Bab8

Romance Series 1660

Bahagia rasanya dapat beradu di katil sendiri! Rasa macam taknak bangun je! perjalanan pulang yang mengambil masa yang lama membuatkan badan ilmirah sangat letih!
"Selamat pagi!" ilmirah masuk ke bilik bacaan istana untuk berjumpa bonda dan ayahandanya
"Pagi Anne! macam mana kat situ? baik?" ayahandanya menutup buku yang dibaca
"Baik!" ilmirah duduk disamping ayahandanya
"Anne? bonda dengan ayahanda kamu akan ke pulau Hima untuk melawat" bondanya dari tadi berdiam terus bersuara
"bonda.. anne dah biasa dengan semua ni kan? jadi apa masalahnya?" ilmirah memandang ayahandanya..
Apala yang diorang nak buat ni? aishhh
"kami akan berangkat lusa, jadi esok kamu akan ditabalkan menjadi Raja baru kerajaan Amsdrig! " ibubapanya kelihatan teruja
"APA!? tapi bukanka saya harus menyambut hari lahir yang ke25 terlebih dahulu?" Ilmirah sepertinya tidak percaya!
"Tidak perlu begitu..persiapan sudah dilakukan semasa kamu ke Kerajaan Marin..Jemputan untuk semua juga sudah diedarkan. Seluruh dunia sedang dalam perjalanan ke sini untuk menyaksikan pertabalan ini"
Sungguh sukar dipercaya! esok? aku akan ditabalkan menjadi raja? mampuka aku untuk menguruskan kerajaan terbesar didunia dan berpengaruh luas ini? Rasa gembira memang timbul dihati, tapi mengapa aku langsung tidak teruja? bisik hati ilmirah.
Dia masuk ke kamarnya dan menggapai selendang sutera yang diberikan oleh ethan, terasa rindu kepada ethan.
"Cantik" bondanya masuk kekamarnya dengan tiba tiba membuatkan ilmirah sedikit terkejut
"eih bonda..cantik ke?" ilmirah menunjukkan selandang sutera itu kepada bondanya
"Sungguh! dari mana kamu memperolehinya?" bondanya melihat kain itu dan memandang ilmirah
"urmm..dari seorang kawan. heheh" ilmirah tersenyum malu!.
"kawan? sejak bila kamu ada kawan? siapa dia?" bondanya tersenyum melihat ilmirah yang sepertinya menyembunyikan sesuatu
"Ada lah! " ilmirah mengambil selendang itu dan menyimpannya.
Petang menjelang! persiapan majlis esok sudah hampir siap. Hanya menunggu makanan yang perlu dirasa oleh raja dan ratu. Ilmirah pula sibuk untuk memilih baju untuk esok.
"Tuanku? gaun biru ini agak cantik, apa pendapat tuanku?" seorang pereka terkenal kerajaan itu memperlihatkan gaun biru muda yang simple
"Biru? beta sudah memakai gaun biru baru baru ini..carikan warna lain dan gaun yang agak kembang . Yang penting sesuai dengan selendang sutera itu" dia menunjuk selendang yang terletak di meja soleknya.
"Selendang itu berwarna kuning keemasan...jadi gaun warna merah ini agak cantik bila dipadankan dengannya!" pereka itu menunjuk pada gaun merah terang yang kembang kepadaku! cantik!!!!
"Wow! beta mau gaun ini!" aku sudah membuat pilihan tentang baju tinggal menunggu hari esok!
Ilmirah berjalan menuju ke tingkat atas istana , ayahandanya juga berada disana
"Ayahanda? mengapa disini seorang diri?" aku menghampiri ayahandaku. suasana diatas sangat cantik! ia menampakkan seluruh kerajaan kami yang luas!
"Tidak sangka esok anakanda beta yang cantik ini akan diangkat menggantikan beta.." ayahanda memandangku
"Jangan risau, anakanda dapat mentadbir kerajaan ini seperti ayahanda" aku cuba memberi semangat kepada ayahandaku
"Esok kamu mesti kelihatan cantik..jaga kerajaan kita baik baik..memerintahla dengan adil" ayahanda jalan meninggalkan aku sendiri.
Suasana malam yang sangat nyaman! esok adalah hari penting bagiku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience