bab6-spend time with you

Romance Series 1660

Pagi yang sangat mengujakan bagi Puteri Ilmirah! Hari ini dia akan berjalan melihat kerajaan marin ini. Lebih mengujakan apabila dia dan ethan akan melawat pusat latihan tentera.
"Selamat pagi tuanku" ilmirah menyapah ratu willie yang sedang menikmati udara pagi ..
"Selamat pagi tuan puteri...bukanka hari ini kamu akan bersiar siar bersama anakanda ethan? mengapa belum berangkat?" ilmirah menghampiri ratu yang berusia hampir 50tahun itu.
"Selamat Pagi sicantik!" Putera ethan turun dari tangga dan menegur mereka berdua...
"Jaga adap ethan, jangan sampai ayahmu dengar" ratu willie berjalan meninggalkan mereka berdua
"Oke bonda! .. oke mari kita keluar" ethan berjalan keluar dari istana itu, ilmirah berlari ayam mengejarnya.
Nasib baik aku memakai seluar dan baju yang sesuai! kalau tidak!, memang susah nak bergerak!
"Kita tidak membawa pengawal?" ilmirah mendekati ethan apabila melihat hanya dua ekor kuda yang tersedia
"Tidak perlu! saya boleh menjaga kamu" eleh! bersahaja betul!
"Kamu menjaga saya? jangan saya yang menjaga kamu sudah!" ilmirah naik ke atas kuda dan menunggangnya laju keluar dari istana. Ethan mengekorinya dari belakang.
Mereka tiba di perkarangan bandar utama kerajaan marin. Ada yang perasan akan kehadiran mereka ada yang tidak. Ilmirah menutup bahagian mulutnya sedangkan ethan tidak!
"Wah! bandar ini sangat meriah!" ilmirah turun dari kudanya dan menghampiri beberapa gerai. Ethan mendekatinya
"Jangan pergi jauh, takut kamu tersesat" ethan berjalan dibelakang ilmirah. orang ramai yang sibuk tidak menyedari kehadiran mereka. Keadaan semakin sesak, orang ramai membanjiri bandar..
"Ilmirah? orang semakin banya, kita patut bergerak ke tempat lain... ilmirah? ilmirah?!!" ethan menjerit mencari ilmirah yang tidak kelihatannya. dia berjalan mencari ilmirah di kawasan itu, tetapi hampah! Dia berdiri di tengah tengah bandar dan mencangkung menutup mukanya
"Ethan?" satu suara menyapahnya..
"Ilmirah!" dia berdiri dan memeluknya! Dengan pantas ilmirah menolaknya kebelakang. Merah padam muka ilmirah dibuatnya...
"Kamu dari mana? puas saya mencari" mereka menaiki kuda dan keluar dari kawasan bandar.. ilmirah masih terkenang akan muka ethan yang sangat terkejut bila berjumpanya!
"Ilmirah? hei! kita sudah tiba" ethan menarik tangan ilmirah.. Ilmirah terus terjaga dari lamunannya
Apaka?! kenapa dengan aku? kenapa aku rasa lain bila dengan dia?! Tidak tidak tidak!!!!!!!
"Ethan? mengapa pusat latihan ini terletak sedikit jauh dari istana? bukankah melambatkan bila berlaku masalah di istana" ilmirah dan ethan berjalan masuk ke pusat itu. Pengawal membenarkan mereka masuk!
'kenapa dia perlu menangis semasa aku menghilang tadi?' bisik hati kecilku..aku melihat ethan mengesat air matanya semasa kami berjumpa!
"Hormat Tuanku!" pengawal yang berjaga dipintu memberi arahan untuk berhenti dan menyambut ketibaan kami. Semua pelatih dan ahli tentera yang ada agak terkejut dengan kehadiran ku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience