteri Ilmirah dari kerajaan Amsdrig yang sudi hadir ke majlis keputeraan putera beta! Terima kasih semua!" selesai membuat ucapan, semua di minta untuk menjamu sedikit kek itu. Ilmirah sedikit kurang selesa apabila dikelilingi oramg ramai, dia melarikan diri dari orang orang itu dan terlanggar seseorang
"Maaf atas kelalaian saya" aku pusing melihat siapa yang ku langgar tadi, what! putera!?
"Tidak mengapa tuan puteri" putera itu senyum kepadaku, tidak patutla dia menjadi gilaan ramai puteri raja, senyumannya sungguh manis!
"maaf, sepertinya kita pernah berjumpa sebelum ini tuan putera" Kenapa aku bertanyakan hal itu?! memalukan betul!
"Ethan, panggil ethan saja. Pernah berjumpa? tapi dimana ya?" semakin rancak mereka bersembang
"Sepertinya , ya. Ilmirah..." belum sempat aku menghabiskan kata, acara tari menari dimulakan majlis.
"Sudikah puteri ilmirah menjadi pasangan tari saya?" ethan menghulurkan tangannya dan aku menyambutnya tanpa ragu
Mereka menjadi perhatian majlis apabila berpasangan. Sangat serasi! Gaun biru muda yang kembang itu kelihatan cantik beralun mengikut rentak mereka menari
"Sepertinya rambut tuan puteri lebih cantik terurai daripada bersimpul" dia memandang tepat pada rambut ilmirah
"Kamu?.. ya! kamu adalah pemuda yang disungai itu!" ilmirah mengingat mukanya kembali. Ethan adalah pemuda yang bersamanya disungai itu!
Putera ethan tersenyum melihat gelagat ilmirah yang kuat bercakap. Dia tidak henti bercakap tentang malam mereka berada disungai itu semasa menari.. Gelagat mereka diperhatikan para tetamu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience