* TEMANKAN*
Tepat jam 9 malam, lampu kafe itu terus tertutup dan para staf yang bekerja di situ masing-masing berpisah haluan setelah pamit meminta diri pada bos dan sesama rakan sekerja yang lain.
Orang pertama yang nak sangat pergi dari situ itu sudah pun berpaling sebelum yang lain berpaling. Bukannya apa, dia cuma tak nak dengar....
"Reeya jom keluar makan sama nak tak.." ajak Reeya.
Damn it!
Ingatkan dah terlepas tadi!
Tertangkap jugak!
Sh**!
Reeya memejam mata kegeraman, itulah perkara yang dia tidak mahu berlaku. Selalu dia terkena kalau keluar dengan Amanda. Sudah la makan banyak-banyak, mahal-mahal pulak tu..nanti bila masa nak bayar tahu pulak cakap duit tak cukuplah, lupa bawak dompetlah apa lah. Ada saja alasannya. Dia tidak berkira sangat dengan duit, tapi masalahnya kalau selalu kena siapa je yang tahan. Bukannya dia ni jenis suka minta duit bapak sendiri. Dia pakai duit dia sendiri kut!
"Oh..aku ada hal. Lain kali jer lah ya.."tolak Reeya pada masa itu telefonnya berdering minta di angkat. Oh yes! "Hah, ada apa?"jawab Reeya serta merta selepas mencapai telelon dari poket seluarnya. Dia menarik senyuman plastik ke arah Amanda sebelum air mukanya berubah mencerun kerana panggil tu. "Siapa?"tegasnya memegang kuat telefon tu.
Amanda berdiri di situ memerhati Reeya dengan kening berkerut tidak faham.
"Mana mereka sekarang?"tanya Reeya dengan muka tidak puas hati. Dia jalan mendekat ke tepi jalan. Ingin menahan teksi yang lalu lalang di situ. "Sekejap..saya ke sana sekarang..."balas Reeya selepas sebuah teksi berhenti di depannya. Dia membuka pintu teksi tersebelum memandang ke arah Amanda." Jumpa esok...bye. Sorry ya sebab tak dapat makan sama..."lambai Reeya sebaik masuk ke dalam kereta.
Amanda yang lihat membalas lambaian itu ketika teksi tersebut bergerak maju ke depan.
Selepas pemanduan selama 20 minit teksi yang membawa Reeya berhenti di depan sebuah bangunan yang berlampu kelip-kelip. Orang sibuk keluar masuk dari bangunan tersebut. Ada yang ketawa terbahak-bahak, ada yang terhuyung hayang hendak tumbang. Ada yang di pimpin keluar dengan rakan sendiri sambil meraung menangis seperti nak satu kawasan tu dengar suaranya.
Setelah Reeya keluar dari teksi, dia terus mengerling ke kanan dan kiri. Mencari kelibat orang yang dikehendaki!
Apa la nak jadi dengan mereka ni!
Tak menyakitkan hati dia, menyusahkan dia!
Masalah...masalah!
Keluhan letih dilepaskan setelah dia melihat tiga orang jejaka duduk di bangku dengan kepala masing-masing terlentok ke kanan dalam satu arah. Seseorang berdiri di situ tunduk memandang telefon. Mahu tak mahu Reeya menghampiri bangku itu.
"Macam mana awak boleh bersama dengan mereka Keith?"tegur Reeya selepas mendekat. Dia tunduk memeriksa Rain, Zen dan Noah di situ.
"Gosh...!"hidung Reeya berkerut sebaik menghidu bau tiga orang itu. Busuk dengan bau peluh, minyak wangi dan minuman mereka. Berapa banyak mereka bertiga ni telah minum?
"Rain yang ajak aku masa kita orang bertembung dekat tempat parkir kereta tadi. Rain terutamanya...Nampak frust. Aku pun setuju la ikut dia orang...tak tahu pulak teruk macam ni"jelas Keith.
"Hei...boleh bangun tak ni?"kejut Reeya setiap seorang di situ. "Dah tu kenapa awak tak bawa mereka pulang terus?"tanya dia cuba tarik Rain bangun dari tersondong di bangku itu. Tapi bertanya ya ampun!
"Aku bawak kereta...dia orang pun ada bawak kereta. Aku tak boleh biarkan kereta dia orang tersadai. Tu aku call kau.."jelas Keith semasa mendekati Reeya. Hendak bantu gadis tu.
Rain di tengah-tengah Zen dan Noah tersentak bangun. Mata mamai dia berkedip-kedip beberapa kali sebelum bertemu mata dengan Reeya. "Hei sissy!"sengihnya saat dia membuka mata sebelum menghulur tangan untuk memeluk Reeya. "My lovely little sissy.."ngigau dia.
Keith pandang ke Reeya. "Rain menangis banyak sepanjang masa kita orang minum...kau tahu?"
Dengusan kecil kedengaran dari Reeya. "Tak terkejut!Dia selalu macam ni kalau sedih... dan awak..kenapa tak halang mereka?"
"Mereka nampak macam stress sangat...aku tengok kesian tu yang-"
Haih!Reeya mengeluh. "Dah tolong saya angkat mereka ke kereta sekarang.." tunduk dia semasa mengocek pakaian Rain. Cuba cari kunci kereta dari situ.
"Abang kau cakap dia sedih sebab tak dapat nak bantu kau.."beritahu Keith sambil bawa tangan Rain ke atas bahunya. Berdiri sahaja Rain, dia pegang depan badan tu untuk menyokong. "Kau buat hal dekat kampus hari ni..yang mana buatkan dia risau separuh mati."
Reeya yang menopang lengan Rain sebelah lagi gunakan tangan dia yang bebas untuk buka pintu kereta. "Salah Jacquin yang mulakan dulu...saya cuma pertahan diri saya aje.."jelasnya apabila Keith masukkan Rain ke seat belakang tu dan pasangkan seatbelt untuk lelaki tu.
Dan bila mereka berdua selesai mengambil Zen dan Noah berada, Keith tiba-tiba muncul depan Reeya. Menghadang gadis tu.
Reeya membutang mata terkejut. Dia pandang seketika muka Keith di depannya. "Kenapa?"
"Kau buat semua ni sebab marahkan aku ke?tentang artikel tu?"tanya Keith.
Soalan Keith buatkan dia teringat akan perbualannya dengan Rain siang tadi. Mereka semua tahu mereka bersalah pada dia. Tapi tiada seorang pun cuba nak meminta maaf.
"Aku dah handle Jacquin dan semua video tu. Kau suka atau tak...kes kau di gugurkan dari Majlis Pelajar. Jadi kau takkan dikenakan tindakan."beritahu Keith lagi. "Dan apa yang Rain cakapkan pada kau siang tadi aku harap kau pertimbangkannya. Bukan semua perkara yang dah terjadi patut kita ingat. kadang kala lebih baik tak tahu daripada tahu.."
Sambil menahan nafasnya, Reeya pandang bungkam akan Keith. "Awak pun tahu apa yang terjadi pada saya?"tanya dia dengan perlahan.
Keith mengangguk kepala. "Ada alasannya kenapa papa kau dan Rain bertegas untuk atur hidup kau Reeya. You almost dead. And they almost losing you. Last thing they want it happen is seeing you get hurt." pesannya.
Mendengar apa yang keith katakan, ianya buat dia merasa percaya yang Keith adalah kawan lama yang terpisah dari dia. Seseorang yang dekat dan juga tahu segalanya mengenai dia. Patut ke dia terima Keith dalam hidup dia begini?Yalah..tak kira dia cuba larikan diri atau menjauh, Keith pasti akan muncul depan mata dia!
"Kenapa awak beritahu saya semua ni?"
"Rain, Zen dan Noah tadi ceritakan semuanya kepada aku waktu kita orang duduk dekat dalam bar tu. Aku dengar kau marahkan dia orang cukup-cukup..."
"Awak pun sama macam mereka. Berahsia sebab tak nak saya terluka bila tahu hal sebenar. Memangnya teruk sangat ke masa silam saya sebelum kemalangan tu berlaku?" soal Reeya dengan nada mengalah.
Sambil tersenyum nipis, Keith hulur tangan lalu memegang belakang kepala Reeya sebelum menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Dia peluk tubuh Reeya dengan erat namun tidak ketat. Hanya cukup untuk beri kehangatan pada gadis itu.
"Kalau tak teruk, papa kau dan yang lain takkan mendiamkan diri sehingga sekarang Reeya.."bisiknya di tepi kepala tu. "Kalau aku di tempat dia orang akan lakukan hal yang sama. Sebab tujuan kami serupa. Iaitu lihat kau bahagia dan gembira semula."
Tidak membalas mahupun menolak pelukan itu, Reeya hanya diam tidak bergerak. Bibirnya tertekap pada tepi dada Keith waktu itu. Buatkan dia kiss dada tu tanpa sengaja. Dada dia waktu itu sedang sempit kerana nafas dia sesak dibuat pelukan Keith itu.
"Maafkan kami semua Reeya. Maafkan papa kau, maafkan Rain, Noah dan Zen Hanya cara tu kau akan lega. Please Reeya...berhenti seksa diri kau macam ni... bukan kau aje yang tersakiti tapi orang yang menyayangi kau turut rasai perkara yang sama."
Seperti ada suis yang dihidupkan dalam dirinya, Reeya mula tercebik sedih sebelum mata dia berkaca mengumpulkan air mata. Ucapan ikhlas dari keith itu buatkan Reeya menjadi sebak tiba-tiba.
Sambil memejamkan mata, Keith kucup tepi kepala Reeya. "Maafkan aku sebab lambat temui kau...kalau aku tahu apa yang berlaku. Aku patut tolong kau..dan semua ni takkan berlaku."ucapnya setelah itu.
Tanpa suara, Reeya mula mengalirkan air mata. Rasa marah dan frust yang dah lama berkumpul dalam dada dia selama ini akhirnya keluar!
Tidak lama kemudian Keith pun membuka matanya semula. Dia gosok belakang badan Reeya dan pegang belakang kepala tu dengan kemas saat berkata.
"Kalau dulu kau bantu aku...sekarang izinkan aku untuk bantu kau. Dan bila masa tu tiba, kau akan tahu kebenarannya. Sekarang apa yang penting, kau bina diri kau, bina hidup kau. Lepas kau dah kuat dan mampu terima hal sebenar, aku janji. Aku akan ceritakan kepada kau segalanya mengenai kisah silam kau...okay?"bibirnya mengukir senyuman nipis.
Sambil teresak-esak, Reeya mengangguk kepalanya dengan akur. Barulah tangan dia naik memegang lengan Keith. Dicengkam kuat jaket tu.
Share this novel