BAB 11

Romance Completed 14503

10 minit dah berlalu. Tapi dia masih berada dalam teksi. Dia melihat sekeliling. Time ni jugalah jalan nak jammed pun. Hish. Buang masa aku betul lah. Tidak rela membiarkan suaminya menunggu lama, dia terus memberikan duit tambang pada pemandu teksi tersebut lantas keluar daripada teksi.

Laju saja kakinya melangkah ke arah yang ingin ditujui. Rasanya restoran tu tak terletak jauh sangat dari sini. Maybe dalam 5 minit lagi sampai. Yes. Aku mesti bersemangat. Aku rindukan suami aku. Abang. Tunggu Adra!

Ralit sangat dia berjalan, dia tak sedar dia hampir terlanggar orang. Sampai dah bertembung bahu barulah dia perasan. Cepat-cepat dia meminta maaf sebab dia ingin cepat sampai ke restoran tersebut. Dia sudah nampak restoran itu daripada jauh.

“ Maaf.”

Ujar Adra lantas kembali menyambung langkahnya. Senyumannya ditarik apabila restoran itu kini benar-benar ada di depan matanya. Lagi 5 langkah saja yang diperlukan. Baik aku cepat!

“ Adra!”

Tapi, langkah Adra terus mati saat mendengar suara itu. Tubuhnya terus kaku. Dia takut apa yang dia fikirkan sekarang ini akan jadi kenyataan.

“ Adra!”

Perlahan-lahan Adra memusingkan badan ke belakang dan saat wajah yang ingin dihindarinya itu sudah berada depan matanya saat ini, dia terus kaku. Senyumannya terus mati. Serta-merta rasa marah itu kembali bertandang dalam hati. Tapi dia lebih suka memendam.

“ Ma..maaf. Silap orang.”

Ikhwan terus merentap lengan Adra saat Adra ingin berlalu daripada situ.

“ Lepaslah!” Berang Adra lalu merentap tangannya semula.

“ Adra. Awak dah lupa ke? Saya ni Ikhwan.”

Adra terus menoleh ke arah lain. Dia tersenyum sinis.

“ Ikhwan mana? Oh! Ikhwan yang telah berjaya mempermainkan hati seorang perempuan tu ke? Entah. Aku tak kenal. Tolong ke tepi! Aku dah lewat.”

Terus Adra berlalu dan berdiri tepat di sisi Ikhwan tanpa menoleh ke arahnya.

“ Aku dah tak kenal dan tak ingat langsung siapa Ikhwan Ruzaini. Jadi please tolong juga lupakan Adra Sumayyah.” Tegas Adra dengan hati yang cuba ditenangkan.

“ Tak boleh.”

Tangan Adra dicapainya pantas. Adra yang terkejut dengan perilaku Ikhwan itu terus cuba melepaskan tangannya. Tapi gagal. Dia rasa nak menangis. Dia tak nak suaminya nampak dan terus salah faham!

“ Lepaskan aku! Tolong Wan! Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi.” Adra cuba merayu.

“ Aku masih cintakan kau Adra.”

“ Tipu! Cukuplah sekali kau tipu aku hidup-hidup! Kau ingat aku nak percayakan kau lagi?! Jangan mimpi!”

Ikhwan tersentak manakala Adra memandang Ikhwan dengan penuh perasaan benci. Aku harap lepas ni aku takkan jumpa dia lagi.

“ Adra!”

Terkejut mereka berdua lantas menoleh ke arah belakang. Adra terkedu manakala Ikhwan hanya berlagak biasa.

“ Lepaskan dia.”

Mikail datang menghampiri dengan riak selamba. Sedangkan dalam hati dah sumpah seranah lelaki itu. dia dah dengar segala-galanya tadi. Alhamdulillah isterinya itu benar-benar sudah lupakan Ikhwan.

“ Kau siapa nak halang aku?”

Mikail tersenyum lantas menarik lengan Adra daripada pegangan Ikhwan. Kemudian tangan isterinya itu digenggam dengan erat. Adra yang menerima genggaman itu turut membalasnya. Hatinya terus jadi tenang dan selamat bila berada di samping Mikail.

“ Sebab dia isteri aku. Dia milik aku. Dan aku cintakan dia.” Ucap Mikail dalam satu nafas. Adra yang mendengar terus rasa terharu. Hatinya menangis apabila mengingatkan perbuatannya selama ini pada Mikail. Dia rasa berdosa.

Ikhwan yang mendengar pengakuan itu terus terundur ke belakang. Dia sangat terkejut. Langsung tidak percaya akan berita itu. senyuman sinis dipamerkan tetapi Cuma seketika bila dia dapat lihat sinar bahagia dalam mata Adra. Perlahan-lahan senyuman hambar ditarik.

“ Adra. Tahniah. Maaf sebab kacau kau tadi. Tapi aku Cuma nak kau tahu kenapa aku buat macam tu sebelum ni. sebab aku betul-betul sayangkan kau. Cuma aku tersepit dengan keadaan. Ex aku tu calon pilihan mami aku. tapi sekarang kami dah putus. Aku dengan life aku dia dengan life dia. sebab tu aku usaha cari kau balik. tapi sayang kau dah jadi hak milik orang lain. Aku doakan korang bahagia. Maafkan aku sekali lagi Adra.”

Usai berkata demikian, Ikhwan terus berlalu meninggalkan Adra dan Mikail. Adra yang melihat kepergian Ikhwan terasa lega. Tapi pada masa yang sama dia sedih kerana Ikhwan dah berubah banyak. Maafkan aku Wan. Tapi aku benar-benar cintakan Mikail. Suami aku. kau berhak cari kebahagiaan kau sendiri Wan. Aku doakan kau jumpa jodoh kau yang sebenar.

“ Sayang.”

Adra tersentak. Dia menoleh melihat wajah Mikail. Senyuman kecil ditarik.

“ Maaf sebab lambat. Jalan jammed.” Jelas Adra dengan riak risau.

“ It’s okay. Jom masuk. Kita makan.”

Belum sempat Mikail ingin melangkah, lengannya terlebih dahulu dirangkul Adra. Mikail yang melihat terkejut kecil. Wajah Adra yang sedang tersenyum itu dipandang seketika.

“ Because I’m your wife right?” Adra sengih. Mikail tersenyum.

“ And because I love you my husband. Adra tahu Adra banyak buat salah selama ni. selalu abaikan abang. Selalu buat hal sendiri. Adra minta maaf. Adra janji lepas ni ADra akan cuba jadi isteri yang baik dan solehah. Okay abang?”

Mikail tersenyum lagi tapi kini lebih lebar. Terus dia menarik Adra lebih rapat dengannya. Ubun-ubun isterinya itu dikucup seketika sebelum memandang tepat ke dalam mata Adra.

“ Sure my dear. Sebab awak tu isteri saya. Lepas ni jangan harap orang lain boleh ambil awak tu dari abang tau.”

Adra tertawa kecil. terus kepalanya dianggukkan.

“ Of course! Jom masuk. Lapar!”

Mikail mengangguk dan mereka sama-sama berjalan masuk ke dalam restoran tersebut. Sekarang, Mikail benar-benar rasa bahagia. Alhamdulillah. Doanya dimakbulkan. Segala-galanya berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya Kau lebih mengetahui segala-galanya.

“ Adra. Promise with me one thing.”

“ Apa?”

“ Sentiasa ada di sisi abang. Abang sayangkan Adra. Abang tak sanggup kalau Adra pergi daripada hidup abang.”
‘’Sumpah, selagi hayat dikandung badan, selagi Allah izinkan, Adra akan selalu jadi isteri abang dan takkan tinggalkan abang. Sentiasa jadi zaujah abang menemani setiap hari-hari suka mahupun duka. Kita akan tempuh bersama, InshaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience