TERTIPU

Horror & Thriller Completed 6642

(Di rumah Zairi)

"Assalamualaikum! Assalamualaikum!!" Zairi dipapah oleh Hariz setelah selamat sampai di rumahnya. Mak keluar dari dalam rumah selepas menjawab salam.

"Kenapa ni Zairi? Zairi tak apa-apa ke?" Mak Agak panik selepas melihat keadaan Zairi. Hariz menolong Zairi masuk kerumah dan duduk di sofa.

"Tak ada apa-apalah mak. Zairi demam je. Tak larat nak bawa kereta. Itu yang Zairi suruh kawan tolong hantarkan. Mak, ini kawan Zairi. Hariz namanya. Pelajar tahun pertama kat kolej Zairi." Kenal. Hariz bersalaman dengan mak Zairi sopan.
"Terima kasihlah ya sebab tolong anak makcik. Makcik bersyukur Hariz ada kat sana. Apa kata Hariz makan malam kat sini? Makcik memang niat nak masak lebih. Makan kat sini ya." Ajak mak ramah. Wajah teruja mak membuatkan Hariz segan. Zairi hanya mengerling kearah kawan barunya.

"Saya... saya... malulah makcik. Saya baru je kenal abang Zairi. Makcik dah ajak saya makan kat sini. Segan saya makcik." Hariz malu-malu kucing dan tersengih-sengih. Zairi memalingkan muka dan ketawa kecil. Lucu apabila melihat wajah malu Hariz.

"Alahai.... macam perempuan pula kau ni. Makan nasi jelah. Bukan suruh makan racun pun." Gurau Zairi. Hariz semakin malu.

"Zairi! Apa cakap macam tu? Tak baik tau." tegur Mak. Zairi buat tak endah.

"Ok. Saya makan kat sini. Terima kasih makcik." Ucap Hariz perlahan sambil menjeling kearah Zairi. Zairi bangun dan terus masuk ke bilik.

"Hariz duduk dulu. Makcik nak ke dapur sekejap." Mak berlalu dari situ meninggalkan Hariz seorang diri di ruang tamu. Kedengaran lagu baby by justin bieber di ruang tamu. Hariz mengambil telefon pintarnya di dalam beg galasnya.

"Hello! Ya abang. Hariz kat rumah kawan ni. Ha'ah! Baru hantar seorang kawan ni. Dia demam. Tak larat bawak kereta. Jadi Hariz offer diri lah hantar dia ke rumah. Mak dia ajak makan malam kat sini. Maybe Hariz balik lambat sikit kot. Dalam pukul 8 malam ke.. Ya! Hariz tak balik lambat. Ya! Janganlah kalut macam mak nenek. Ok bye!" Hariz menekan skrin telefonnya cepat. Dia tersenyum nakal.


Hariz bangun dan meneliti ruang rumah Zairi. Dilihat gambar yang tergantung di dinding. Dia berhenti di satu gambar dan mengambilnya. Gambar Zairi dan Zakri semasa kecil. Mereka meletakkan lengan masing-masing di bahu antara satu sama lain. Hariz tertarik pada sesuatu di lengan mereka.

"Buat apa? Jangan buat hal ya. Kau diajak makan je. Bukan jadi tuan rumah." Zairi muncul di belakang Hariz dan merampas gambar di tangan Hariz. Hariz tersentak.

"Maaf abang. Em.... boleh saya tanya? Gambar tadi tu siapa? Diorang tu kembar ke?" Tanya Hariz ingin tahu. Zairi merenung Hariz atas bawah.

"Kenapa kau nak tahu? Dah! Jangan nak jadi polis pula kat sini. Nah tuala! Pergi mandi. Kau belum solat lagi kan? Pergi sembahyang dulu. Dah siap makanan nanti aku panggil." Tegas Zairi yang tidak suka orang luar masuk campur urusan peribadi keluarganya. Dia lebih suka bersikap perahsia.

"Ok...." Hariz tunduk kelantai sambil lalu di hadapan Zairi. Zairi memberi tuala, baju dan seluar kepada Hariz. Hariz masuk kedalam bilik air di luar.

(Di tapak perkhemahan)
(Pukul 7 petang)


Kesemua pelajar terpaksa membatalkan kesemua aktiviti kerana air dari atas bukit turun mendadak ke tapak perkhemahan dan menyebabkan kebanyakan beg pelajar kotor dan berlumpur. Termasuklah beg Hani dan Rina. Mereka terpaksa tinggal di dewan perhimpunan selepas mendengar guruh di langit. Inilah yang perlu mereka tempuh apabila musim tengkujuh semakin dekat. Mereka bersiap-siap untuk makan malam di dewan sebelah.

"Hani.... tadi kau pergi mana? Kau buat apa?" tanya Rina cuba mencungkil rahsia Hani. Dia perlu tahu niat sebenar Hani menghadiri perkhemahan kali ini.

"Tak ada apa-apalah. Aku pergi jalan-jalan je sambil main hujan. Kenapa? Tadi aku ajak kau taknak ikut." balas Hani sambil mengejek.

"Bukan aku taknak ikut. Tapi... aku ada hal sikit. Esok kau balik dengan apa? Naik bas ke naik kereta cikgu Abidin?" Rina memetik nama Cikgu Abidin. Hani menunjukkan minat yang mendalam apabila disebut nama cikgu Abidin.

"Aku nak balik dengan cikgu esok! Kau nak ikut tak? Seronok naik dengan cikgu. Boleh singgah tempat lain. Nak tak?" Ajak Hani teruja. Rina hanya membisu. Hani bermain mata dengan Rina. Mengerlip matanya berulang kali.

"Tengoklah dulu. Kalau aku dah ada keputusannya aku bagitahu kau ok?" Jawapan Rina membuatkan Hani tersenyum. Mereka menyambung semula makan malam.

(Di dapur rumah Zairi)

"Silakan Hariz. Jangan malu-malu! Semua ni makcik masak special untuk Hariz. Hari ni hanya makcik dan Zairi je ada kat rumah. Adik Zairi dan ayahnya ada hal kat luar. Jadi tak adalah makcik sunyi bertemankan Zairi je." Mak mula bertemu ramah. Hariz mengambil lauk masak lemak cili api udang yang dimasak oleh mak Zairi. Zairi melihat dengan hujung mata telatah Hariz yang seperti tidak makan seminggu.

"Amboi mak! Macam bosan je tengok muka anak mak ni hari-hari." Rajuk Zairi muncungkan bibir. Mak ketawa melihat gelagat anaknya yang seorang itu.

"Tak adalah. Mana ada mak cakap macam tu. Mak cuma seronok ada orang lain dalam rumah ni. Itu je. Zairi ni cepat betul terasa." Jelas Mak sambil meletakkan ayam sambal di atas nasi Zairi. Zairi menunjukkan giginya dan naikkan kening. Mengusik maknya.

"Terima kasih makcik. Saya dah lama tak balik kampung. Rindu saya dengan masakan mak saya. Sekarang, bila dah rasa masakan makcik, terubat rindu saya ni. Saya bersyukur dapat makan air tangan makcik ni." Hariz bermain kata-kata.

"Dah! Makan cepat. Nanti aku hantar kau balik asrama kolej. Kau tak boleh keluar lama. Nanti warden cari pula. Selepas solat maghrib, kita gerak." Nasihat Zairi ringkas.

"Ok abang Zairi." Hariz menghabiskan makanannya. Setelah selesai dia membaca doa habis makan bersama dengan Zairi dan Mak. Mereka berehat di ruang tamu sementara Mak mengemas meja makan. Zairi yang memakai baju singlet tidak berlengan duduk di sofa sambil menonton TV. Hariz merenung lama kearah Zairi hingga membuatkan Zairi tidak selesa.

"Kau kenapa? Ada benda ke kat muka aku?" tanya Zairi pelik. Hariz merenung lagi.

"Saya tanya boleh? Itu memang tanda lahir abang ke? Macam pelik pula. Sebab warna putih. Dan..
gambar tadi tu... yang dalam gambar tadi tu abanglah ya. Abang ada kembar ke?" Hariz pula bertanyakan soalan pelik pada Zairi. Zairi terkejut. Tidak menyangka budak yang baru dikenali ini sangat teliti.

"Ya. Tanda lahir abang. Dan ya abang ada kembar. Kenapa? Ada masalah ke? Kau ni pelajar ke penyiasat persendirian?" Jawab Zairi sesingkat mungkin supaya tidak menimbulkan syak pada Hariz.

"Oh... Jadi yang ada tanda lahir hitam sebelah abang masa kecik tu adik abanglah ya. Sebab makcik cakap abang anak sulung." Hariz bermain teka-teki. Zairi tidak mengendahkannya. Dia mendiamkan diri. Hariz bangun tiba-tiba.

"Kau nak kemana pula?" Tanya Zairi hairan.

"Maaf abang. Saya pinjam tandas boleh? Sakit perutlah." Hariz membuat gaya sakit perutnya di hadapan Zairi. Zairi hanya melihat dari jauh apabila Hariz memasuki biliknya untuk ketandas kerana tandas luar digunakan oleh mak Zairi.

"Wow! Kemasnya bilik! Tak sangka abang Zairi pembersih orangnya. Tapi kan.... kenapa perangai abang Zairi semakin pelik. Kenapa dia tak kenal aku? Padahal aku adik angkatnya masa belajar kat sekolah menengah dulu. Ke sebab penyakit dia? Takkanlah kot." Luah Hariz dengan suara perlahan. Setibanya di dalam tandas, Hariz melihat sesuatu. Satu bekas kecik di atas sink membuatkannya ingin tahu apa yang ada didalam nya. Dia membukanya. Wajahnya berubah. Secepatnya dia menutup pintu dan membuang hajat sebelum Zairi syakwasangka padanya.

"Zairi, mana si Hariz tadi? Ni ada buah sikit. Boleh buat pencuci mulut." Mak datang dari dapur dengan membawa buah tembikai yang siap dipotong.

"Ada dalam tandas. Sekejap lagi dia keluarlah." Jawab Zairi yang masih menonton cerita kegemarannya. Hariz keluar dari bilik Zairi dengan menyembunyikan keresahan di wajahnya.

"Em.... makcik.. Saya kena balik dulu. Tadi kawan telefon. Katanya ada hal kat asrama. Abang Zairi, boleh tolong hantar tak?" Minta Hariz kalut. Zairi semakin hairan. Zairi menukar kain pelikat dan baju. Dia mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding dan terus keluar.

"Cepatlah. Nanti warden kau marah kau lambat. Dah dekat pukul 8 ni." Zairi menghidupkan enjin kereta.

"Makcik, terima kasih sebab layan saya dengan baik dan menjamu saya makan. Terima kasih banyak-banyak." Hariz mencium tangan mak Zairi dan masuk kedalam kereta. Dia melambai ketika kereta mula bergerak keluar dari halaman rumah.

(Di kem)


Pelajar-pelajar yang mengikuti perkhemahan dikehendaki mengadakan persembahan untuk malam terakhir mereka disana. Esok mereka boleh pulang kerumah masing-masing selepas tiga hari berkhemah. Pasukan Rina dan Hani membuat persembahan drama mengenai kisah seram. Rina mengambil kisah benar yang terjadi pada abangnya yang telah terkorban dua tahun lepas.


Hani juga memainkan watak sebagai seorang pelajar jahat bersama seorang remaja lelaki lain yang melakukan pembunuhan keatas seorang pelajar pendiam di sekolah mereka. Pada mulanya Hani menolak watak berkenaan. Tetapi apabila digesa oleh Cikgu Abidin, akhirnya Hani bersetuju. Rina sebagai penulis skrip mengubah jalan cerita tanpa memberitahu pada Hani.

"Ok! Nanti kumpulan kita akan masuk. So, saya harap korang dapat beri persembahan yang bagus sebagai hadiah untuk cikgu Kadet bomba kita. Boleh tak?!" Rina memberi semangat pada kawan-kawannya.

"Boleh sangat!! Memang itu yang kami akan buat sebab cikgu kita tak dapat datang. Sebagai hadiah pada usaha cikgu Mariam selama ni, ini sahaja yang dapat kita lakukan khas untuk cikgu!" Salah seorang pelajar lelaki menambahkan semangat yang semakin berkobar-kobar.

"Hani, ada perubahan sikit dalam skrip. Ini skrip ganti. Kau rasa kau boleh ingat tak skrip baru ni?" Rina memberi beberapa kertas pada Hani untuk rujukan. Hani meneliti skrip berkenaan.

"Kejap!! Kenapa kau buat watak aku bersubahat dengan pembunuh tu? Aku tak ada kaitan dengan pembunuh tu lah!" Marah Hani tiba-tiba. Rina terperanjat apabila Hani menghempas kertas yang elok diikat itu kelantai.

"Hani! Itu cuma skrip je. Kita kan berlakon. Yang kau sensitif sangat kenapa? Kau jangan buat hal pula." balas Rina geram. Hani masih memeluk tubuh dan memuncungkan mulutnya.

"Taknak!! Aku taknak ambil watak tu! Lantaklah! Suka hati je buat aku watak jahat. Dahlah jahat jadi pembunuh pula tu! Aku taknak!!" tengking Hani. Dia mengambil skrip ditangan Rina san mengoyaknya satu persatu.

"Apa yang kau buat ni Hani?! Skrip aku tu!! Kalau kau tak suka sekalipun jangan rosakkan persembahan ni! Kalau kau taknak ambil bahagian, suka hati kau. Kalau kau kena marah dengan cikgu Abidin nanti, kau jangan salahkan aku!!" ugut Rina tidak puas hati.

"Aku tak heranlah!! Blahlah kau!" tambah Hani lagi dan berlalu dari situ. Rina semakin tidak sabar. Sekarang masalah baru muncul. Siapa yang dapat membawa watak Sabrina dan menghafal dialognya dalam masa sejam ini?

"Nampaknya aku jugalah kena ganti dia. Apalah nasib.." Rina mengemaskan diri. Dia bersedia untuk memulakan persembahan selepas salah satu kumpulan selesai membuat persembahan masing-masing.


Kurang dari sejam Pasukan Rina dipanggil naik kepentas. Rina and the geng memulakan lakonan. Permulaannya, Rina melakonkan watak Sabrina yang mempunyai seorang abang kandung bernama Joe. Joe berusia 19 tahun. Sabrina mempunyai hubungan terlarang dengan guru kelasnya ketika masih berusia 15 tahun. Ceritanya berkembang sehinggalah watak Sabrina dan watak kekasihnya membunuh seseorang untuk menutup kesalahannya.


Hani yang melihat dari jauh hanya berdiri ditepi dewan dengan wajah pucat. Cikgu Abidin pula dilihat sedang mengelap peluh di seluruh wajah dengan sapu tangannya. Mereka berdua seakan-akan terkesan dengan penceritaan yang dilakonkan oleh Rina dan kawan-kawannya. Selepas setengah jam, akhirnya persembahan mereka tamat. Rina turun dari pentas dengan senyuman. Dia begitu berpuas hati melihat sokongan dari kawan-kawan lain. Semasa Rina menuruni tangga pentas, matanya terpandang seseorang yang dikenali. 'Zairi' sedang menepuk tangan dari luar dewan.

"Abang Zakri..... Abang Zakri!!" Rina meluru keluar untuk menemui abangnya yang dikatakan telah meninggal dunia tanpa nisan. Namun selepas keluar dari dewan, kelibat Zakri hilang. Air mata yang mengalir tidak dapat ditahan lagi.

"Abang Zakri!! Rina rindu abang!! Baliklah bang!!" Rina menangis teresak-esak diatas tanah. Kawan-kawan yang lain cuba menenangkan Rina yang seolah-olah dirasuk. Hani dan Cikgu Abidin sedang melihat di sebalik pokok. Nampaknya mereka mempunyai agenda lain.

(Di dalam kereta)


Keadaan senyap sunyi tanpa sikit pun bunyi. Hanya kedengaran nafas mereka dihela. Tiba-tiba Hariz terlompat dan cepat- cepat menyeluk tangan kedalam poket kanan.

"Kau kenapa? Terkejut aku" Tegur Zairi yang asyik memandu. Hariz tersengih.

"Hehe! Maaf bang. Fon saya vibrate. Ada orang call. Kejap ya." Jawab Hariz malu. Dia mengangkat panggilan yang masuk.

"Hello. Ya abang. Kitaorang dah on the way ni. Yelah. Hariz tahulah. bye!" Jawab Hariz singkat.
Dia meletakkan semula telefonnya di dalam poket seluar.

"Siapa tu? Abang kau ke?" tanya Zairi ingin tahu.

"Abang sepupu. Dia tunggu saya kat asrama. Dia cari saya kat sana. Tapi saya tak ada. Itu yang dia telefon tu." Hariz menerangkan cerita yang sebenar.

"Dia ambik berat pasal kau. sebab tu dia call." nasihat Zairi dan membuka siaran radio Hot fm.

"Abang Zairi, maaf kalau saya terlalu masuk campur urusan abang sekeluarga. Sebenarnya saya adalah adik angkat abang Zairi masa di sekolah menengah dulu. Dan saya pelik sebab abang tak kenal saya langsung. Sebab tu saya banyak tanya. Dan lagi, selama saya jadi adik angkat abang Zairi, abang tak pernah bagitahu saya yang abang ada adik kembar." Luahan hati Hariz mengejutkan Zairi. Keretanya sedikit terbabas. Dia memberhentikan keretanya ditepi jalan.

"Hariz, bila kau jadi adik angkat abang? Berapa lama?" Tanya Zairi pula. Dia memandang serius kearah Hariz.

"Takkan abang tak ingat? Saya kenal abang tiga tahun lepas. Tapi saya terpaksa pindah sekolah selepas dua bulan belajar kat situ sebab mengikut family saya berpindah ke Perak." Jawab Hariz jujur. Zairi tergelak.

"Kau kenal abang cuma dua bulan. Takkan abang nak cerita semuanya pada kau. Dan abang bukan jenis orang yang suka bincangkan perkara peribadi dengan orang yang baru dikenali. Mungkin sebab tu abang tak ingat kau. Jangan fikir yang bukan-bukan. Dan mulai sekarang kau dan abang cuma junior dan senior di dalam sebuah kolej. Jangan berangan nak rapat dengan abang." Zairi memberi amaran tegas pada Hariz. Mereka menyambung semula perjalanan mereka.

Mereka sampai di hadapan asrama kolej yang menempatkan pelajar-pelajar yang mendaftar masuk pada tahun pertama. Selepas Hariz keluar dari kereta, Zairi menekan minyak dan keluar dari situ tanpa berkata walau sepatah pada Hariz. Hariz terkelu.

"Hariz!!" Panggil seseorang di belakang Hariz. Hariz menoleh kebelakang.

"Abang Kamal. Abang nak jumpa saya ke?" Tanya Hariz sedih. Kamal kehairanan.

"Kau kenapa dengan muka cencurut kau ni? Kejap! Rasanya tadi tu Zairi kan? Dia ke kawan kau yang kata sakit tu? Bila masa pula kau kenal dia?" Kamal, kawan sekolej Zairi melihat kereta Zairi pergi dari situ dengan laju.

"Saya memang dah lama kenal dia. Tapi sedihlah... Dia tak kenal saya.. Saya adik angkat dia kot!" Luah Hariz semakin sedih.

"Sebab kau tak hensem kot. Itu yang dia tak kenal kau. Hahaha! Dahlah. Abang ada benda nak bagitahu kau ni. Pasal kawan abang tu. Zairi!" Jelas Kamal agak serius. Hariz menunjukkan minat.

"Kenapa abang? Ada sesuatu yang perlu saya tahu ke?" Tanya Hariz gelojoh.

"Sabar... jangan panik. Jom masuk kereta abang dulu." Ajak Kamal sambil meletakkan tangan di bahu adik sepupunya.

(Di kem)

"Hani! Hani! Hani!" Rina yang telah bertenang mencari Hani diseluruh kem. Pelajar lain sedang mendengar ceramah dan pemberian hadiah untuk pemenang persembahan. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Rina mengambil keputusan untuk mencari Hani di kawasan rumah kosong yang disyaki. Di dalam poketnya terkandung lampu kecil yang sempat dibawa dari dalam beg. Rina menyeluk saku seluarnya untuk mengeluarkan lampunya tetapi dia terambil sesuatu yang lain.

"Ini alat yang abang Zairi bagi. Macammana boleh ada dalam poket aku? Bukan ke aku simpan dalam beg?" Rina meneliti alat kecil seperti kunci kereta itu dan menyimpannya semula. Dihidupkan lampu semasa berada agak jauh ke dalam hutan simpan. Dia mengambil nafas sedalamnya dan menghembusnya.

"Bismillah..." Rina masuk kedalam dengan sedikit doa. Kaki melangkah perlahan-lahan supaya tidak terpijak sesuatu yang tidak seharusnya dipijak.

"Balik.... balik..... pergi balik...." Tiba-tiba, bisikan demi bisikan kedengaran di telinga Rina. Rina serta merta berpaling ke belakang.

"Abang Zakri.... itu abang Zakri ke?" Rina memanggil abangnya perlahan. Tetapi tiada balasan. Rina pasti itu sememangnya suara Zakri kerana suaranya sama dengan Zairi.


Bunyi daun dipijak seseorang. Rina segera menyorok. Lampu ditutup secepatnya. Dia mendengar suara seseorang sedang bercakap.

"Macammana ni abang Bidin? Rasanya Rina dah tahu apa yang kita buat. Abang tengok kan persembahan dia tadi? Dia penulis skrip. Takkan dia saja-saja buat persembahan macam tu. Mesti dia dah tahu apa yang jadi pada Zakri dua tahun lepas. Kita yang bunuh Zakri! Nampaknya kita kena cari jalan untuk tutup balik rahsia ni. Siapa-siapa pun tak boleh tahu pasal hal yang dah lapuk tu. Kalau terbongkar, bukan setakat abang, masa depan saya juga akan musnah! Saya tak dapat nak kahwin dengan abang! Hubungan kita selama empat tahun ni akan terhapus macam tu je! Hani dah bagi abang segala-galanya! Hani takkan lepaskan abang! Kalau tak kerana budak Zakri yang nampak kita membuat hubungan masa dalam hutan dua tahun lepas, kita takkan terpisah dan dia tak perlu mati! Abang!! Tolong selesaikan perkara ni! Hani taknak masuk penjara!!" Hani mulai gelabah dan menceritakan semula perkara yang dilakukan dua tahun lepas kepada kekasih hatinya cikgu Abidin supaya mereka dapat merahsiakan perkara ini seperti sedia kala. Mereka hilang di dalam semak. Rina yang berada disebalik pokok hanya menekup mulut supaya tangisannya tidak kedengaran.

"Abang Zakri kena bunuh? Mereka bunuh abang ke....? Abang Zakri.... sampai hati diorang..." Rina menahan sebak didalam dada. Dia perlu memberitahu perkara ini kepada pihak berkuasa.


Semasa Rina ingin bangun, satu kain ditekap kemulutnya. Klorofom memainkan peranan. Pandangan Rina semakin kabur. Dapat dilihat seseorang sedang menyuluhkan lampu kearahnya. Namun begitu dia sempat menyeluk tangannya ke poket kiri dan menekan butang pada alat yang diberi oleh Zairi. Hanya Zairi yang dapat menolong adiknya sekarang.

(TAMAT BAB 6)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience