BAB 1

Romance Completed 14503

“ Adra! Adra!”

“ Yo! Wait a minute!”

Pemilik nama Adra Sumayyah ni merupakan seorang gadis yang periang. Masih menuntut di UIA semester akhir. Kehidupan hariannya masih berlangsung seperti biasa, masih bergelumang dengan lambakan tugasan. Bezanya emosinya berubah secara total saat dia diberitahu yang dirinya akan bergelar tunangan orang tak lama lagi.

Apa yang jadi masalahnya sekarang adalah, dia langsung tidak tahu menahu siapa gerangan bakal tunangnya itu. Semuanya bermula dengan satu panggilan telefon dari mamanya. mama dia kata lelaki tu sekarang dah balik Malaysia. So, that’s mean lelaki tu dulu tidak menetap kat sini. Kan?

‘’Rasanya your parents ada kat luar tu.”

Adra mengerling ke luar tingkap. Mukanya dah berubah teruja. Ada mama dan papa.

“ Beb. Aku keluar dulu. Kalau aku balik lambat kau tidur la dulu. Aku bawa kunci pendua.”

Adra menyarungkan tudungnya dengan kemas lalu berpelukan seketika dengan teman serumahnya itu sebelum keluar menyarungkan kasut.

“ Okay bebeh.”

Selepas pintu rumah ditutup, langkahnya terus maju menuju ke arah kedua orang tuanya itu. Senyuman lebar ditarik. Kedua-dua tangan mama dan papanya disalam. Lepas tu dia terus peluk mereka dengan penuh kasih sayang.

“ Mama dan papa dari mana ni?”

Datin Fiza tersenyum tipis. Manakala Datuk Faris terus masuk ke dalam kereta. Bersedia nak bawa Adra bertemu dengan seseorang.

“ Dari rumah. Jom ikut mama. Nak jumpa kawan mama.”

Adra mengerutkan dahi. Melihatkan mama dan papanya yang sudah masuk ke dalam kereta itu, dia hanya menurut. Tapi tertanya-tanya juga. Siapa kawan mamanya tu? Dan tak tahu kenapa hatinya dah rasa lain semenjak tadi. Dah kenapa?

Hampir 15 minit perjalanan, akhirnya mereka sampai di Putrajaya. Adra yang melihat tempat tersebut semakin tertanya-tanya.

“ Ma? Takkan nak jumpa kawan mama dekat sini?”

Adra keluar daripada kereta . Orang ramai menjejaki tempat itu. Memandangkan cuti hujung minggu. So, ramai orang datang sini. Jadi tak hairanlah ramai orang.

“ Jom ikut je mama. Ada seseorang tengah tunggu kita dekat dalam. Jom.”

Adra hanya menurut. Tapi bila terfikir yang dia sudah lama tak datang ke sini. Dia tersenyum panjang. Masjid Putrajaya yang tersergam indah itu memang mampu membuatkan hatinya menjadi tenang. Masalah yang ada seakan hilang.

“ Adra?”

Adra yang ralit memandang ke arah masjid tersentak selepas ditegur. Dia pantas menoleh ke depan. Ada seorang wanita berusia dalam linkungan 40-an sedang tersenyum ke arahnya. Manis makcik ni bertudung dan berjubah. Setahunya dulu makcik ni tidak bertudung. Dan seingatnya dulu, mama dia pernah cerita yang makciknya ni berasal daripada Korea dan berkahwin dengan pakcik dia. Lepas tu, terus masuk Islam. Alhamdulillah.

“ Makcik! Apa khabar?” Tegur Adra lantas menyalam tangan makciknya itu.

“ Alhamdulillah sihat. Adra?”

“ Sihat juga. Pakcik mana makcik?”

“ Ada. Pergi mana entah dengan anak dia.”

Adra tersentak. Anak? Semenjak bila makcik aku ni ada anak? Pening dengan persoalan itu, dia menarik lengan mamanya agar berjauhan sedikit dengan makciknya itu. Datin Fiza yang tidak tahu apa-apa hanya menurut.

“ Kenapa ni sayang?”

“ Makcik ada anak erk?” Soal Adra ingin tahu.

“ Yela. Kamu tak tahu ke? Tu la. Dulu time raya mama suruh ramah dengan adik-beradik. Dia tak nak. Suka sangat ikut abang kamu beraya dengan kawan-kawan dia. Sekarang tengok? Tapi mama tak salahkan kamu juga. Sebab dia jarang balik Malaysia. Duduk Korea.”

Adra yang mendengar penjelasan mamanya itu hanya mengangguk faham. Lepas tu mereka kembali menapak ke arah makciknya itu.

“ FIza. Kamu dah beritahu Adra ke?”

“ Nak beritahu la ni. mana dia?”

Adra yang mendengar namanya disebut jadi tertanya. Apa benda yang mama aku cakap ni? kenapa aku makin rasa semacam je ni?

“ Ha! Tu pun dia!”

Adra yang masih memikirkan sesuatu itu pantas menoleh ke arah yang ditunjukkan makciknya itu. serentak itu dadanya terus berdebar-debar. Makin kelibat itu hampir, makin berdebar jadinya. Sedar yang diri tu tak mampu menahan panahan lelaki itu, dia pantas tunduk memandang lantai. Syuh! Jangan rasa macam ni?!

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Adra tersenyum. Nama je duduk Korea lama tapi bahasa Melayu lancar. Yala dah nama pun anak Melayu.

“ Adra. Kalau mama cakap jangan terkejut tau.”

Datin Fiza dan makcik Adra saling berpandangan sebelum memandang ke arah Adra yang semakin tertanya-tanya itu. Cuma lelaki yang tengah berdiri di depannya saat itu sahaja kelihatan tenang.

“ Apa ma?”

“ Sebenarnya dia bakal tunang kamu.”

“ What?!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience