“ Hana!”
Hana yang baru selesai habiskan kerjanya terus menoleh saat namanya dipanggil. Saat memandang empunya suara itu, dia terkejut kecil. Terus kakinya laju melangkah ke luar kedai printing tersebut.
“ Encik Mikail? Encik buat apa dekat sini? Dan macam mana encik tahu saya kerja dekat sini?” Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Hana pada Mikail.
Mikail menarik senyuman. Dia melihat seketika ke arah kedai Hana. Selepas itu dia melirik pada jam tangannya pula.
“ Boleh saya curi masa awak sikit?”
Hana terus mengangguk. Dia yakin kalau sampai suami kawan baik dia datang cari dia ni, mesti ada sesuatu yang telah berlaku dan dia harus ambil tahu. Kalau nak harapkan Adra cerita? Memang tak la.
“ Boleh. Lagipun saya pun tengah free. Jomlah duduk dekat situ.”
Ajak Hana lantas mengambil tempat di sofa hujung kedai tersebut. Mikail ambil tempat di hadapan Hana. Wajahnya dah beriak serius.
“ Ada apa ni Encik Mikail? Adakah fasal Adra?” Tebak Hana juga dengan beriak serius.
“ Yes. Saya tak tahu kenapa dengan dia. Semenjak balik daripada shopping Selasa lepas tu, dia macam sembunyikan sesuatu daripada saya. Bila saya tanya dia asyik nak nangis. Dah 2 hari Hana. Saya risau tengok dia. ada sesuatu yang berlaku ke sebelum saya sampai masa tu?”
Hana terkedu. Tengok wajah Mikail yang penuh mengharap itu membuatkan dia tidak sampai hati nak menyembunyikan cerita yang sebenar. Maafkan aku Adra. Suami kau berhak tahu kisah silam kau. Dia betul-betul sayangkan kau Adra. Jangan kau hampakan dia. Dia sebenarnya yang kau cari bukan Wan.
“ Sebenarnya, sebelum tu dia ada terjumpa dengan seseorang yang pernah buat hati dia terluka dulu. Yang berjaya mempermainkan hati dia. Tapi nasib baik just terjumpa dari jauh. Nasib baik juga saya sempat nampak dan halang. Benda akan jadi lebih parah kalau lelaki tu nampak Adra juga.”
Mikail terdiam. Dia tidak tahu selama ini Adra pernah terluka. Dia ingat dia lelaki pertama yang berjaya memiliki hati dia.
“ apa lelaki tu buat?” Soal Mikail ingin tahu.
Hana tersenyum hambar. Dia menoleh memandang ke luar kedai seketika sebelum kembali menoleh ke arah Mikail.
“ Dia permainkan hati Adra. Dia tipu Adra. Dia jadikan Adra sebagai alat untuk dia dapatkan kembali cinta ex dia. dan bila mereka getback, Adra yang merana. Bila dia dah berjaya buat Adra sayang dia, time tu jugalah dia tinggalkan Adra. Saya yang tengok dia time tu rasa nak menangis.”
Hati Mikail jadi bara. Tak sangka masih wujud lelaki macam tu dekat dunia ni. Memang tak berhati perut langsung. Sampai hati dia buat hati isteri aku macam tu dulu. Kenapa dia mesti kenal dengan awak dulu Adra. Kalau awak kenal saya dulu kan bagus.
“ Tapi satu kenyataan yang tak boleh diubah Encik Mikail.”
Hana memandang tajam ke arah Mikail. Sesaat kemudian dia menarik senyuman yang paling ikhlas pada Mikail.
“ Dia betul-betul cintakan Encik Mikail. Bagi dia, Wan tu masa lalu dia dan rasa sayang Wan tu dah lama mati Encik Mikail. Yang dia benar-benar sayang dan cinta sekarang ini adalah encik.”
Hati Mikail terus berdebar-debar. Senyuman kecil ditarik. Adra.
“ Dia memang seorang yang suka berahsia ke Hana?”
Giliran Hana pula menarik sengih. Kali ni sengihannya lebih panjang.
“ Pandai! Ya. Dia memang suka berahsia tambah-tambah berkenaan dengan hati. Pandai-pandailah Encik Mikail pikat hati dia. nampak je dia kayu macam tu tapi hati dia dah cair dah saya rasa.”
Mikail pula tertawa kecil. Kalau macam tu, mudah je. Tunggu abang Adra!
Share this novel