Adra menghayunkan kakinya ke arah kerusi kosong yang terletak di hadapan kedai baju tersebut. Melayan kerenah Hana yang banyak songeh itu membuatkan dia sangat penat! Penat nak berdiri. Penat nak tunggu. Penat ! Daripada tunggu dia dekat dalam baik tunggu dekat luar ni. Boleh juga duduk. Tak la sakit sangat kaki aku ni. Huh!
Penat melihat Hana yang banyak ragam itu, dia menoleh pula melihat sekeliling mall itu. Orang tak ramai sangat. Maybe sebab bukan hujung minggu. Sedang ralit dia melihat sekeliling, dia terperasankan seseorang. Cepat sahaja dia terus bangun berdiri. Tapi tidak pula dia melangkah ke arah orang itu. Hanya memerhati dari jauh.
“ Adra?”
Hana yang baru selesai membeli baju itu pantas menegur Adra yang ralit memandang seseorang. Sampai aku yang dah tercegat depan mata dia ni pun tak perasan. Siapa yang dia tengah tengok tu?
Adra langsung tidak menghiraukan kelibat Hana. Matanya tetap tertumpu pada kehadiran seseorang itu. ikutkan hati nak saja kakinya melangkah ke arah insan itu. tapi dia tak mampu. Dia takut nak berdepan dengan insan itu buat kali kedua. Hati dia tak sekuat yang disangkakan.
“ Adra! Kau jangan cakap kau sedang tengok dia!” Keras Hana berkata. Dia tahu siapa yang Adra tengah tengok sekarang.
Adra tersentak. Pantas dia menoleh memandang Hana yang sedang merenungnya itu. Tajam!
“ Tengok apa?” Terus Adra berpura-pura tidak tahu. Dia berjalan meninggalkan Hana dekat belakang. Tapi matanya tetap mencari insan tadi. Bila dicari, insan itu dah hilang. Terlepas juga keluhan kecil daripada mulutnya.
“ Kau dah ada suami! Kau ingat sikit Adra!”
Adra terdiam. Langkahnya terus mati. Dia menjeling ke arah Hana yang sudah berwajah ketat itu.
“ Ya. Aku ingat sampai bila-bila.”
“ Dan kau juga kena ingat apa yang dia buat dekat kau 5 tahun yang lalu. Kalau kau tak ingat meh aku tolong ingatkan kau. Dan tolong jangan cuba nak tegur dan jumpa dia. please!”
Adra tersentak mendengar kata-kata Hana yang berbaur arahan itu. Dia terus tunduk memandang lantai. Hana memang satu-satunya kawan baik yang dia miliki sampai sekarang. Tak mungkin dia nak sia-siakan Hana. Hana cukup memahami dirinya.
“ Okay! Jom balik?” Pujuk Adra pula. Dia tak sanggup tengok Hana terus-terusan marah macam tu.
“ Kata nak tunggu suami kau? Dia belum sampai ke?”
Adra menepuk dahi. Allah! Terlupa!
“ Kejap. Aku call dia.”
Belum sempat Adra nak mendail nombor suaminya. Suaminya terlebih dahulu berada tepat di depannya saat ini. Hana dan Adra yang melihat terus terdiam. Tapi sekejap saja bagi Hana. Adra yang melihat terus terkelu lidah nak berkata-kata. Suaminya itu setia mengukirkan senyuman manis buat dia.
“ Maaflah sebab terpaksa pinjam isteri awak ni Encik Mikail.” Sengih Hana selepas mengatakan sedemikian.
Mikail tersenyum tipis. Kepalanya dianggukkan perlahan.
“ Saya faham. It’s okay. Boleh saya belanja awak berdua makan?” Tawar Mikail.
“ Boleh sangat. Sebab kami pun dah lapar ni Encik Mikail.”
Adra yang mendengar kata-kata Hana itu terus menyiku lengan Hana. Hana dah melampau! Tak tahu malu betul kawan aku ni. Hana yang menerima perbuatan Adra itu hanya tersengih panjang. Tahu yang Adra tengah menahan geram.
“ Okay. Kalau macam tu jom lah. Hana jalan dulu.”
Hana yang faham mereka perlukan privasi terus berjalan meninggalkan mereka berdua. Kini, tinggalkan Adra dengan Mikail.
“ Maaf sebab abang terlambat. Ada emergency kerja tadi.” Mikail memohon maaf. Sebab dia tahu dia salah.
Adra yang mendengar masih mendiamkan diri. Perlu ke dia minta maaf? Sedangkan dia tak salah.
“ Awak tak salah. Jangan risau. Jom lah. Kata nak pergi makan. Saya pergi temankan Hana.”
Belum sempat Adra nak melangkah, lengannya terlebih dahulu direntap lembut oleh Mikail. Terus kaku langkahnya saat itu. dia menoleh memandang Mikail.
“ Abang pun perlukan teman.” Perlahan saja Mikail berkata tapi sudah mampu membuatkan jantung Adra berdebar hebat. Terus Adra mengalihkan pandangan ke arah lain. Tak mahu Mikail tahu apa perasaannya ketika ini.
“ Jom..jomlah.” Adra sudah gugup. Dia cuba meleraikan pegangan. Tapi gagal. Mikail lebih pantas menggenggam tangannya. Dia tak mahu melepaskan Adra lagi. dia terlalu sayangkan Adra.
“ Okay. Jom!”
Mereka beriringan berjalan menuju ke restoran terdekat. Hana yang sudah jauh di hadapan cuba dikejar. Cepat sungguh minah ni jalan. Adra yang melihat sudah menahan senyum. Nak bagi privasi la tu. Alahai.
“ Abang perasan tadi Adra cari someone. Cari abang ke?”
Langkah Adra terus menjadi perlahan selepas mendengar soalan itu. Mulutnya rapat terkunci. Dia sudah berpeluh. Tak mungkinlah dia nak berterus terang dekat Mikail. Lagipun benda tu dah tak penting dalam hidup dia.
“ Erk. Haah.” Adra terus memejamkan matanya. Maaf awak. Saya terpaksa tipu.
“ Beb! cepat!”
Gara-gara laungan Hana itu, Adra terus saja mengejar langkah Hana dan meninggalkan Mikail di belakang. Dia tak sanggup nak berdepan dengan Mikail saat ini. jantungnya dah berdegup kencang. Kalau dia lebih lama berdiri di sisi Mikail, dia takut dia akan tewas. Sedangkan dia dah benar-benar jatuh cinta terhadap suaminya itu.
Share this novel