“ Mikail?”
Mikail tersentak selepas bahunya disentuh perlahan. Senyuman pantas ditarik. Debaran yang menggila tu sedaya upaya ditahan dan ditepis dengan sehabis baik. Wajah yang menenangkan hatinya itu dipandang sekilas sebelum menoleh ke arah mamanya.
“ Ya ma?”
“ Kamu tahu kan Adra?”
Mikail tersenyum tipis sebelum menganggukkan kepalanya. Wajah Adra yang terkejut itu membuatkan dia geli hati.
“ Bakal tunang. Siapa yang tak kenal?”
Datin Fiza dan Hae Won makcik Adra tersenyum tipis.
“ Adra?”
Adra terteguk air liur. Biar betul? Muka macam Korea ni bakal tunang aku? Anak makcik? Aku memang tak nafikan dia memang handsome sebab dia kacukan Melayu-Korea kan? Mata dia sedikit sepet bila tersenyum. Rambutnya pendek dan disikat kemas. Tinggi juga. Putih. Ada sedikit janggut. Ah! Perfect la aku katakan. Betul ke ni?
“ Mama. Kenapa Adra tak tahu pun dia anak makcik?” Bisik Adra sambil menjeling ke arah Mikail.
“ Dia baru balik Malaysia sayang.”
Mikail sedar yang dirinya diperhati itu tergelak. Dia menarik mamanya agar menjauh sedikit daripada mereka. dia nak katakan sesuatu.
“ Mama. She looked so nicely. She plain. She looked so surprise when see me. I think she so cute. Really mom?”
Hae Won atau nama Islamnya Aminah itu tertawa kecil.
“ I think you fall in love with her. Right?”
Mikail tersenyum.
“ Macam baru lepas tengok hantu pun ada ma.”
“ Haish. Tak baik cakap macam tu. Dia terkejut la. Mikail pun sama. Duduk lama sangat dekat Korea tu. No wonder she don’t know you.”
Mikail tersengih pula. Kepalanya yang tidak gatal itu digarunya perlahan.
“ Jom jumpa mereka. I think you should talk to her for a while maybe?”
“ Yes. I want talk to her just a few minutes. Can I?”
“ Sure.”
Share this novel