Bab10

Romance Series 1660

"Jaga diri baik baik ilmirah" kata kata terakhir daripada ayahanda dan bondanya sebelum kapal itu hilang dari pandangan. Hatinya berasa tidak sedap kerana cuaca yang agak berangin membuatkan laut bergelora.
"Tuanku, pelukis yang tuanku minta telah datang" seorang pengawal memecahkan khayalannya.
"biar dia masuk" ilmirah menyuruh pelukis itu masuk..
"Ampun Tuanku, boleh kita mulakan?" ilmirah mengangguk dan duduk di kerusi takhta itu.
"Ilmirah! nak join!" ethan masuk dengan tiba tiba.
Mak oi dia ni! main terja jee!
"Saya tengah sedia untuk di lukis potretla! nantila" aku meminta ethan untuk tunggu
"No! saya pun ada bawa pelukis.. so pelukis awak akan lukis muka awak sorang, pelukis saya akan lukis muka kita dua!" ethan menepuk tangannya. Aku mengala dengan ethan. Setelah beberapa jam menunggu dilukis, lukisan itu siap!
"Wow!" hanya itu yang dapat kami katakan bila melihat kedua potret itu. sungguh cantik!
"Beta harus pulang sekarang kerana ada pembesar kerajaan lain datang" raja samuel tiba tiba saja harus pulang kerana ada hal..
"Selamat pulang!" ethan melambai kepada ayahandanya .
Baru beberapa jam ayahanda dan bondanya pergi, ilmirah sudah merindui mereka!
Rasa rindu dihati sangat perit! hatiku berasa tidak sedap teringatkan ayahanda dan bondaku! lagi lagi dalam cuaca hujan berangin begini, hatiku semkin takut!
"Ilmirah? kamu tidak apa apa?" ethan datang menyapahku dari belakang, aku pusing menghadapnya
"Saya oke!" aku senyum kepadanya
"Kamu lebih cantik memakai pakaian perang ini" ethan menunjuk pakaianku
"Hehehe! mengapa kamu berpakaian biasa ? kamu hendak kemana dalam cuaca hujan begini?" ilmirah dan ethan jalan menuju ke ruang bacaan istana di tingkat dua
"Saya ingin melihat kerajaan ini tapi hujan tiba tiba turun" mereka masuk ke bilik itu, pengawal yang ada terus menarik kerusi untuk mereka duduk . Di bilik itu terdapat banyak gambar keluarga Hans..termasukla gambar ilmirah dari lahir sampaila sekarang!
"Wow! siapa ni? comelnya" ethan menunjukkan gambar seorang budak kepada ilmirah
"Yaa! bak sini gambar tu!" ilmirah berdiri dan cuba merampas gambar itu dari ethan , malangnya tidak berjaya. ethan menyimpan gambar itu dipoket bajunya. Ilmirah duduk mengalah! ethan ketawa melihat ilmirah!
Hari semakin gelap, mereka dipanggil untuk makan malam oleh pembantu ilmirah.
"Tuanku.." semua pembantu dapur berdiri saat ilmirah dan ethan masuk ke ruang dapur. Pengawal yang bersama ilmirah menunggunya di pintu masuk, dia sudah menyuruh mereka untuk berehat sekejap.
"Macam candle ligth dinner pula!" ethan tersenyum memandang ilmirah.
"Eiuww" ilmirah menyuapkan sedikit sayur ke mulutnya.
Setelah beberapa minit, mereka selesai makan. Ethan dan ilmirah keluar ke tingkat atas untuk menikmati malam yang indah. mereka bersembang seketika.
Seorang pengawal keluar bersama seorang pembantu dapur . mereka membawa beberapa minuman panas untuk ethan dan ilmirah .
"Wah! sangat sedap !" ethan menghirup air coklat panas itu, sedikit kotoran pada tepi bibir ethan
"Eh, pengotor " ilmirah berdiri dan mengelap kotoran itu, ethan terus terdiam. Muka ethan menjadi panas dan kemerahan , dia terus mengalihkan mukanya
"Cantik pemandangan malam dekat sini" ethan terus mengubah topik.
"yup! macam saya kan?" ilmirah mengangkat keningnya sebelah melihat ethan. Ethan ketawa melihatnya.
"TUANKU!" pembesar datang kepada ilmirah dengan tergesa gesa. Ilmirah yang berdiri disisi ethan sambil memegang gelas terus berpaling
"Ada apa!?" ilmirah sedikit terkejut
"Harap Tuanku tabah dan tenang bila mendengar berita ini...seorang nelayan menjumpai seorang pengawal diraja yang tidak sedarkan diri, jadi .." pembesar itu berhenti bercakap membuatkan ilmirah semakin gementar dan ketakutan.
"Teruskan!!" ilmirah meninggikan suaranya, ethan memegang bahu ilmirah
"Berkemungkinan ayahanda dan bonda tuanku sudah tidak ada"
Hatinya bagai ditusuk dengan tombak. Terasa sekarang dia sedang bermimpi, gelas yang dipegangnya terus terlepas dari genggamannya, kaca bertaburan di lantai. Air mata tidak dapat di tahannya terus membasahi pipi.
"Tidak..tidak!!" bagaimana? ini hanya mimpi?! baru sahaja aku melihat kedua orang tuaku pagi tadi, tidak mungkin ini berlaku,?!
Ethan yang juga agak terkejut terus memeluk ilmirah dengan erat. Ilmirah meminta pengawal istana untuk membawa pengawal yang dijumpai itu ke istana.
Ilmirah duduk di kerusi takhtanya dengan keadaan yang runsing, ethan berdiri disebelahnya. Satu kerajaan riuh tentang khabar itu, semua pembantu istana turut risau. Pembesar pembesar turun berjumpa dengan ilmirah .
"Tuanku...pengawal ini masih dalam keadaan yang lemah," tabib diraja membawa pengawal itu masuk menghadap ilmirah. Dia duduk di depannya
"Ceritakan apa yang berlaku kepada beta!" ilmirah sedikit menjerit
"Ampun tuanku, dalam perjalan itu.. semuanya berjalan lancar tapi bila matahari meninggi, cuaca tiba tiba beruba menjadi ribut yang sangat kuat. Baginda mantan raja sudah berlindung didalam , keadaan semakin kelam kabut, ombak memukul kapal beberapa kali..Tanpa disedari, ombak besar memukul kapal kami hingga berkecai. Patik sempat melihat ayahanda dan bonda tuanku di telan ombak selepas tidak sedarkan diri" air mata pengawal itu mengalir dipipi membuatkan ilmirah turut mengalirkan air mata .
Tanpa menghiraukan orang sekeliling, ilmirah meraung dengan kuat. Dia menutup mukanya dan menangis sekuat hati, ethan yang ada disitu terus memeluk ilmirah. Ilmirah menangis dibahu ethan, air matanya membasahi baju ethan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience