PENYELAMAT

Horror & Thriller Completed 6642

(Di jalan raya)


Zairi memberhentikan kenderaan di tepi jalan sunyi dan mengambil telefon pintarnya. Zairi cuba menelefon cikgu Abidin untuk bertanyakan tentang kemalangan yang menimpa kembarnya. Dia dapat merasakan cikgu Abidin ada kaitan dengan kemalangan yang terjadi.

"Mana orang tua ni? Dari semalam tak dapat call langsung. Susah payah aku cari nombor dia. Tak guna kalau tak dapat cakap. Jawablah! Apasal asyik tak dapat ni? Mana dia pergi?" Zairi menekan nombor telefon cikgu Abidin beberapa kali. Dicuba dan dicuba lagi. tetapi masih tidak bersambung. Fikiran Zairi mulai bercelaru. Dia mulai membayangkan sesuatu yang tidak elok. Kelibat kain putih berlegar-legar tidak jauh dari kereta Zairi. Ketika kereta membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan pagar rumahnya, kelibat putih seolah pocong menjelma di hadapan keretanya. Zairi berhenti secara mengejut.


Helmi berdiri tegak tanpa bersuara. Darah mengalir dari wajahnya. Bau kemenyan dan hanyir memburukkan keadaan.

"Sampai bila aku kena hadap semua ni? Bayangan ni... jelmaan Helmi setiap hari datang ganggu aku. Sampai bila? Semakin aku lari, semakin dia dekat. Betul apa yang doktor Shah bagitahu. Aku sendiri kena hilangkan semua ilusi dan rasa serba salah aku pada dia. Kalau tak, sampai bila-bila pun Helmi tak akan tenang. Dan aku juga.." Zairi memberi kata putus. Dia perlu selesaikan masalah ini sendiri. Zairi keluar dari kereta. Kali ini tiada ketakutan dalam dirinya. Dia perlu berhadapan dengan halusinasi yang diciptakan sendiri dan hapuskannya sama sekali. Dan dia berharap gangguan ini akan berhenti.

"Dah dahlah Helmi. Aku dah penat lari dari kau. Apa yang kau nak lagi? Bukan aku yang bunuh kau! Kau yang jatuh sendiri dari bangunan. Kau bunuh diri sebab takut tertangkap. Kau bunuh diri Helmi! Kalau kau rasa aku yang bersalah dalam hal ni, aku minta maaf Helmi. Aku tak berniat untuk buat kau macam ni. Aku cuma nak cari keadilan untuk kembar aku. Aku perlu cari
jasad dia. Aku mesti cari dia Helmi. Walaupun kehujung nyawa aku sekalipun, aku sanggup Helmi. Aku minta maaf Helmi. Aku minta maaf sangat-sangat. Dan kau tolonglah balik ke tempat asal kau..." Zairi merayu dan menjatuhkan egonya. Dia berharap jelmaan Helmi tidak lagi menganggunya buat selama-lamanya. Zairi cuba berbicara dengan Helmi walaupun dia tahu Helmi tidak dapat memahaminya. Satu botol air mineral terpelanting jatuh ke kaki Zairi. Zairi mengutipnya dengan wajah kehairanan.

"Cari Abidin... dia tahu...cari dia..." Kali ini wajah Helmi tidak menakutkannya. Bahkan Helmi menunjukkan wajah sedih. Dia cuba menyampaikan satu pesanan pada Zairi. Nama Abidin keluar dari mulut tengkorak Helmi. Selepas itu Helmi hilang dari pandangan mata Zairi. Zairi menarik nafas lega.

(Di kolej)

"Jadinya abang Kamal dah memang kenal abang Zakri sejak dulu? Dan abang pelik dengan Zairi sebab perangai Zairi macam Zakri?" Hurai Hariz sambil tangan di dagu. "Abang ingat ni cerita misteri nusantara? Memanglah perangai diorang sama! Namapun kembar! Aduyai...." Hariz menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Oi budak! Cuba kau fikir? Aku kenal Zakri sejak sekolah. Aku kenal perangai dan tingkah laku dia. Tapi bila aku jumpa Zairi kat sini, aku ingatkan Zairi tu Zakri. Sebab perangai diorang sama sangat! macam orang yang sama! Kau faham tak maksud aku ni? Macam Zairi tu adalah Zakri. Macam kes kau! Zairi tak kenal kau. Alasannya kau dengan dia cuma kenal dua bulan. Mustahillah kenal dua bulan dah lupa. Tak pelik ke tu?" Cerita Kamal sambil menghirup air mineral dengan straw. Hariz mula membuat mimik muka konon tengah berfikir. Kening dinaikkan sebelah. Jari i dagu.

"Em....... em...... mungkinkah.... em... mungkinkah.... betul ke?" Hariz merenung cermin kereta.

"Betullah kot. Sebab bila abang tanya banyak pasal Zakri, dia boleh jawab semua soalan abang. Bila tanya pasal Zairi, dia jawab sikit je." Kamal memberi buah fikirannya lagi. Kali ini Hariz terdiam dan hanya mampu berfikir.

"Senang cerita kan. Kita pergi jumpa Zairi sendiri. Tanya dia semua persoalan kita tu. Lagi Bagus dari kita buat konklusi sendiri tanpa bukti kukuh. Jom pergi rumah dia. Jom!" Ajak Hariz sambil memakai tali pinggang keledar.

"Pergi sekarang ke? Kau macammana? Nanti warden mengamuk baru tahu." bantah Kamal. Dia menghidupkan enjin kereta.

"Tak apa. Nanti pandailah saya tipu warden tu. Jom!!" Ajak Hariz teruja. Kamal mengikut kata-kata adik sepupunya yang agak gila2.

(Di rumah Zairi)


Zairi meletakkan kereta di bawah tempat letak kereta berdekatan tangga rumahnya. Ketika menaiki tangga, Zairi dapat mendengar suara ayah dan maknya sedang berbual. Dia ingin memberi salam tetapi terdiam selepas mendengar perkataan Zakri keluar dari mulut ayahnya.

"Ayahnya.. saya risau ni. Hari ni saya cuba telefon Rina tapi tak dapat. Tadi pun saya cuba telefon dia lagi. Tapi masih tak dapat. Macammana ni bang? Saya risau ni. Dahlah Rina pergi berkhemah kat tempat Zakri hilang dulu. Saya bimbang sangat ni!" Maknya meluahkan kerisauan mengenai anak perempuan tunggal yang masih tiada khabar berita.

"Emaknya.. janganlah bimbang. Abang pasti Rina selamat. Dia takkan apa-apa. Kalau dia masih tak telefon esok, saya akan bagitahu guru besar. Tak pun saya report polis terus. Janganlah risau sangat. Doakan yang baik-baik. Doakan semoga dia selamat." Pujuk ayah Zairi sambil menghisap rokok Dunhillnya. Zairi yang berada di bawah tergamam. Dia ditipu oleh keluarganya sendiri.

"Mak! Ayah!" Tanpa memberi salam, Zairi menerjah masuk kedalam rumah. Mak dan ayah terdiam dan tidak menyangka Zairi berada disitu.

"Zairi! Bila kamu balik?" Mak cuba menenangkan Zairi.

"Mak dan ayah sanggup tipu Zairi. Sanggup berbohong mengatakan adik berkhemah dekat sini. Berkhemah kat tempat selamat. Bohong semua tu! Yang sebenarnya adik pergi ikut perkhemahan di tempat pembunuhan tu! Berapa kali Zairi larang dia pergi sana mak? Berapa kali Zairi larang keluarga ni dari jejakkan kaki ke tempat berpuaka tu?! Berapa kali?!! Kenapa tak ada siapa yang cuba dengar kata-kata Zairi? Sekarang adik dah hilang! Tak tahu khabar berita dia kat sana. Bukan dekat mak, ayah! Jauh ke hulu sana! Tempat tu bahaya! Kenapa degil?!" Zairi tidak dapat menahan amarahnya lagi.Dia tidak menduga adiknya akan pergi ke sana tanpa pengetahuannya. Dan dia tidak menyangka Rina hilang. Baru sahaja masalah Helmi selesai, sekarang tambah lagi masalah lain.

"Sabar Zairi. Ayah rasa Rina selamat. Lagipun cikgu kamu ada kat sana. Dia dah janji akan jaga keselamatan adik kamu. Kamu kena percayakan dia. Kamu kenal cikgu kamu kan?" Ayahnya cuba memberi penjelasan. Ditepuk belakang anaknya.

"Cikgu? cikgu mana?" Zairi semakin pelik. Wajah mak dan ayah ditenung bersilih ganti.

"Cikgu Abidin. Dia pun ikut bersama dalam perkhemahan tu. Sebelum mereka pergi berkhemah, cikgu Abidin pernah datang kesini. Katanya baru berpindah ke sekolah lama kamu. Dia bertanyakan pasal keadaan kamu dan Rina. Ada juga dia tanya pasal arwah Zakri. Ada tak kita jumpa jenazah Zakri. Mak beritahu hal sebenar sebab dia cikgu lama kamu." Mak menjawab panjang lebar. Serta merta wajah Zairi berubah. Kemerahan menahan marah. Dia berlari masuk kedalam bilik dan membuka beg galasnya. Dia menyedari alat pengesan yang diletakkan di atas meja kerjanya menyala terang.

"Rina!!" Zairi mengemas beg dengan memasukkan barang-barang untuk mencari kedudukan sebenar adiknya. Dia bergegas keluar dari rumah tanpa menoleh kebelakang lagi.

"Zairi!! Kamu nak kemana?! Zairi!!" Panggil Mak kuat.

"Doakan kami selamat mak, ayah! Saya akan bawa adik balik kerumah dengan selamat. In shaa Allah.." Ucap Zairi sayu. Dia harap dia sempat berjumpa dengan adiknya Rina.

(Di suatu tempat)

"Apa yang abang buat ni? Kenapa bawa dia datang sini?!" Rina dapat mendengar suara seseorang yang amat dikenalinya.

"Habis tu takkan nak biarkan dia bagitahu polis apa yang kita buat?! Memang sah-sah dia dengar perbualan kita tadi. Kalau tak, kenapa dia boleh ada dalam hutan ni? Fikirlah sikit. Awak juga paksa saya selesaikan perkara ni kan? Sekarang saya tengah usaha supaya rahsia kita tetap tersimpan!" Balas suara lelaki. Rina tersedar dari pengsan. Dia melihat manusia yang berada di hadapannya. Lampu minyak tanah dinyalakan tidak jauh dari tempat dia di rantai.

"Hani...? cikgu Abidin...? Apa yang jadi? Korang buat apa ni?" Rina akhirnya dapat melihat siapa sebenarnya manusia yang menculiknya. Hani tidak mengendahkan kata-kata Rina.

"Habis tu nak letak budak ni kat sini? Kita nak buat apa? Bunuh dia macam kita bunuh abang dia dulu ke? Aku taknak terlibat lagi! Dah banyak jenayah yang kita buat. Aku taknak rasa bersalah aku ni buat aku jadi gila!" Hani mula memberontak.

"Setakat tambah seorang lagi, tak ada bezanya pun. Kalau kena tangkap tetap terima hukuman sama walau banyak mana pun kita bunuh orang. Tak ada beza pun!" balas cikgu Abidin tersenyum sinis. Hani tersentak.

"Apa yang kau cakap ni?! Aku taknak bunuh orang lagi! Kau faham tak?! Kalau kau tetap nak bunuh Rina, buatlah sorang-sorang! Aku taknak masuk campur!" Hani berlari keluar dari rumah. Cikgu Abidin mengejarnya. Mereka bertengkar. Dapat didengar suara Hani menengking kekasihnya.


Rina melihat keadaan sekeliling. Matanya terpaku pada satu bilik dengan pintu sedikit terbuka. Satu baju kelihatan di lantai. Rina cuba bergerak tetapi rantai yang mengikatnya membuatkannya tidak dapat bergerak kehadapan. Dengan keadaan yang agak samar, sukar untuknya meneka apa yang ada di dalam bilik itu.

"Tolonglah faham.. Saya akan cuba lakukan yang termampu. Saya takkan libatkan awak dalam hal ni ok. Tapi saya nak awak jangan bocorkan rahsia ni. Ini rahsia kita berdua ok! Saya sayangkan awak. Saya akan pastikan awak selamat. Saya janji!" Pujuk cikgu Abidin lemah lembut sambil membelai wajah Hani. Hani tergoda dengan pujukan cikgu Abidin. Rina memandang penuh kebencian.

"Apa yang kau nak buat dengan aku hah?!! Lepaskan aku! Aku akan pastikan korang berdua meringkuk dalam penjara! Aku pasti akan buat korang menyesal atas apa yang korang buat pada abang aku!!" Rina melepaskan marahnya yang semakin membara. Cikgu Abidin pergi kearah Rina dan menamparnya sekuat hati. Rina tersungkur ketanah.

"Kau ingat kau akan dapat lepas ke? Aku akan pastikan kau dapat jumpa abang kau kat alam sana nanti. Kau tunggu giliran kau." Ugut Cikgu Abidin. Rina bangun perlahan-lahan. Diludahnya muka Cikgu Abidin semasa cikgu Abidin duduk berhadapan dengannya.

"Kau ingat aku takut?!! Aku lebih takut pada Allah dari manusia terkutuk macam kaulah! Aku kesiankan mak ayah korang. Sebab ada anak bodoh macam korang!!!" Jerit Rina sekuat hati. Hani datang dan menampar lagi pipi gebu Rina.

"Kau jangan nak cakap ikut sedap mulut! Kalau bukan sebab abang kau, kitaorang takkan ada dalam situasi ni! Semua salah abang kau! Memang patut dia mati jatuh gaung!!" Hani menambah minyak di dalam hati Rina yang sedang terbakar. Rina cuba menerkam Hani tetapi tersekat apabila rantai yang mengikat tangannya menghalang.

"Kalau aku tak terikat, dah lama aku bunuh korang! Dah lama korang tersungkur kat tanah! Gila!! Dan kau Hani! Aku tak sangka kau sanggup buat kawan kau macam ni hanya semata-mata sebab jantan bodoh ni! Kau ingat jantan ni ada hati kat kau ke?! Dia cuma nak pakai kau je! Dia dah kahwinlah!! Dia jumpa mak aku sebelum datang sini! Dia sendiri bagitahu yang dia dah kahwin! Kau percaya sangat dengan jantan tak guna ni!! Kau akan menyesal Hani!" Maki Rina hilang sabar. Hani mengetap gigi dan merenung tajam kekasih hatinya.

"Kan abang dah cakap kat sayang yang abang akan ceraikan isteri abang tu. Dia pilihan keluarga. Abang bukan suka pun dengan isteri abang tu. Percayalah Hani. Hanya Hani je perempuan istimewa yang ada di dalam hati abang. Jangan terpengaruh dengan kata-kata Rina ni." Pujuk cikgu Abidin sedaya upaya. Wajah Hani berubah sedikit. Namun keningnya masih berkerut.

"Betul ni? Abang janji akan ceraikan bini abang tu? Selesai je masalah ni, abang kena hantar rombongan meminang tau. Sayang betul-betul nak kahwin dengan abang. Sayang cintakan abang sangat-sangat." Hani seperti orang hilang akal bermain kata-kata dengan ayat romantiknya. Rina hampir termuntah mendengarnya. Cikgu Abidin hanya mengangguk dan tersenyum. Dipeluknya Hani seeratnya.

"Abang nak keluar jap. Abang nak kena kelentong ketua guru pasal Hani dan Rina. Tunggu ya." Cikgu Abidin keluar dari rumah. Hani duduk di lantai tidak jauh dari Rina.

"Kenapa kau boleh jadi macam ni Hani? Dulu kau baik, sopan santun. Kau kawan terbaik aku! Tapi kenapa sekarang kau jadi macam ni? Tolonglah kembalikan kawan baik aku yang dulu. Aku sayangkan kawan baik aku tu! Hani!! Ingat Allah Hani! Allah Maha Pengampun! Berubahlah..." nasihat Rina cuba menolong kawan baiknya menjadi seperti dulu.

"Rina.... hidup aku bukan macam empat tahun lepas. Selepas aku jumpa dengan Abidin, aku dapat rasa kasih sayang seorang lelaki yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Dia bagi aku segala-galanya! Dia penuhi segala permintaan aku. Aku bahagia bersama dia. Aku bahagia macam ni. Kau jangan nak cuba pujuk aku! Aku sayangkan dia!" Bantah Hani tegas. Rina menunduk kelantai. Dia menangis selepas mendengar kata-kata kawan baiknya itu. Ditahan sebak dan bertenang.

"Hani, kau ingat lagi tak peristiwa masa kita tingkatan 3? Masa kita kena buli dengan senior tingkatan 6? Kau marah diorang masa diorang paksa kita cuci pakaian diorang masa kat asrama? Sampai kita kena pukul. Aku ingat lagi... Kau pertahankan aku masa Kak Jenny cuba nak pukul aku dengan baldi. Ingat tak? Yang kelakarnya kau sempat lempar serbuk sabun yang dalam kotak tepat kat muka Jenny! Habis muka dia!" Rina cuba mengimbau kenangannya bersama Hani ketika di asrama. Ketika mereka mula-mula kenal. Hani yang mendengar tersenyum sedikit.

"Aku ingat....." Hani cuba membuka hatinya sedikit. Strategi Rina menjadi.

"Yang paling kelakar sekali.. masa kau jatuh longkang sampai terselak kain! Masa tu kau nak kejar kucing yang curi ikan kau time rehat kat belakang sekolah. Kau ingat betapa kotornya baju kau dan muka kau? Air longkang busuk... Aku tak boleh lupa peristiwa tu..." Rina mencuba lagi. Kali ni Hani tergelak. Rina semakin yakin dapat melepaskan diri dan kembalikan Hani seperti dulu.

"Yang tu kelakar! Sakit tu jatuh longkang! Yang kau pula gelakkan aku. Bukan nak tolong." Hani termakan umpan.

"Aku tolong ok! Lepas kau jatuhlah! Haha! dan..... selepas beberapa bulan.... ayah kau meninggal.. Kau ingat lagi tak pesan ayah kau sebelum dia sakit dan meninggal..?" Rina cuba memujuk lagi. Secara psikologi. Kali ini wajah Hani berubah mendadak. Air mata mula mengenang. Dua tiga titik menitis. Di lap laju sambil memalingkan muka keluar tingkap yang usang. "Hani... kau tak apa-apa ke?" Rina memanggil dengan suara lembut.

"Aku..... rindukan ayah aku... Dia je tempat aku mengadu Rina. Mak aku langsung tak pedulikan aku sejak dia kahwin lain dengan jantan tak guna tu. Adik-adik aku semua dia angkut kata nak jagalah konon. Tapi aku ni dia letakkan kat asrama sekolah sebab aku bebankan dia! Arwah ayah aku pula suruh aku jaga mak aku tu! Buat apa?! Dia bukan mak aku yang betul pun! Aku anak tiri dia je! Bajet bagus!!" Luah Hani yang masih berdendam dengan ibu tirinya. Rina mendekati Hani.

"Hani, mak kita tak semestinya yang mengandungkan kita.. yang menyusukan kita.. Macam family aku. Mak aku tu pun bukan mak kandung aku. Cuma mak tiri je. Tapi mak sayang sangat kat aku dan abang-abang aku. Kami cuma perlu saling memahami je. Dan yang paling penting saling menghormati. Kau faham kan? Masa depan kau jauh lagi Hani. Jangan hancurkan masa depan kau dengan title yang kau dan orang lain tak suka. Banduan... Bertaubatlah Hani. Masih belum terlambat. Aku taknak kau susah." Sesi pujuk memujuk berpanjangan. Hani semakin tersangkut dalam mainan pancing Rina. Rina begitu tahu perangai Hani yang mudah jatuh cinta dan mudah beralih arah. Macam lalang. Cuma perlu sedikit usaha tanpa gangguan dari luar. Hani termenung lagi. Kali ini renungannya ada makna.

"Rina..... sebenarnya aku, abang aku Helmi dan Abidin yang tolak abang kau dari atas gaung. Dia tertengok aku tengah... em... dengan Abidin dalam hutan ni dua tahun lepas. Dia cuba nak bocorkan rahsia. Kebetulan abang aku ada sekali. Dia yang jaga line untuk kitaorang sebab nakkan duit dari Abidin. Dia tangkap abang kau dan bawa jumpa aku dan Abidin. Kami cuba rasuah abang kau tapi gagal. Pendirian abang kau kuat dan iman dia juga teguh. Tapi abang kau sempat lari sampai ke atas bukit. Ada gaung berdekatan." Hani membocorkan rahsia.

*************************

"Kami akan bagi kau apa saja yang kau nak! Kami janji! Tapi kami nak kau rahsiakan hal kami!" cikgu Abidin cuba merasuah.

"Tak mungkin!! Aku takkan bersubahat dengan korang! Apa yang korang buat ni semuanya salah!! Bukan setakat di sisi agama! Malah masyarakat! Tugas cikgu untuk lindungi anak muridnya. Tapi apa yang cikgu buat sekarang salah di sisi undang-undang sekolah! Lagipun Hani bawah umur. Takkan itupun cikgu tak tahu!!" marah 'Zakri' serius.

"Sebab tu saya minta awak tolong rahsiakan hal ni. Masa depan kami di tangan awak! Tolonglah!" desak Cikgu Abidin. Helmi dan Hani semakin risau.

"Taknak!!" tegas 'Zakri'. Helmi mencengkam kolar baju musuhnya.

"Hei budak!! Kau memang nak cari nahas kan! Kau nak mati ke? Baik kau bekerjasama dengan kami atau kau nak mati?!" gesa Helmi. Hani cuba menghalang abangnya yang sememangnya seorang gangster.

"Kau ingat aku takut!! Aku lebih takutkan Allah S.W.T dari kau manusia keji!" Balas 'Zakri' tetap dengan pendiriannya. Helmi mengeluarkan sebilah pisau rambo di belakang baju.

"Kau nak buat apa ni Helmi? Jangan jadi bodohlah! Kau nak bunuh orang ke?!" Marah Hani cuba berebut pisau dari tangan Helmi.

"Diamlah!! Sebab kau, aku kena bawak benda ni! Sebab kau dengan orang tua bodoh ni, aku terpaksa jadi lembu ikut cakap korang! Nak aku buat kerja kan? Ni lah kerja aku! Tepi!" Helmi meluru kearah 'Zakri' namun dihalang oleh cikgu Abidin.

"Helmi! Jangan buat hal!" Cikgu Abidin cuba merampas pisau berkenaan. Mereka bergelut. 'Zakri' cuba mencari peluang untuk melarikan diri. Disaat kaki melangkah menjauhkan diri dari mereka, Satu tangan menolak kuat badan 'Zakri' kebelakang hingga kakinya tidak menyentuh tanah. Badan 'Zakri' mula melayang jatuh.

"Argh!!!!!" Jeritan 'Zakri' memenuhi ruang dan sudut didalam hutan itu. Hani dan yang lain tergamam dan terkelu disaat badan 'Zakri' hilang dari pandangan. Suasana yang suram dan hampir gelap menambahkan ketakutan mereka.

"Kita dah bunuh dia! Kita dah bunuh dia! Lari! Kita lari jom!!" Hani menarik tangan cikgu Abidin dan Helmi. Mereka mula berlari meninggalkan tempat kejadian sekelip mata.


Dari dalam semak, muncul seseorang yang seiras dengan 'Zakri' dan cuba menolong tanpa disedari oleh Hani, Helmi dan Cikgu Abidin. Tangan dihulurkan untuk menyelamatkan manusia yang sedang tergantung di tepi gaung itu.

(TAMAT BAB 7)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience