bab5-Knowing you

Romance Series 1660

"Wonderfull dress" Suara garau ethan memecahkan kesunyian antara mereka.
Selesai saja acara tari menari mereka keluar ke taman bunga .
"Kamu agak fasih berbahasa inggeris ya" ilmirah memandang ethan bila mereka tiba di sebuah kerusi yang berada di tengah taman itu.
"patik mempelajarinya pada usia yang awal, tuan puteri" senyuman terukir di bibir ethan.
"Tidak perlu ber'tuan puteri' sangat, kalau kita berdua cakap seperti biasa saja" ilmirah menarik sedikit leher gaunnya ke atas.
"Nah" ethan menghulurkan sehelai selendang sutera kepada ilmirah,
"Terima kasih. Dari mana kamu memperolehnya?" ilmirah membelek selendang itu
"Saya berniat untuk menghadiahnya kepada seseorang yang istimewa kepada saya dan saya sudah menjumpainya" ethan melilitkan selendang itu pada leher ilmirah menutupi paras dadanya. Muka ilmirah kemerahan, jantungnya berdegup kencang!
"Istimewa? wow! saya bertuah" ilmirah berdiri dan berjalan keluar dari taman itu, ethan mengekorinya dari belakang.
"bila kamu akan berangkat pulang?" ethan berjalan bersebelahan dengan ilmirah
"Mungkin pada lusa ini, besok saya ingin melihat kerajaan ini sementara pembantu mengemaskan barangku. Boleh kamu temankan saya esok?" ilmirah memandang ethan, mereka berada di hadapan pintu masuk ke dewan itu.
"Boleh! ke mana saja yang kamu ingin akan saya temankan!" ethan senyum melihat ilmirah. ilmirah tergelak kecil dan pengawal membuka pintu apabila ethan mengetuk pintu itu . Mereka masuk ke dewan dan menjadi perhatian semua tetamu walaupun tinggal sedikit yang ada.
"mereka sangat serasi bersama!" seorang berbicara apabila mereka melangkah masuk dan berdiri berdua di berenda atas dewan. Raja dan ratu kerajaan itu tersenyum memandang putera dan puteri itu sangat mesra.
"Tuanku.." seorang menegur mereka apabila turun kedewan. Ethan dan ilmirah tunduk senyum kepadanya
"Saya pembesar kerajaan Lin, ini Putera kerajaan kami, putera Clint." putera itu tunduk senyum kepada mereka , dia memandang ilmirah dengan pandangan yang menjengkelkan! Bluek!
"Saya selalu mendengar khabar tentang tuan puteri, terutama apabila tentang berperang" putera itu mendekatkan dirinya kepada ilmirah, ilmirah memandang ethan dan undur kebelakang
"Terima kasih kerana mengambil berat, saya sangat menghargainya!" ilmirah senyum dan memberi signal kepada ethan agar turut berbicara
"Bila kamu akan berangkat pulang?" ethan memulakan bicara dengan putera clint..
"Putera ethan..saya harus pulang malam ini kerana siang esok saya harus mengahadiri mensyuarat bersama ayahanda."
"Ilmirah..labuhkan sedikit selendang itu" ethan menarik selendang pada dada ilmirah yang sedikit ternaik menampakkan bahagian dadanya yang diperhati oleh putera clint daripada tadi
"Eh! maaf.. terima kasih ethan" ilmirah tersnyum dan membetulkan selendang itu sekali lagi.
"Ethan? Ilmirah? mengapa kamu berbicara seperti biasa? " persoalan timbul dihati putera clint apabila ethan dan ilmirah berbicara seperti orang biasa. Mereka hanya berpandangan dan tersenyum!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience