KENALAN BARU

Horror & Thriller Completed 6642

(Di rumah Zairi)

"Zairi nak kemana? Ada kelas ke hari ni?" Tanya Mak apabila melihat Zairi sudah siap berpakaian kemas dan membawa beg galasnya. Dipegang kunci kereta dan bergerak ke pintu. Disarungnya kasut tanpa bercakap.

"Ada hal sikit mak. Profesor call tadi. Katanya ada benda nak dibincangkan. Pasal assigment yang Zairi buat minggu lepas. Ada kesalahan. Jadi Zairi kena pergi jumpa Prof. Sekejap je mak. Nanti Zairi baliklah. Ubat Zairi dah makan. Mak jangan risau." Zairi bersalaman dengan maknya dan memasuki perut kereta. Dia melambaikan tangan kearah maknya dan tersenyum.

"Ya Allah... lindungilah anak-anakku.." ucap Mak berbisik.


Zairi mengambil telefonnya dan mencari nama seseorang. Apabila didail, nombor yang tertera tidak dapat bersambung. Zairi terus ke kolejnya untuk berjumpa profesor yang mengajarnya. Ketika dia melalui kawasan semak, satu bayangan melintas laju dihadapan kereta. Zairi yang menyedarinya tidak dapat mengelak dan memusingkan stereng kereta ingin mengelak. Keretanya berpusing-pusing diatas jalan raya kerana licin disebabkan hujan lebat sebentar tadi. Cuaca yang mendung dan gerimis memburukkan lagi keadaan.


Zairi cuba sedaya upaya menstabilkan kereta dengan menekan brek dan mengemaskan pegangan stereng kereta. Kedengaran bunyi tayar terseret di jalan. Akhirnya kereta dapat dihentikan dari merempuh pokok yang ada berhampiran. Asap kelihatan keluar dari tayar hadapan. Zairi keluar dari kereta dengan segera. Dia meneliti keretanya dan keadaan sekeliling. Jalan raya yang sunyi membuatkan keadaan menjadi Agak seram.

"Apa tadi tu? Nampak macam kain putih. Tapi.... macam orang.. Helmi ke....? Takkanlah... Kau nak kacau aku lagi ke Helmi?! Aku tak berhutang apa-apa lagi dengan kau! Apa yang kau nak dari aku?!!" marah Zairi tanpa arah. Keadaan senyap sunyi. Setelah reda, Zairi cuba menghidupkan keretanya. Dengan sekali putar, enjin kereta hidup. Zairi melepaskan nafas lega. Dia memasuki kereta dan menutup pintu kereta Agak kuat.


Sebaik sahaja dia memasukkan gear satu, satu tubuh berkain kapan berdiri di hadapan kereta. Helmi dengan wajah bertulang dan berulat menatap Zairi. Zairi yang masih dalam trauma hanya mendiamkan diri. Mereka berdua hanya merenung antara satu sama lain. Dengan tidak semena-mena, Helmi hilang. Dua buah kereta muncul dibelakang kereta Zairi.

"Encik tak apa-apa ke? Boleh saya tolong?" Seorang lelaki berusia awal 20-an muncul di sebelah tingkap pemandu dengan wajah risau.

"Tak.. Saya tak apa-apa. Terima kasih." balas Zairi lemah. Demamnya yang belum hilang semakin teruk.

"Encik nampak tak sihat ni. Tak apa! Saya tolong. Geng! Follow belakang!" Jerit remaja lelaki itu tanpa minta persetujuan dari Zairi. Mereka mengikut kereta Zairi dari belakang. "Encik nak kemana? Saya bawakan. Saya Hariz. Pelajar tahun pertama di Kolej Komuniti Kajang. Encik?" Kenal Remaja itu mesra.

"Saya Zairi. Rasanya kita belajar di tempat yang sama. Saya tahun kedua." Balas Zairi ringkas. Badannya mulai sejuk. Dia memeluk tubuh. Hariz hanya melihat dari tepi.


Kereta menyusur laju di jalan. Selepas sepuluh minit, mereka sampai ke destinasi. Zairi keluar dari perut kereta dan bersalaman dengan Hariz.

"Abang Zairi kalau nakkan bantuan bagitahu saya. Saya ada je kat kolej ni. Ini nombor telefon saya. Call je ok. Jaga diri abang. Muka pucat tu." Nasihat Hariz Agak bimbang. Zairi mengambil kad ditangan Hariz.

"Terima kasih sebab sudi tolong saya. Saya pergi dulu. Kalau ada masa kita jumpa lagi ya. Terima kasih." Zairi berlalu dari situ dengan senyuman kelat. Panas badan semakin meningkat. Zairi mengetuk pintu bilik profesor yang ingin dijumpai. Pintu dibuka perlahan.

(Di tapak perkhemahan)
(Pukul 12.30 tengari)

"Kesemua pelajar diminta kedewan sebelah untuk makan tengahari. Nampaknya aktiviti akan dihentikan sehingga hujan berhenti. Jadi selepas makan, pergi ke khemah masing-masing. Duduk disitu jangan pergi mana-mana. Kalau ada apa-apa masalah, bagitahu mana-mana cikgu pengiring kamu semua. Faham?!" ketua guru memberi arahan dengan menggunakan mic yang disediakan.

"Faham cikgu!!" balas semua pelajar yang berada disitu. Mereka mula bergerak kedewan sebelah untuk mengisi perut.

"Rina, aku ingat kan aku nak masuk hutan kat belakang bukit sana. Kau nak ikut tak?" ajak Hani tanpa risau. Rina tersedak.

"Apa?! Kau ni bodoh ke apa? Cari penyakit betullah kau ni! Bahaya tau keluar dalam keadaan hujan lebat ni. Apa-apa jadi nanti macammana?" Rina cuba menyembunyikan suaranya.

"Ala... sekejap je. Bukan lama pun. Aku nak cari ketenangan dalam hutan. Nak ikut tak?" desak Hani dengan mata yang bersinar-sinar.

"Kau gila ke? Taknak aku! Kau nak pergi sangat kau pergilah sorang!" bantah Rina sambil menyudahkan makanannya. Hani mencebik. Dia bangun dan meninggalkan Rina yang masih terpinga-pinga. "Bodoh ke apa?" Ejek Rina didalam hati.

(Di kolej)


Selepas beberapa jam, Zairi keluar dari bilik profesor Idrus. Dia cuba bertahan selama mungkin. Demam makin kuat. Suhu badan bersilih ganti. Zairi cuba bertenang. Dia berjalan ke keretanya. Kelihatan Hariz sedang menunggu.

"Apa yang awak buat kat sini? Bukan ke awak ada kelas?" tanya Zairi hairan. Hariz hanya tersenyum.

"Saya risaukan abang. Tadi saya tengok abang tak sihat. Jadi saya nak pastikan abang selamat je. Nak saya bawakan ke klinik ke? Saya boleh pandu kereta." Hariz menawarkan khidmat masyarakat. Zairi ketawa kecil. Kunci kereta dilemparkan ke arah Hariz. Walaupun baru bertemu, Zairi tiada pilihan kecuali mengharapkan bantuan dari Hariz kerana dirinya sudah tidak mampu untuk membawa kereta.

"Pergi mana ni abang Zairi? Alamat rumah ada tak? Ke nak pergi klinik je?" Hariz memandu perlahan keluar dari kawasan kolej. Zairi memberi kad namanya. Tertera alamat rumahnya di atas kad. Hariz dapat mengagak apa yang dinginkan oleh Zairi. Hariz memandu pergi.

(Di tapak perkhemahan)
(Pukul 4 petang)


Akhirnya hujan berhenti. Tetapi Hani menghilangkan diri. Rina cuba mencarinya dimerata tempat tetapi gagal. Dia cuba menyembunyikan kehilangan Hani kerana dia tahu jika diketahui oleh guru-guru lain, Hani akan dikenakan tindakan disiplin. Rina menunggu didalam khemah dan cuba berfikir dimana Hani akan pergi dalam keadaan hujan lebat.

"Rumah kosong tu! Dia kesana ke? Tapi kenapa dia nak keluar time hujan lebat? Apa yang dia cari?" Rina makin buntu. Dia mengambil keputusan untuk mencari di rumah kosong yang dilihatnya semalam. Dia menyelinap masuk kedalam hutan sambil mengingati jalan yang menuju ke arah rumah berkenaan. Rina tidak mempedulikan gangguan dari penghuni hutan. Asalkan Hani dapat dibawa masuk semula ke kem.

"Mana Hani ni? Kalau lambat matilah. Mesti cikgu cari. Apa aku nak jawab nanti kalau dia masih tak muncul?" Rina melilau seorang diri.


Satu suara menghentikan langkah Rina. Rina segera bersembunyi. Muncul Hani dan cikgu Abidin di sebalik semak. Mereka ketawa bersama-sama. Mereka teramat mesra dan bertepuk tampar. Rina amat terkejut dengan apa yang dilihat. Hatinya memberontak ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi tetapi satu suara menyekatnya.

"Sabar... segalanya pasti akan terbongkar.." Suara yang jelas kedengaran di telinga Rina namun tidak berjasad membuatkan bulu roma Rina naik mendadak. Suara yang seperti pernah didengar itu hilang di saat Hani dan Cikgu Abidin hilang dari pandangan. Rina keluar dari hutan perlahan-lahan. Dia harus tiba di khemahnya sebelum Hani. Satu bayang samar-samar terlihat disebalik rumah kosong. Seperti menanti seseorang.

(Di khemah Rina dan Hani)

"Nasib baik aku sempat sampai. Fuh! Lega.. tapi kan.. apa hubungan Hani dengan cikgu Abidin? Apa yang diorang buat dalam hutan tu? Aku betul-betul hairan. Ini mesti ada benda yang aku tak tahu." Rina semakin keliru dengan apa yang dilihat.

"Hai Rina!! Dah lama tunggu aku?" Hani muncul. secara mengejut dari belakang Rina.

"Hoi!! Terkejut aku! Kau kemana hah?! Dah puas aku cari kau tapi tak jumpa! Kau pergi mana?!" Rina cuba menyembunyikan apa yang difikirkan dan berlagak seperti biasa.

"Ala.... kau ni. Aku jalan-jalan je. Janganlah risau. Aku pandai jaga diri aku! Aku bukan budak kecik!" ujar Hani rimas dengan bebelan Rina. Dia mengambil sesuatu dari dalam beg dan keluar dari khemah.

(TAMAT BAB 5)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience