Bab 2-first meet??

Romance Series 1660

Perjalanan yang memakan hampir satu malam itu membuatkan ilmirah bosan. Dia membuka beberapa buku tapi masih bosan!
"Pengawal berhenti!" aku turun dari kereta kuda itu. Pembesar itu menghampiriku
"Adakah tuanku ingin berehat?" pembesar yang hampir separuh abad itu menegurku
"Ya. Carikan tempat yang berhampiran sungai ya, beta ingin melihat air sungai" Aku jalan menuju ke hutan hujung . beberapa pengawal membawa kereta kuda dan barangan ku
"Tuanku duduk la disini dulu ya, sementara kami menyediakan khemah" seorang pengawal menghulurkan helaian kain kepadaku
Air sungai yang mengalir sangat menyenangkan hati. Air yang jernih dek cahaya rembulan itu sangat menawan.
"Tuanku. izinkan patik untuk berehat di khemah?" ilmirah mengangguk
Beberapa minit duduk di tepi sungai itu , ilmirah terkejut apabila satu pergerakan dari semak samun. Dia melihat sekeliling dan melihat banyak pengawalnya sedang berehat. Dia bangun dan menghampiri semak itu
"Siapa disana?!" ilmirah memegang pedangnya
"Kamu siapa?!" sepertinya suara seorang lelaki. Dia keluar dari semak samun itu. sepertinya dia seorang pekerja di istana
"Apa yang kamu lalukan disana?" aku cuba untuk berbicara dengannya.
"Tidak apa apa" dia menghampiriku. aku duduk dan mengeluarkan pedang untuk membersihkannya
"Usah kuatir, aku bukannya orang jahat" lelaki itu sedikit menjauh apabila aku mengeluarkan pedang
"Jangan salah faham , aku hanya mengelapnya."
"Nampaknya kamu adalah orang istana, kamu siapa sebenarnya" lelaki itu duduk dihadapanku.
"Kami menuju ke istana marin untuk menghadiri majlis keputeraan putera" aku menjelaskannya
"istana? kamu siapa? itu bukan kah pedang kerajaan amsdrig?!" lelaki itu sedikit terkejut dan berdiri
"Kamu tidak mengenali aku?" ilmirah memandang lelaki itu
"Kamu?! puteri..!" belum sempat dia menghabiskan bicaranya, seorang pengawal menyergahnya dari belakang. Dia yang terkejut terus menumbuk pengawal itu dan lari ke dalam hutan. Dia hilang di sebalik kegelapan malam.
"Tuanku tidak apa apa?!" para pengawal menghampiriku
"Beta oke. Dia bukannya orang jahatla, dia cuma temankan beta berbual" aku cuba menerangkan hal itu kepada para pengawal.
Setelah keadaan reda, para pengawal berjaga untuk keselamatan. Aku berdiri dan pergi ke sungai untuk mencuci tangan, api yang ku bawa di letakan pada batu. Cahaya rembulan turut menerangi kawasan itu. 'CINGG'
"cincin? bukan kah ini lambang kerajaan marin?"
ilmirah terus teringat akan lelaki tadi . mukanya terngiang ngiang di ingatan nya. Siapakah lelaki itu? adakah cincin itu miliknya?
Ilmirah tidur untuk beberapa ketika untuk merehatkan badanya sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience