TAKUT

Horror & Thriller Completed 6679

(Di perpustakaan lama kolej)


Zairi tengah kusyuk menelaah buku kegemarannya tanpa berteman. Zairi tidak mengendahkan sebarang gangguan atau tidak mendengarnya langsung. Memang keadaannya akan menjadi seperti patung apabila buku yang menjadi kegemarannya berada kemas ditangan. Tetapi sesuatu bermain di fikirannya. Mindanya mula melayang. Dia terfikirkan kematian kembarnya yang masih menjadi misteri. Walaupun telah dicari di merata-rata di tempat kejadian, mayatnya tetap tidak ditemui. Ayahnya ada juga meminta bantuan ustaz. Takut-takut anak dia disorok makhluk halus. Tetapi tiada petunjuk yang ditinggalkan. Ini bermakna mayat kembarnya memang hilang tanpa dikesan.


Selepas dua tahun, misteri itu kekal dan tidak dapat dibongkar. Zairi cuba mencari punca kejadian tetapi hampa. Apa yang dia tahu kembarnya ditolak oleh seseorang ketika meronda di dalam hutan selepas dua hari berkhemah di hutan simpan itu. Manakala dia yang baru sahaja tiba di sekitar situ apabila menerima syarat amaran berusaha menyelamatkan kembarnya.

"Siapa sebenarnya yang bunuh dia? Polis bagitahu dia tergelincir tapi aku pasti dia ditolak orang. Orang yang berdendam dengan dia. Tapi siapa? Yang seorang tu dah tak ada. Tak sempat aku tahu siapa dalangnya, dia mati dulu. Ah!! Buntu aku! Siapa sebenarnya yang bunuh kembar aku ni?!" Zairi berbisik seorang diri. Sekali sekala dia menoleh kebelakang. Terasa seperti diperhatikan.


Tiba-tiba buku yang elok tersusun di rak atas terjatuh. Bukan satu tetapi tiga buah serentak. Tiada angin tiada penyebab, buku terjatuh sendiri. Memang ganjil. Zairi mengutip buku itu dan menyusunnya semula. Belum sempat kakinya melangkah pergi, beberapa buku yang lain terjatuh juga. Zairi serta merta berpaling. Ditelan air liur dan cuba menyedapkan hati gundahnya dengan mengatakan angin pelakunya.

"Tapi.. takkan angin. Dalam ni mana ada tingkap. Aircond je semua. Ada benda lain ke?" bisik hatinya. Buku disusun semula.


Serta merta hampir kesemua buku berterbangan seolah-olah ditarik kuat oleh seseorang yang mempunyai tenaga luar biasa. Zairi tidak menunggu lama. Ketika kaki melangkah setapak, lampu terpadam. Zairi berlari laju ke pintu masuk. Cuba dibuka pintu yang tidak pernah dikunci tetapi tidak berjaya. Pintu seperti dikunci dari luar. Satu kelibat hilang disebalik koridor. Zairi mulai gelabah. Dicuba berkali-kali untuk membuka pintu tetapi tetap kemas tertutup.

"Bukalah!! Kenapa kau kacau aku?! Bukan aku yang bunuh kau!!" Zairi menendang pintu berkali- kali. Angin sejuk dan panas bersilih ganti. Zairi terdiam ketika merasakan seseorang berada di belakangnya. Zairi menjeling sedikit untuk melihat siapa yang menganggu. Peluh dibiarkan menitik. Kepala dipusing kebelakang perlahan-lahan. Sebaik sahaja kepala berada betul-betul dibelakang, susuk tubuh seseorang betul-betul berada di belakangnya. Wajah masing-masing bersua. Zairi yang mengenali wajah lelaki itu mulai gelabah.


Wajah buruk dan berulat serta berpakaian seperti pocong menyebabkan jantungnya berhenti berdegup untuk seketika. Mata merah saga merenung tajam kemata Zairi. Zairi tidak dapat seperti bergerak walau seinci. Cuba dibaca ayat suci Al-quran tetapi semuanya seolah hilang dari ingatan. Jantung berdegup sepantasnya. Nafas sesak. Peluh semakin banyak. Ketakutan menyelubungi diri. Mata ditutup selepas memaksa diri untuk beberapa minit.

"Kau bunuh aku...." Suara seseorang bergema si telinga Zairi. Badannya digoncang kuat.

"Bukan aku! Bukan aku!" jerit Zairi kuat.


****************************

"Hoi Zairi!! Bangunlah!! Kau mengigau ni!" Kejut seorang remaja lelaki sambil mengegar badan Zairi sekuatnya. Zairi terbangun dengan wajah pucat. Direnung wajah dihadapannya.

"Kamal..." Zairi menghembuskan nafas lega. Nampaknya dia hanya bermimpi. Bermimpikan seseorang yang sudah lama mati. Peluh dilap dan cuba menenangkan diri.

"Kau kenapa? Sejak dua menjak ni asyik tidur je. Dahlah tidur, siap mengigau tu. Nasib baik tak ada orang. Apa masalah kau ni? Aku risaulah." Kamal ingin tahu. Kepala yang tidak gatal digaru laju. Resah, bimbang.. semuanya bercampur baur. Rahsia yang tersimpan masih disisip kemas di dalam hati. Tidak mungkin rahsia ini akan terbongkar sebelum masanya.

"Tak ada apa-apalah. Maaf sebab susahkan kau. Aku nak ke tandas sekejap.Tolong jaga buku aku." Zairi bangun dan terus keluar dari perpustakaan. Selepas membasuh muka, Zairi masuk semula ke perpustakaan. Apabila dibuka pintu masuk, kelibat Kamal tiada. Kasut juga tiada. Hanya sepasang kasut dikoridor.

"Kamal! Kamal! pelik... Mana budak ni? Tadi ada je kat sini. Dah balik kelas ke? Tak tunggu aku pun! kurang asam punya kawan." Zairi mengambil buku dan terus berlalu dari situ. Sebaik sahaja Zairi hilang dari pandangan, suara hilaian kedengaran dari dalam perpustakaan.

(Selepas dua jam)
(Di dalam bas)

"Rina! Kau tak bagitahu abang kau ke kau akan berkhemah kat tapak perkhemahan yang sama abang kau pergi dua tahun lepas? Kenapa?" Tanya Hani sambil mengusap. Rina hanya mengeluh.

"Malaslah aku. Kalau aku bagitahu dia, memang takkan dia bagi aku ikut korang. Lagi-lagi tempat tu tempat arwah abang aku meninggal. Kau ingat abang aku yang konon hensem tu akan bagi izin ke? Dia fobia dengan tempat tu. Dia kalau boleh taknak aku atau sesiapa sahaja termasuklah dia sendiri menjejakkan kaki ke tapak perkhemahan tu dari dulu sampailah sekarang." Jelas Rina ringkas.

"Oh! Macam tu ke? Tapi kan.. kenapa jenazah abang kau masih tak jumpa ya? Betul ke dia dh mati?" Ayat yang keluar dari mulut Hani membuatkan Rina geram.

"Abang aku memang dah meninggal. Kalau tak, takkan dia tak balik langsung selama dua tahun ni? Lagipun jejak dia jatuh gaung memang ada. Polis pun dah sahkannya!" Tegas Rina serius. Hani terdiam.

"Jadi apa tujuan sebenar kau ikut perkhemahan ni? Aku tak rasa kau nak berkhemah je. Betul tak?" Hani menjadi seperti penyiasat. Ingin tahu tujuan Rina sebetulnya.

"Aku nak cari jenazah abang aku tu! Aku tak kira! Walaupun susah, aku pasti jenazah dia ada kat sekitar bukit dan gaung tu. Aku taknak dia tinggalkan kami tak bernisan." Tegas Rina sekali lagi. Hani berhenti mengunyah. Dia memandang ketingkap. Wajahnya berubah.

(Di Kolej)

"Assalamualaikum mak. Adik ada call tak dia dah sampai belum kat perkhemahan dia tu? Dah dua jam Zairi tunggu dia call tapi tak ada pun." Zairi memulakan perbualan.

"Tak ada pula. Dia sibuklah tu kot. Sabarlah. Mana tahu kejap lagi dia call. Kamu tu risau sangatlah. Dia dah besar panjang. Pandailah jaga diri. Cikgu-cikgu pun ada." Jawab maknya di talian sebelah.

"Bukan apa mak. Hati ni rasa tak sedap dari tadi. Rasa macam benda buruk akan jadi. Zairi risaulah mak." Luah Zairi perlahan.

"Mak faham. Tapi doalah yang baik-baik. Harap-harap Rina tak apa-apa." Pujuk mak dengan suara yang sayu. Zairi akhirnya mematikan perbualan apabila terlihat Kamal sedang berjalan bersendirian di cafetaria.

"Kamal! Kau pergi mana tadi? Aku ingatkan kau tunggu aku kat perpustakaan. Aku balik dari tandas kau dah tak ada. Sampai hati kau kan tinggalkan aku." Rajuk Zairi sebaik sahaja sampai dihadapan Kamal. Kamal membuat muka hairan.

"Perpustakaan? Bila masa aku pergi sana? Aku ada dengan prof Alias sejak pagi. Ni baru keluar dari Ofis dia. Kau mengigau ke apa?" Kamal tergelak. Dia meninggalkan Zairi yang tercengang.

"Takkanlah... jadi, tadi siapa?" Zairi mulai panik. Dua makhluk menakutkan muncul dihadapannya tanpa amaran. Siapakah 'Kamal'?

(TAMAT BAB 2)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience