Terhambur keluhan kecil daripada mulut Adra saat teringat kenangan silamnya 5 tahun yang lalu. Sesaat kemudian dia tersenyum hambar pula. Memang. Memang benar dulu aku sangat sayangkan kau Ikhwan. Tapi kini, aku benar-benar mencintai suami aku Mikail. Aku tak nak kehilangan Mikail lagi. seperti mana aku pernah kehilangan kau dulu.
Terasa sentuhan pada bahunya itu, dia pantas menoleh ke belakang. Ternyata Mikail sedang melihat dia dengan renungan tanda tanya. Adra yang melihat pandangan itu hanya tersenyum sipi. Terus dia bangun dan salam suaminya itu.
“ Dah makan?” Soal Adra lantas mengikat rambutnya dengan kemas. Dia perlu siapkan makanan untuk Mikail. Ralit sangat termenung.
“ Belum.”
“ Kalau macam tu Adra pergi panaskan makanan. Awak tunggu kejap.”
Baru sahaja Adra ingin melangkah, lengannya terlebih dahulu dicapai. Tapi tak pula Adra menoleh memandang Mikail. Mikail yang tidak berpuas hati apabila Adra tidak melihatnya itu terus memeluk Adra daripada belakang. Serentak itu jantung Adra kembali berdegup pantas. Dia hanya menggigit bibir menerima perilaku Mikail itu.
“ Abang rasa Adra ada masalah. Daripada semalam lagi. Kenapa ni? Cuba cerita dekat abang.”
Adra menggigit bibir dengan lebih kuat. Dia memilih untuk berdiam. Dia tak nak tewas dengan perasaannya lagi.
“ Adra. Abang sayangkan Adra tau tak. Sebab tu abang tak nak tengok isteri abang ni sedih-sedih.”
Mikail meleraikan pelukan lalu memusingkan badan Adra agar berdepan dengan dia. Adra yang setia tunduk daripada tadi ditolak perlahan dengan jari Mikail. Mikail tersenyum melihat wajah Adra yang polos itu.
“ Now tell me what’s wrong dear.”
Adra mula merasakan matanya dah panas. Dah berair matanya saat ini. keprihatinan Mikail benar-benar meruntun hatinya. Dia jadi semakin sayang akan Mikail. Dia dah tak kuat, air matanya laju saja mengalir ke pipi. Mikail yang terkejut itu terus menarik Adra ke dalam pelukannya.
“ Hey! Kenapa ni? Abang ada buat salah ke sayang?”
Semakin kuat pula tangisan Adra saat itu. akhirnya Mikail lebih memilih untuk berdiam diri. Biarkan Adra melepaskan tangisnya. Hanya tangannya setia mengelus lembut belakang Adra seraya menenangkannya.
‘ Because I love you very much oppa!’
Share this novel