TERBONGKAR RAHSIA

Horror & Thriller Completed 6642

(Di jalan besar kawasan kampung)

Kereta Zairi laju menuruni bukit dan membelok di selekoh tajam. Zairi ingin segera sampai di kawasan perkhemahan yang menempatkan adiknya. Dia tahu adiknya dalam keadaan bahaya. Dan dia tidak bersedia untuk hilang seorang lagi keluarga tercinta. Selepas memandu laju lebih dari sejam, Zairi sampai di kawasan kampung orang asli. Di hadapan terletaknya perhentian untuk para pendaki dan rombongan perkhemahan.

Tanpa berlengah, Zairi memberhentikan kereta di kawasan semak. Dia tidak mahu perkara ini riuh dan mengagalkan tindakannya. Jam tepat pukul 9 malam. Zairi mengikut jalan yang pernah dilalui ketika ingin menyelamatkan kembarnya dahulu. Dan dia pasti Rina ada di satu tempat yang tersembunyi berdekatan. Di tangannya tertera kompas yang menunjukkan lokasi tepat dimana adiknya berada.

"Ya Allah... selamatkanlah adik aku... Jangan kau(Di jalan besar kawasan kampung)

Kereta Zairi laju menuruni bukit dan membelok di selekoh tajam. Zairi ingin segera sampai di kawasan perkhemahan yang menempatkan adiknya. Dia tahu adiknya dalam keadaan bahaya. Dan dia tidak bersedia untuk hilang seorang lagi keluarga tercinta. Selepas memandu laju lebih dari sejam, Zairi sampai di kawasan kampung orang asli. Di hadapan terletaknya perhentian untuk para pendaki dan rombongan perkhemahan.

Tanpa berlengah, Zairi memberhentikan kereta di kawasan semak. Dia tidak mahu perkara ini riuh dan mengagalkan tindakannya. Jam tepat pukul 9 malam. Zairi mengikut jalan yang pernah dilalui ketika ingin menyelamatkan kembarnya dahulu. Dan dia pasti Rina ada di satu tempat yang tersembunyi berdekatan. Di tangannya tertera kompas yang menunjukkan lokasi tepat dimana adiknya berada.

"Ya Allah... selamatkanlah adik aku... Jangan kau ambil nyawanya sama seperti kembar aku.." Doa Zairi di dalam hati. Dia memulakan perjalanan dengan langkah kanan dan doa.

(Di rumah usang)

Rina yang selesai mendengar keterangan jujur dari Hani menangis meraung kerana tidak menyangka begitu kisah disebalik kematian abangnya yang dikatakan tergelincir. Rina tidak mampu berdiri atau berbuat apa-apa. Hani memeluk tubuh kawannya dan berulang kali meminta maaf. Mereka memujuk diri masing-masing.

"Hani sayang... Abang dah balik." Panggil Cikgu Abidin dari luar. Hani dan Rina mengelap air mata mereka dengan laju. Mereka tidak mahu cikgu Abidin mengetahui bahawa rahsianya sudah terbongkar. Hani senyum menutup wajahnya yang sugul.

"Abang dah bagitahu ketua guru? Diorang cakap apa? Kita selamat kan?" Hani berbicara dengan suara yang lembut.

"Mestilah kita selamat. Abang dah cerita hal yang diorang tak dapat sangkal. Jadi penyelesaiannya, Abang yang menjadi cikgu korang dan akan bawa korang balik esok. Sayang mesti tak sabar nak balik umah kan?" Cikgu Abidin mengeluarkan ayat romantis. Hani mengikut.

"Baguslah macam tu! Sayang nak kahwin juga dengan abang! Walau apapun yang terjadi! Abang, kita tidur sini ke malam ni?" Hani bermanja-manja dengan kekasihnya. Mereka bermesra-mesraan di hadapan Rina yang menyampah. Hani memberi isyarat mata pada Rina. Di keluarkan kunci rantai yang mengikat Rina dan diletak dibawah kaki.

"Nah sayang. Abang bawa air untuk sayang. Ada makanan sikit. Minumlah." Cikgu Abidin memberi sebotol mineral kepada Hani. Hani mengambil air di tangan cikgu Abidin dan membukanya. Sekali putar penutup, botol dah terbuka.

"Eh? Abang dah bukakan ke? Terima kasih." ucap Hani manja. Dia terus minum air di tangannya.

"Kau nak ke Rina? Mana tahu boleh hilang haus kau tu sebelum kau mati. Tak adalah jadi hantu haus nanti." Ejek Cikgu Abidin sambil gelak syaitan.

"Aku lebih rela mati kehausan dari minum air kau tu!" Balas Rina bengang. Mereka berbual untuk. seketika.

Semasa mereka berdua ingin bangun, badan Hani seolah-olah ingin tumbang. Cikgu Abidin menyambut badannya supaya tidak jatuh.

"Hani! Kau tak apa-apa ke?" Rina takut melihat wajah Hani tiba-tiba bertukar pucat.

"Kenapa Hani pening ni bang? Abang ada letak apa-apa ke dalam minuman Hani?" Tanya Hani loya. Cikgu Abidin melepaskan Hani jatuh kelantai. Dia ketawa sinis.

"Hani.... Hani... Gadis naif yang terperangkap antara cinta dan persahabatan. Akhirnya kau pilih persahabatan. Tak sangka kau betul-betul sayang pada kawan baik kau ni. Kau sanggup bongkarkan rahsia yang kita simpan bersama hanya kerana kenangan bodoh korang tu. Sekarang aku telah laksanaan hukuman pada manusia yang ingkar kata-kata aku! Kau pergilah ikut abang kau di alam kubur. Selamat tinggal sayang Hani." Cikgu Abidin gelak kuat apabila melihat Hani tumbang kelantai dengan buih di mulut. Dia terminum racun yang diletakkan di dalam air mineral oleh cikgu Abidin.

"Kau zalim! Manusia kejam! Sanggup kau bunuh Hani!! Sanggup kau binatang! Hanya syaitan yang bertopengkan manusia yang sanggup buat benda ni! Binatang!!" Jerit Rina tidak menyangka tindakan Cikgu Abidin sejauh ini. Dia ingatkan Cikgu Abidin sayangkan Hani. Tetapi semuanya telah berakhir. Telah terbukti Cikgu Abidin pentingkan diri sendiri.

"Sekarang masanya telah tiba untuk kau. Oh! Jangan risau. Kematian kau tak semudah Hani. Kau akan rasa segala kesakitan yang tak tertampung oleh manusia. Kesakitan yang tak pernah kau rasa. Oh ya! Sebelum aku terlupa. Aku akan ceritakan pada kau kisah sebenar yang terjadi pada abang kau Zakri. Apa yang korang tahu sekarang, Zakri mati ditolak ke bawah gaung betul tak? Hehe! Sebenarnya korang tersilap sedikit. Selepas menghantar Hani dan Helmi balik kerumah, aku balik kesini. Sebab aku nak pastikan yang Zakri betul-betul dah mati. Selagi aku tak tengok mayat dia selagi tu aku tak puas! Kau tahu tak, masa aku turun kebawah gaung beberapa jam selepas Zakri jatuh, aku tengok Zakri masih hidup!! Tak sangka! Jatuh dari tempat tinggi macam tu boleh hidup. Kau nak tahu apa yang aku buat pada Zakri huh?" Cikgu Abidin seperti orang gila menceritakan kisah sebenar apa yang telah terjadi pada abang Rina dengan teliti. Rina yang mendengar hanya mampu menangis dan terkelu.

"Kau binatang!! Sial!! Kenapa kau tak selamatkan dia?! Kenapa?!!" Tengking Rina sambil cuba lepaskan diri.

"Kenapa pula aku kena selamatkan dia? Dia musuh aku! Dan kalau kau nak tahu... aku heret dia ke rumah ni. Ke rumah kosong ni! Aku seksa dia sampai dia betul-betul mati. Aku sembunyikan mayat dia dalam rumah ni. Sebab tu korang tak dapat jumpa mayat dia. Bahkan polis pun tak dapat kesan jejak dia dan juga aku. Hahaha! Nampak sangat Allah sayangkan aku. Bukan korang! Malam tu aku biarkan dia mati keseorangan dalam rumah ni. Kesian.. Meraung dia minta tolong tapi tak ada sesiapa yang datang.." Cikgu Abidin mendekati Rina dan bermain dengan rambut dan wajah Rina.

"Kau manusia lahanat! Aku doa kau mati dalam keadaan ngeri! Sama macam kematian abang aku!! Malah biar lebih teruk!! Syaitan bertopengkan manusia macam kau ni tak layak hidup kat muka bumi ni!! Kau layak hidup dalam neraka! Neraka tempat kau jahanam!! Kau buat abang aku macam barang!! Kau lahanat!!" Rina meronta-ronta dan meludah muka Cikgu Abidin. Rina cuba menendang Cikgu Abidin tetapi dapat ditepis oleh cikgunya. Wajah tidak berperasaan Cikgu Abidin menambahkan lagi kemarahan Rina. Rina menyumpah seranah cikgu Abidin sepuas hati. Cikgu Abidin hanya ketawa dan mengilai macam orang gila. Dia menampar wajah Rina beberapa kali. Cikgu Abidin memperlihatkan giginya yang tersusun cantik dengan wajah yang seram.

"Sayangnya kalau kau mati... kalaulah kau berpihak pada aku, kau boleh jadi pengganti Hani. Jadi bidadari aku." Cikgu Abidin cuba mencium pipi Rina.

"Abang Zakri!!!" Rina menjerit meminta tolong ketika Cikgu Abidin cuba membuka bajunya.

Satu pukulan dari benda tumpul menumbangkan Cikgu Abidin ke lantai. Dia langsung tidak bergerak. Seseorang berdiri di hadapan Rina.

"Abang Zairi!!" Panggil Rina gembira melihat abangnya berada di depannya. Zairi cuba membuka rantai di tangan Rina tetapi gagal.

"Susah ni. Lock dia kuat." Zairi meneliti keadaan sekeliling jika ada barang yang boleh digunakan untuk membuka mangga.

"Tu!! Kunci tu abang Zairi! Dekat dengan kaki Hani!" tunjuk Rina kearah Hani yang telah menjadi mayat. Zairi mengambil kunci dan membuka mangga di kedua-dua tangan Rina.

"Maafkan abang! Abang sedaya upaya datang seawal mungkin! Abang tak sangka dia boleh buat korang sampai macam ni! Abang betul-betul tak sangka!" Zairi kesal. Rina memeluk abangnya dengan erat.

"Abang! Mayat abang Zakri ada kat sini! Rina rasa ada dalam bilik sana! Sebab tadi Rina perasan baju sweater milik abang Zakri ada dalam tu!" Rina bangun untuk masuk kedalam bilik. Zairi mengikut Rina. Belum sempat kakinya melangkah, rambut Zairi ditarik kasar dan satu pisau panjang diletakkan di lehernya.

"Kau pukul cikgu kau sendiri Zairi. Sampai hati kau. Tapi tak apa. Biar cikgu ajar anak murid cikgu ni macammana nak hormat cikgu dia!" Wajah cikgu Abidin berlumuran darah. Cikgu Abidin cuba mengelar leher Zairi tetapi Zairi telah bersedia. Dipegang kemas tangan cikgu Abidin dan memulasnya kuat kebelakang. Cikgu Abidin menjerit kesakitan dan pisaunya terlepas. Zairi menendang perut cikgu Abidin dan menendang wajahnya ketika dia rebah ke lantai. Cikgu Abidin melayang jauh hingga keluar rumah. Tergolek jatuh kebawah tangga.

"Liat betul nyawa kau kan! Aku ingat kena pukul macam tu dah mati! Kau akan rasa apa yang aku rasa selama ni! pembunuh!!" Marah Zairi dan berlari mendapatkan cikgu Abidin yang cuba bangun.

Zairi menerkam dan cuba menumbuk cikgu Abidin tetapi sempat ditahan oleh ahli silat gayung itu. Kali ini Zairi pula ditumbuk dan ditendang. Zairi cuba bertahan dengan menghalang pukulan yang datang. Walaupun Zairi memiliki tali pinggang hitam dalam tae kwan do, seni silat gayung dari Cikgu Abidin juga tidak kurang hebatnya. Mereka bertempur sepenuh hati. Zairi memiliki kelebihan melalui tenaga manakala cikgu Abidin mahir membaca pergerakan musuh.

Zairi menghayun tangannya cuba menumbuk cikgu Abidin tetapi itu hanya tumbukan angin. Satu tumbukan di pinggang menyebabkan Zairi tersungkur ketanah. Dengan keadaan yang gelap tidak berlampu, Zairi tidak dapat melihat apa yang berada di hadapannya. Hanya kelibat dan bayang-bayang menolongnya bertarung. Dua tiga tendangan hinggap di hadapan dan belakang badan Zairi. Sekali lagi Zairi rebah. Dia termengah-mengah menarik nafas. Satu kaki memijak dadanya kuat.

"Kau tak dapat lawan cikgu kau sendiri. Derhaka nanti. Ilmu tak berkat!" Cikgu Abidin berfalsafah dengan Zairi yang terbaring.

"Kau bukan cikgu aku!!" Zairi memegang kaki cikgu Abidin dan memulas selaju mungkin. Semasa Cikgu Abidin jatuh, Zairi yang telah berdiri memberi sepakan kuat pada kepala cikgu Abidin.Kecederaan yang tidak teruk menjadi semakin parah apabila sepakan itu tepat mengenai kepalanya yang berdarah. Cikgu Abidin meraung sambil memegang kepalanya. Zairi termengah-mengah mengambil oksigen. Diambil pisau kecil yang diselit di tepi pinggang dan dia nekad untuk menamatkan riwayat lelaki yang berada di hadapannya sekarang. Cikgu Abidin menjerit dan merempuh Zairi hingga kedua-duanya tersungkur ke tanah. Cikgu Abidin yang semakin menggila mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Ketika Zairi ingin bangun, satu alat disua kepadanya. Badannya terkena renjatan elektrik yang kuat. Badan Zairi tersentak-sentak. Dia cuba mencapai alat yang berada di perutnya. Dengan perit, akhirnya stungun yang dipegang oleh cikgu Abidin direbut. Cikgu Abidin yang cedera teruk tidak dapat melawan. Stungun dilempar jauh. Kedua-duanya masih terbaring tidak bermaya.

"Kau... takkan terlepas..." Cikgu Abidin bangun perlahan-lahan. Dia seperti mencari sesuatu di dalam gelap. Kakinya terlanggar batu yang berada berdekatan. Dia mengambil batu berkenaan dan cuba menggunakannya untuk menamatkan riwayat Zairi. Tangannya diangkat tinggi. Wajahnya yang berlumuran darah sedikit bersinar dibawah cahaya bulan yang memancar tatkala awan menghilang. "Matilah kau!!" Jerit cikgu Abidin.

Dengan tidak semena-mena, satu kayu melayang kearah cikgu Abidin. Muncul Hariz dan Kamal dari dalam semak. Kamal menolong Zairi dengan menyambung pertarungan. Apabila dilihat dirinya tidak akan dapat menang, Cikgu Abidin melarikan diri.

"Hoi nak kemana orang gila?!!" Jerit Hariz terus mengejar.

"Oi budak!! Kau nak kemana tu?!!" Panggil Kamal dengan wajah pelik. Kamal mengikut jejak Hariz dari belakang. "Tunggu kami Zairi!! Nanti kita jumpa!" jerit Kamal dari jauh. Zairi bangun dan berlari ke arah rumah kosong.

"Rina! Rina!" Zairi mencari adiknya. Dia mengambil lampu minyak tanah yang ada di sebelah pintu dan dihalakan pada bilik yang dikatakan oleh Rina. Kelihatan Rina sedang duduk dilantai sambil memeluk sesuatu. "Rina...." Rina melihat Zairi dengan linangan air mata. Ditangannya tersimpan baju milik Zakri yang sudah lusuh. Walaupun berbau hanyir, Rina tidak mempedulikannya. Dia memeluk erat di dada dan memanggil nama Zakri.

"Abang Zakri.. akhirnya Rina dapat jumpa abang Zakri.. Selama ni Rina tunggu abang Zakri.. Rina rindukan abang.. maafkan Rina.. selama ni Rina selalu sakitkan hati abang... Rina marah dan tengking abang Zakri... Rina minta maaf.... Rina minta ampun... Maafkan Rina... Abang Zakri.. kami semua rindukan abang Zakri... Mak ayah tunggu abang balik.. sekarang abang dah ada kat sini. Kita balik ya abang. Kita balik jumpa mak dan ayah. Mereka sangat-sangat rindukan abang Zakri." Rina meluahkan perasaan yang terbuku didalam hati. Dipeluk dan dicium baju milik Zakri. Air mata menitis di baju Zakri. Bulan terang kelihatan di tingkap di sebelah Rina. Memberi cahayanya untuk menerangi keadaan sekeliling bilik.

Terlihat satu tengkorak yang masih memiliki rambut tersandar di dinding. Zairi tidak menyangka akan menemui kembarnya dalam keadaan seperti itu. Zairi tidak bermaya untuk berdiri. Dia menghulurkan tangan untuk menyentuh tengkorak milik kembarnya. Sebak didada cuba ditahan. Dimatanya tergambar wajah kembarnya yang tersenyum.

"Zairi.... aku rindukan kau... kenapa sekarang baru kau tunjukkan diri.. aku jadi gila sebab kau bang.. Aku rindukan kau bang. Aku buat semua kerja gila ni sebab kau bang.. Kenapa kau boleh jadi macam ni?" Kata-kata dari Zairi mengejutkan Rina. Rina menatap Zairi yang ada di hadapannya dengan penuh kehairanan. Zairi tunduk.

"Apa yang abang Zairi katakan ni?" Rina kehairanan.

"Sebenarnya abang adalah abang Zakri. Abang Zairi yang dah meninggal. Kami menukar identiti dua tahun lepas. Pada malam sebelum abang Zakri pergi berkhemah..." Zairi atau sebenarnya Zakri menerangkan tentang apa yang terjadi.

****************************

"Zak!! Aku nak minta tolong boleh tak? Bolehlah!!" pujuk Zairi manja. Zakri yang berada disebelah katil rimas melihat gelagat abangnya.

"Kau nak apa? Kan aku cakap tak boleh, maknanya tak bolehlah! Kenapalah kau degil sangat ni?" marah Zakri yang sedang mengemas beg untuk mengikuti perkhemahan esok.

"Ala..... untuk kali ni je. Aku janji! Lepas ni aku tak akan minta apa-apa lagi dari kau! Aku janji! Bolehlah Zakri! Kau adik aku kan! Jangan bantah! Derhaka!" ugut Zairi tegas. Zakri menggelengkan kepala.

"Mana boleh Zairi. Kau nak hadir ke perkhemahan tu dengan menyamar jadi aku? Kau boleh ke? Dengan keadaan kau yang lembut ni dan suara perempuan kau ni, macammana kau nak jadi sarjan bagi arahan masa perbarisan nanti? Kau akan jadi wakil kadet polis tau! Bukan PBSM!" bantah Zakri lagi. Keluhan demi keluhan kedengaran.

"Zakri.... tolonglah aku.. aku teringin nak berkhemah tapi kau tahulah mak dan ayah tu. mereka mesti tak benarkan aku pergi berkhemah. Kali ni je.. please....." Rayu Zairi lagi. Dibuat wajah sedih dan sayu di hadapan Zakri sambil melutut.

"Bukan aku tak bagi. Kau tu dahlah ada penyakit asthma teruk. Kat sana akan ada kawat kaki dan pertandingan. Kau nak bagi arahan macammana? Sekali jerit dah tumbang! Habislah reputasi aku nanti. Susah payah aku naikkan reputasi sebagai pelajar termacho dan terhebat di sekolah. Kau faham tak?" Sampuk Zakri cuba memujuk. Zairi terdiam. Direnung lantai lama.

"Yelah... Aku faham. Tak apalah. Aku tak akan minta apa-apa lagi dari kau. Sorrylah aku kacau kau malam-malam. Tidurlah.. esok nak camping." Zairi bangun dan membuka pintu. Zakri mulai serba salah. Itu adalah salah satu kelemahan yang ada pada Zakri. Dia tidak boleh melihat kembarnya sedih atau tidak bersemangat. Dia menarik nafas panjang dan menghembus berat. Kepalanya mula pening dan serabut.

"Yelah yelah!! Kita tukar! Tapi kali ni je ok! Aku nak kau hati-hati dan kalau ada apa-apa masalah kau tekan alat ni. Ini alat pengesan yang aku cipta sendiri. Benda ini akan bawa aku pada kau tak kira kau kat mana. Kau jangan suka-suka tekan pula. Aku libas kepala kau nanti." Arah Zakri tegas sambil memberi satu alat seperti alat kunci kereta yang sebesar tapak tangan. Zairi tersenyum lebar. Dipanjatnya badan adik kembarnya dan mencium pipi Zakri beberapa kali.
"Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada adikku sayang ini! Kaulah adik aku yang paling baik hati dan paling hebat! Aku bertuah ada adik macam kau! Aku janji lepas ni aku tak akan minta apa-apa lagi!" Zairi yang turun dari badan adiknya tersenyum bangga dan terharu. Air mata kegembiraan menitis apabila permintaannya ditunaikan.

****************************

"Kau bertahan abang! Aku akan selamatkan kau! Aku akan selamatkan kau!!" Zakri mencapai tangan abangnya yang cuba naik dari dalam gaung keatas. Dia tidak menyangka alat yang diciptanya berguna. Dia tiba dari rumah ke tempat kejadian selepas alat pengesan yang dipegangnya menyala terang ketika dia dalam perjalanan balik kerumah. Dia yang berada berdekatan cuba menghubungi abangnya yang ketika itu sedang bertengkar dengan Helmi. Zakri berlari sekuat hati dan tiba disaat Zairi bertarung nyawa seorang diri di tepi gaung. Manakala pelakunya sudah menghilangkan diri.

***************************

"Abang cuba untuk menuntut bela atas kematian Zairi. Sebelum abang jadi gila, abang dapat tahu yang Helmi ada masa abang Zairi jatuh gaung. Abang Zakri cuba minta penjelasan dari Helmi. Tapi tak sangka. Umur dia tak panjang. Helmi jatuh dari bangunan sekolah depan mata abang. Abang tak dapat terima kenyataan dan abang mengalami tekanan perasaan yang melampau. Abang hilang arah dan abang tak tahu apa yang perlu dibuat. Dengan gangguan dari arwah Helmi, abang jadi semakin gila. Tapi Allah sayangkan abang. Allah bagi abang peluang. Abang berubat dan abang sembuh sepenuhnya." Jelas Zairi AKA Zakri panjang lebar. Rina ternganga kerana tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh abangnya.

"Jadi.... ini abang Zairi....abang Zairi yang tinggalkan kami.. kenapa abang buat macam ni? Kenapa tak bagitahu kami? Kami ingatkan abang dah mati! Batu nisan yang akan kami bina nanti dah tertera nama abang Zakri! Kenapa tipu kami?" Tangisan Rina semakin kuat. Tidak menyangka mereka tersalah anggap dan tersalah orang selama ini.

"Abang minta maaf. Bukan abang sengaja buat macam tu. Masa berita tentang kematian Abang Zakri tersebar, mak dan ayah sedih sangat. Tapi kata-kata dari Mak buatkan abang nekad lakukan benda ni. Mak kata mak bersyukur Zairi masih hidup. Kerana Zairi adalah tunggak keluarga. Kebetulan semua orang menyangka yang abang Zakri adalah Zairi. Jadi abang perlu buat semua ni demi semua orang. Biarlah nama Zakri terkubur bersama Zairi. Abang akan bawa nama Zairi sampai abang mati nanti. Zairi atau Zakri sama sahaja." Cerita Zakri lebih teliti. Rina hanya merenung baju yang dipegangnya.

"Kau Zakri? Kau kawan aku yang aku anggap dah mati tu ke?" Kamal muncul dibelakang mereka. Masing-masing terkesima apabila terdengar penjelasan dari Zakri. Termasuklah Hariz yang mula menangis.

"Abang Zairi... saya cari abang tiga tahun. Saya cuba contact abang. Saya bersusah payah transfer kolej ni sebab nk jumpa abang Zairi. Tapi abang pergi dulu dari saya.. Saya akan doakan abang Zairi. Semoga abang tenang di sana." Hariz terkedu dan hanya mampu mengucapkan kata-kata itu seikhlas hati. Kamal menepuk belakang Hariz dan juga Zakri, kawan lamanya.

"Maafkan aku Kamal sebab buat-buat tak kenal kau. Aku terpaksa. Dan aku harap korang akan rahsiakan hal ni sampai bila-bila. Tolonglah jangan bagitahu siapa-siapa. Ini rahsia kita!" minta Zakri merayu.

"Kami akan rahsiakan. Tapi sampai bila? Lambat laun benda ini akan terbongkar juga." Balas Kamal.

"Kalau terbongkar pun, masa tu aku sudah bersedia." Zakri nekad dengan keputusannya untuk menyamar menjadi Zairi selagi mampu. Dia tidak mahu nama Zairi hilang dari hidup keluarganya dan juga dirinya.

"Saya dah telefon polis. Polis dah on the way kesini. Rasanya kita tunggu polis kat bawah je. Kat sini tak berapa selamat." Ajak Hariz. Zakri membuka sweaternya dan meletakkan tulang-tulang milik abangnya. Tengkorak abangnya dimasukkan kedalam baju secara berhati-hati. Rina melipat baju Zairi dan membawa turun ke tempat perhentian.

Tidak berapa lama kemudian, pihak polis tiba bersama-sama ambulans. Mereka diambil keterangan dan dirawat. Mereka di bawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan. Mayat Hani juga dibawa bersama untuk post mortem.

(Di dalam ambulans)

"Apa yang jadi pada Abidin?" satu pertanyaan dari Rina membuatkan Kamal memandang kearah Hariz.

"Bila kami hampir nak tangkap pembunuh tu, dia tiba-tiba je menjerit dan memekik macam orang gila. Dia macam lari dari sesuatu. Kami tak sempat nak selamatkan dia bila dia jatuh bukit. Kebetulan kat bawah bukit tu ada air sungai. Dia jatuh dalam sungai dan hilang. Kami tak tahulah dia hidup lagi atau dah mati. Kami harap dia matilah." Jelas Kamal. Hariz hanya mengangguk setuju.

"Biarlah dia. Semua ni dah jadi kes polis. Harap-harap semuanya selesai. Aku dah penat dah." Luah Zakri. Mereka menatap bungkusan baju yang mengandungi jenazah Zairi. Air mata mengiringi pemergian arwah Zairi. Perasan yang bercampur baur antara sedih dan gembira. Gembira kerana Zairi akhirnya ditemui. Sedih kerana akhirnya dapat mengetahui cara kematian Zairi yang hampir terkubur bersama pembunuhnya.

Ketika melalui satu kawasan, Zakri berpaling kebelakang untuk melihat suasana luar melalui tingkap. Zakri terlihat abang kembarnya berdiri di tepi jalan sambil melambai kearahnya. Senyuman yang dirindui oleh Zakri dapat dilihat di wajah pucat Zairi. Roh yang terperangkap akhirnya dapat pulang ketempat asalnya.

"Semoga kau tenang abang. Aku akan sentiasa ingat kau sampai aku menghembuskan nafas yang terakhir." Bisik hati Zakri. Roh Zairi hilang dari pandangan.

*************************

"Zakri, kau sayang aku tak? Aku sayang kau sebab kau separuh jiwa aku. Dan aku harap aku akan bersama-sama dengan kau sampai aku mati nanti. In shaa Allah.." ucap Zairi satu hari ketika bermain bersama Zakri sewaktu kecil.

"Aku pun sayang kau. Kau kan abang aku!" Zakri memeluk erat tubuh abangnya yang ketika itu masih panas.

***************************

(30 minit sebelum)
(Di lereng bukit)

"Kau pergi!! Pergi!! Aku tak salah!! Aku tak bunuh kau! Kau yang jatuh sendiri!" Cikgu Abidin dikunjungi oleh Roh Helmi.

"Kau bunuh aku! Kau bagi aku makan racun! Kau masukkan racun dalam air! Kau bunuh aku dan Hani! Dan kau akan terima balasannya!!" Roh Helmi semakin garang. Terlihat bayangan roh Hani berdekatan dengan abangnya. Helmi mendekati cikgu Abidin dan menyebabkan Cikgu Abidin terjatuh kebawah bukit dan tenggelam di dalam sungai. Kedengaran hilai tawa dari Helmi dan Hani yang bergema di dalam hutan simpan itu.

(Keesokan harinya)
(Di tanah perkuburan)

Jenazah Zairi telah selamat dikebumikan secara di tanah perkuburan berdekatan rumah mereka. Setelah dibacakan talkin, mereka yang ada berlalu dari situ. Kebanyakan mereka kelihatan hairan kerana tiada nama di batu nisan yang baru dibuat. Rina dan Zakri tidak mahu nama jenazah diukir. Dan sebabnya hanya mereka berdua yang tahu. Mak dan ayah hanya mengikut. Keluarga Hani juga mengambil keputusan untuk mengebumikan Hani di sebelah Zairi.

Zakri, Rina, Kamal dan Hariz sedang berteleku di atas tikar sambil membaca yasin. Setelah selesai, mereka bangun dan meninggalkan tempat yang akan menjadi rumah mereka itu nanti. Rina berhenti melangkah apabila merasakan seseorang sedang berjalan disebelahnya. Seorang lelaki yang memakai baju Melayu serba putih berjalan melintas di sebelah Rina. Rina menoleh sekilas. Senyuman yang dikenalinya. Seorang gadis muda juga muncul ditepi lelaki yang dilihat Rina.

"Selamat tinggal Rina. Ingat kami dalam doamu." Rina seperti mendengar kata-kata seseorang di telinganya.

"Hani.....?" Rina segera menoleh kebelakang. Kelihatan Hani dan Zairi sedang tersenyum kearahnya dan berjalan beriringan sebelum hilang dalam sekelip mata bersama angin yang bertiup. Bunga kemboja melayang-layang jatuh dipusara mereka. Rina tersenyum.

"Jangan bimbang. Kau akan aku ingat sampai bila-bila Hani.." Rina bermonolog sendirian.

Kereta mereka menyusuri jalan meninggalkan tanah perkuburan yang semakin hari semakin ramai penghuninya. Mungkin kita akan menjadi penghuni tetap di situ suatu hari nanti. Dan diharapkan kita mati dalam iman. In shaa Allah... Amin...

(TAMAT SEMUANYA)

Share this novel

Guest User
 
NovelPlus Premium

The best ads free experience