BAB 4

Romance Completed 14503

Sedar tak sedar. Baru 5 jam yang lalu Adra dan Mikail telah sah jadi suami isteri. Perasaan tu jangan cakaplah. Macam-macam dirasai terutama Adra. Sampai menggigil habis tangan dia. Sekarang dia dah habis belajar dan sah jadi isteri kepada Mikail. Kerja dia sekarang? Entah! Haha.

Majlis baru je selesai. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik. Penat. Nak rehatkan diri. Tapi kan? Langkah Adra terhenti. Dia menoleh seketika ke belakang. Berharap kelibat Mikail tidak muncul ketika ini. Takut juga kalau Mikail tiba-tiba muncul dan ikut dia sampai ke dalam bilik. Wuahh! Dia tak selesa kot.

Dah yakin tiada, barulah kakinya laju masuk ke dalam bilik. Dah kahwin ni perasaan dia lain macam sikit. Dah sebilik dengan lelaki kan? So, kena bagi masa nak hadam sikit. Haha. Apa kau merepek ni Adra?

“ Adra!”

Adra tersentak. Alahai baru je nak masuk. Nama dia dah dipanggil. Kalau gerangan yang memanggil tu orang yang tak akan kacau dia tak apa. Ni masalahnya gerangan itu suami dia! Mak!!

“ Erk. Ya?” Adra mula rasa kekok semacam.

Mikail tersenyum. Adra diam. Aduhai. Kalau awak lama-lama macam ni memang parah la saya sebab selalu akan teringatkan awak Adra.

“ Jom solat Asar sama-sama.” Ajak Mikail.

Adra terdiam. Ala. Ingat baru boleh tidur kejap. Tapi tak elok tidur lepas Asar Adra. Huhu. Yela.

“ Erk. Okay.”

Mahu tak mahu Adra masuk juga ke dalam bilik bersama Mikail. Pergerakan dia menjadi perlahan sebab nak bagi Mikail masuk dulu ke dalam bilik air. Lepas tu dia boleh turun ke bawah. Tak selesa nak kongsi satu bilik. Ah! Kau kenapa Adra? Dia suami kau la!

“ Adra pergilah ambil wuduk dulu. Abang tunggu sini.”

Adra terteguk air liur. Abang? Erm. Kekok pula aku rasa.

“ Tak apalah. Awak la pergi dulu. Saya nak buang perhiasan ni kejap.” Ujar Adra memberikan alasan lantas menuju ke meja solek. Dia menanggalkan kerongsang-kerongsang yang ada pada tudung dan selendangnya itu. Kemudian dia tunduk untuk mencari tisu. Nak buang mekap. Nak solat kena buang mekap dulu. Baru sah solat.

Tapi saat dia mendongak melihat cermin. Dia tersentak apabila Mikail berada tepat-tepat di belakangnya. Kedudukan mereka saat ini terlalu rapat. Sampai Adra dapat dengar deruan nafas Mikail. Mikail yang melihat Adra diam tidak bergerak itu menarik senyuman.

“ Adra. Terima kasih sebab sudi terima abang sebagai suami awak. You know what? You looks so beautiful today.”

Ubun-ubun Adra dikucupnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Tapi senyuman langsung tidak lekang daripada bibirnya. Adra yang melihat Mikail pergi pantas menyentuh dadanya. Ya Allah! Berdebar gila aku rasakan tadi. OMG!

“ Oppa. I think I fall in love with you.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience