Wanita itu tidak berganjak. Dia menghampiri mayat Vivian dan duduk mencangkung di sebelahnya. Pisau yang tertusuk di dada kanan Vivian dicabut. Dia menjulang tinggi lalu menebak dada kiri Vivian. Dia membelah dada Vivian dengan penuh bernafsu sebelum menyeluk tangannya masuk ke dalam.
Seketul daging dikeluarkannya. Tidak sukar untuk Khaty mengenali ianya adalah jantung. Wanita itu mengangakan mulut seraya melahap jantung itu. Hampir-hampir termuntah Kathy melihatnya. Liur bercampur darah merah menjelejeh di bibir wanita itu. Dia kelihatan begitu bernafsu melahap jantung Vivian. Persoalan besar menghentak benak fikiran Khaty.
Siapa sebenarnya perempuan yang dia selamatkan itu?
Selesai meratah jantung Vivian, wanita itu merenung Khaty. Bibirnya menyeringai senyuman. Kelihatan cukup menyeramkan.
“Sudah lama aku tidak memakan jantung manusia. Sejak kakak keparat aku ini mengurung aku di dalam bilik itu.”gumam wanita itu. Matanya mengerling ke arah mayat Vivian yang telah terburai dadanya.
Liur terasa mengental di kerongkong Kathy. Dia terundur selangkah dua ke belakang.
“Siapa sebenarnya kau?”tergugup gagap Kathy menyoal.
Soalan Kathy disambut dengan ilai tawa. Sejenak dia merenung Kathy tajam.
“Terima kasih sebab bebaskan aku yang telah lama dibelenggu oleh kakak aku sendiri. Aku Christine. Aku dikurung di dalam bilik itu setelah melakukan lima pembunuhan di kawasan taman ini. Vivian tidak mahu aku ditangkap oleh pihak polis. Dia menganggap aku sakit dan perlu diubati.”ujar Christine. Dia mencangkung sebelah mayat kakaknya itu. Dibelai rambut penuh mesra sebelum menjilat tangannya yang berlumuran darah.
“Dan akhirnya dia sedar kenapa aku membunuh dan meratah jantung manusia. Aku telah mengikat sumpah dengan Lucifer untuk menjadi hambanya. Dan syaratnya, aku perlu memakan tujuh jantung manusia. Jika aku berjaya, maka aku akan menjadi hambanya yang paling mulia dan manusia paling berkuasa di atas muka bumi. Tetapi jika gagal maka nyawa aku menjadi galang gantinya.
Share this novel